Monday, March 31, 2008

ABPBH 2007 [part 01]

Penutup tirai blog aku untuk entry bulan March ni aku sudahi dengan sedikit review tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH'07) yang telah berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland semalam..(Ahad, 30 Mar 2008).

Aku rasa, rata² sumer dah tau saper pemenang² s bg setiap kategori yg telah dipertandingkan pd mlm tersebut. Yup..!! Seperti yg kita sedia maklum, Mawi sekali lg merangkul gelaran Bintang Paling Popular 2007 dan keputusan itu adalah seperti yg telah dijangka. Untuk semua, kat bawah ni, aku senaraikan barisan nama pemenang ABPBH'07 seperti yg telah diumumkan.


Bintang Paling Popular: Mawi
Penyanyi Lelaki Popular: Mawi
Penyanyi Wanita Popular: Datuk Siti Nurhaliza
Pelakon Filem Wanita Popular: Fasha Sandha
Pelakon Filem Lelaki Popular: Rusdi Ramli
Pelakon TV Wanita Popular: Dynaz
Pelakon TV Lelaki Popular: Rosyan Nor
Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek
Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly
Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani
Artis Berkumpulan/Duo Popular: Sofaz
Artis Baru Lelaki Popular: Dafi
Artis Baru Wanita Popular: Mila
Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: M Nasir

Secara telus, kebanyakkan pemenang sudah dijangka, tp personally ada gak kategori yg aku tak jangka pemenangnya seperti untuk kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular yang dimenangi Sofaz, Dynaz bg kategori Pelakon TV Wanita Popular serta Rusdi Ramli yang memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular [pembetulan : Rusdi Ramli yang memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular]. Namun tu la rezeki kan..?

Bagi aku ABPBH 2007 ni cam ada sedikit hambar especially dari segi persembahan yg disediakan untuk penonton di rumah mahupon di arena sendiri. Dengan sound sistem yg kurang memuaskan, membuatkan persembahan jadi kurang menarik. Selingan iklan atau sketsa yg dipersembahkan kepada penonton jugak sedikit hambar dan membosankan. Namun, tahniah bg Bob, Atilia dan Anuar Zain yang memberikan paduan suara yg hebat dan bertenaga dgn rangkaian medley lagu² Anuar Zain seperti Jangan Bersedih Lagi, Mungkin dan Ketulusan Hati. Memang SUPERB laa...!! Tak ketinggalan juga dengan persembahan vokal 4 rockers terkenal tanah air iaitu Ramli Sarip, Amy Search, Awie, Hattan dan Ella. Menghiburkan pula pabila melihat Datuk Jalaluddin Hassan mendendangkan lagu Beautiful Maria diiringi tarian oleh Fasha Sandha, Dynaz & Fauziah Ghaus. Lain² persembahan adalah seperti nyanyian daripada Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Heliza, Meet Uncle Hussin, dan Ning Baizura untuk acara penutup.

Thursday, March 27, 2008

Buat Kita Semua

JANGAN BACA KALAU RASA IA TAK PENTING...

Tak bererti kita tak call org tu kita tak ingat kat dia,
Tak bermakna kita tak tegur dia kita tak sayang kat dia,
Tak bermaksud kita tak rapat dgn dia kita tak pernah fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.

Kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita,
org yg jarang call kita,
org yg jarang senyum dgn kita,
org yg kita jarang jumpa,
adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.

Bersangka baiklah dgn Allah
Bersangka baiklah dgn mereka, terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.

Salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia.
Tak semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita,
kalau kita tak luahkan masakan mereka tahu.
Tak boleh expect org nak go after us each time,
sbb kadangkala org tu assume yg kita tak mahu diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn soalan² seperti bertanya kabar utk menguji...
Sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita..?
Adakah dia hanya sahabat ketika ketawa..?
Atau dia sahabat ketika mengalir air mata..?

Mmg susah nak meluahkan sesuatu,terutama pada mereka yg kita tidak percaya
tapi tak salah kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita
mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi
tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri
sbb nnt kalau silap tanya mrk akan dikata busy body
walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya.

Hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yg menganggap hidup ini complicated dan, hidup ini mudah bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah

Manusia itu bersifat ikhtiariah, boleh memilih apa yg dia mahu sbb dia ada akal..
Andai kita pilih utk hidup dgn mudah maka kita akan dpt hidup dgn mudah
Andai kita pilih utk hidup susah maka kita akan dpt utk hidup susah
Andai kita pilih utk hidup sbg pejuang maka kita akan berusaha utk hidup sbg pejuang

Allah sayangkan kita
Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah hanya mereka yg berakal akan menggunakannya dan mereka inilah yg mendpt petunjuk.

Ukhuwwah fillah abadan abada'...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan menunggu teman-temanmu menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berja lan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. .
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.


Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai brsama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa se panjang hidup untuk melupakan seseorang.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa kita dilahirkan, kita akannangis dan orang di sekeliling hanya tersenyum. Teruskanlah hidup ini supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis.

Never love a love that hurts....... .Never hurt a love that loves !!!


Tuesday, March 25, 2008

My Big Day [part 02]

Masih menceritakan tentang suasana birthday aku tahun ni.
Tapi kali ni aku nak 'link'kan ke blog member aku yg turut sama wat story pasal sambutan birthday aku dan kengkwan lain.

Actually, dalam family DFC, pada 22 march lalu aku turut sama menyambut birthday Kak Lyn and Kak Emi yg tarikhnya tak jauh sgt ngn tarikh lahir aku. Dan kebetulan lak 22 March jugak merupakan tarikh rasmi pembinaaan laman web DFC dan secara tak langsung menyambut 1st anniversary bg DFC.

Pada sebelah malam lak, aku sambut bersama kawan² semasa zaman diploma and degree aku dulu di Restoran Naili's Uptown Damansara. Kami sambut utk 3 org serentak. Aku, Ayu yg lahir pd 21 March and husband Ayu, Rafi (satu kelas aku gak) yg lahir pd 13 March.

Tak mo cakap panjang...nak tau story lanjut, visit la page diorg...

http://raydrevil.blogspot.com/2008/03/sekitar-1st-anniversary-celebration-of.html

http://kematz.blogspot.com/2008/03/happy-birthday-mazlly-ayu-rafi.html

http://naftyshares.blogspot.com/2008/03/birthday-bash.html

http://tulipmalam.blogspot.com/2008/03/karaoke-birthday-in-advanced.html

http://syamelia-syamelia.blogspot.com/2008/03/happy-birthday-belated-be-earlied.html



[Thanks to Zamox for this video..totally i'm very speechless that nite and i had so much fun hangin' around with u guys despite, u guys are truly great friends]

Monday, March 24, 2008

My Big Day [part 01]


Hai kawan-kawan...
(hehe..ada cam Yus 'Raja Lawak' tak...??) ahaha..
Sebenarnya byk benda aku nak post kali ni, tapi memandangkan masa tak meng'ijin'kan, aku akan post entry² aku phase by phase,
but it's all about my birthday...My Big Day..!

For the FIRST PHASE ni, i just want to THANKs to all my dearest friends-ever for the birthday/belated wish that u guys gave to me for the past two days. Its such a lovely word that i will never ever forget. Having u guys as FRIENDS make me feel that i am completed as a human. The joy, the laugh, the sad, the unforgetable moment are combined to make my self happy to be a man called human.

I am very thankful for what i have now. Thank you so much.

Thanks for the name below who wish me on my birthday:

DFC Family

*Lina Ratu Drana *Ray *Kak Lyn *Kak Amy *Lilo *Azim *Megat *Akym *Eyza *Fara
*Safia *Nad *Aini *Myra *Kak Ros & Family *Am *Finick *pRincEss
*Dip *Zafirah *Bash *Maya *Yaty *Eca-chan *Nadrainbow *Husna *Nana *Fendy *Jamal
*Everyone yg dtg masa DFC anniversary

My Precious

*My Mom *Rubayyi *Zaraidah (my sis) *Safiyyah *Tahirah *Nafisah *Fauzi

*Han *Izman *Aunty*Aleng *Zaid *Azza *Daus mpp *Lies *Ayu & Rafi
*Zamox *Ika *Alyn *Shashe *Ana & Paktam *Pyar *Baizura *Ana *Rita
*Nieda *Ucop & Ina *Haris *Yusri *Ina Eek *Azura *Yan Ping *Kak Mas*Huda
*TUCSS Library Staffs

-Not forgotten to those who posted this nicely entry-

[thanks to Aini]



[thanks to Fara]


[thanks to Kak Amy]

[thanks to Kak Lyn]

[thanks to Lina RD]

Wednesday, March 19, 2008

17 Ciri Bintang ARIES patut tahu!

17 ciri si bintang Aries PATUT anda tahu (Mac 21 - April 19)

(Lelaki Aries)
Serius tapi romantis

  1. Selalu membiarkan orang lain berjalan mendahuluinya, namun dia yang akan sampai dahulu.

  2. Lelaki yang sangat berhati-hati.

  3. Baginya kehidupan in perkara yang serius.

  4. Dia juga seorang yang romantis, namun hatinya pejal seperti besi.

  5. Jika ada masalah, dia jarang memperlihatkannya.

  6. Tidak suka masuk campur hal orang lain.

  7. Menghormati dan suka menziarahi orang tua.

  8. Pemalu dan degil.

  9. Seorang pemimpin yang baik.

  10. Workaholic.

  11. Sangat pentingkan apa yang orang lain fikir tentangnya.

  12. Tidak terburu-buru untuk berkahwin.

  13. Selalu Menunaikan janjinya.

  14. Menganggap wanita sepatutnya duduk di rumah menjaga rumah tangga dan lelaki keluar mencari nafkah.

  15. Tidak suka wanita yang terlalu sosial. Suka wanita yang ada ciri-ciri ibu mithali.

  16. Jika marah suka diam.

  17. Suka wanita yang baik hati, berbudi bahasa dan yang paling penting boleh bersama-sama keluarga lelaki Aries.

(Gadis Aries)
Bisa mencairkan lelaki tanpa disedari

  1. Fikir semua orang memujinya, tetapi jika tahu sebaliknya, dia akan sedih dan kecewa.

  2. Jika tiada lelaki dalam hidupnya, dia akan menyibukkan diri dengan kerja.

  3. Ciri-ciri fizikal gadis Aries biasanya berwajah panjang dan kurus, selalunya susuk tubuh tinggi, pipi yang tembam, kening yang tinggi dan bibir yang nipis.

  4. Selalu berhati-hati dengan lelaki yang mendampinginya.

  5. Gadis zodiak ini sukar diramal karekternya dan jangan terkejut jika di pejabat dia bertudung tetapi di suatu sudut yang lain anda juga boleh jumpanya di kelab sambil menari.

  6. Cinta tidak sepenting perkahwinan.

  7. Sukakan hubungan yang terjamin untuk masa depan.

  8. Jika ada lelaki yang sekadar biasa, peluang untuk memikat hatinya agak tipis.

  9. Seakan cool tetapi sebenarnya tidak.

  10. Jika dia marah, akan moody sepanjang hari.

  11. Gadis ini jarang memberikan banyak masa untuk kekasih di mana dia lebih gemar melakukan bermacam aktiviti amal.

  12. Romantik dan artistik.

  13. Suka merancang tetapi tidak pernah ada backup plan.

  14. Tidak kira di mana bermula, yang pasti di peringkat akhirnya dia mendapat apa yg diinginkan.

  15. Degil tetapi mendengar.

  16. Merancang hidupnya dengan kesempatan yang ada.

  17. Dia seorang uang akan mencairkan lelaki tanpa disedari.

Sumber: MASKULIN (Takrif Terkini Lelaki Muda) Edisi April 08/Vol.79

Ayat tersirat Perempuan

Mari kita pelajari maksud yang tersirat di sebalik kata² perempuan supaya kita lebih bersedia dlm memahami isi hati mereka dan juga supaya anda tak tersalah faham nnt. Memang ayatnya nampak seakan ok, namun, tahu sajalah anda nanti... hehehehe

Kalau perempuan tanya: Lawa ke perempuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yg paling lawa? I ke, budak perempuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom makan. Lapar ni!

Kalau perempuan tanya: Lawa-lawa la baju kat sini yek.
Makna tersembunyi: Belikan untuk I.

Kalau perempuan tanya: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala

Kalau perempuan tanya: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain0baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar je lah. Lepas tu tolong basuh kain0baju sekali, yek.

Kalau perempuan tanya: Kita lebih sesuai berkawan je.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak faham-faham ke? (ni aku slalu kena...ekekeke)

Kalau perempuan tanya: I suka berkawan dgn you. You baik, memahami bla..bla..bla...
Makna tersembunyi: Hish..I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa mcm nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalu berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan tanya: I tak kisah kalu memang betul you nak kawin lagi satu, asalkan you berterus-terang dgn I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Siapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu



Hahahaha...Kelakar tak...? kesahihannya idak ler teman ketahuinyer...tp, berdasarkan pengalaman, ada betulnyer jugak prosa² di atas.. Errm...renung-renungkan dan, selamat beramal... haha..


Sumber: MASKULIN [Takrif Terkini Lelaki Muda] Edisoi April 08/Vol.79

Tuesday, March 18, 2008

AFUNDI Bermula..

AFUNDI telah dibuka!..
Dah ada ke fevret peserta masing-masing....?



Hahaha..bagi aku terlalu awal utk aku nilai kemampuan setiap peserta. Sepanjang pemerhatian aku melalui AF6 ni, pihak astro dah merancang pelbagai marketing strategy utk pastikan AF 6 success seperti AF seblm2 ni. Keupayaan Juara wanita pertama AF tahun lepas iaitu Mila masih hangat diperkatakan dan album sulung Mila jugak baru je dipasarkan. Sana sini org masih memperkatakan tentang AF 5. Aku pasti yg Astro mempunyai strategi pemasaran yg cukup kemas bg meraih populariti AF agar ia tidak hambar.


[pelajar² Akademi Fantasia 6]

Yang pasti AF mempunyai aura yg tersendiri. AF jugak memiliki golongan penontonnya yg tersendiri, yg tetap tidak berganjak dr tempat duduk seawal rancangan dimulakan. Tapi sejauh mana ia dpt menarik perhatian penonton yg lain yg bukannya pengikut sebenar AF...tentu pihak Astro sudah merancang perjalanan sebenar rancangan realiti ini agar terus tetap menjadi rancangan realiti No.1 negara bukan?

Menaikkan had umur ke 45 tahun bg aku merupakan satu langkah atau strategi yg di ambil bg menarik penonton yg lanjut usia utk sama-sama terlibat menerusi rancangan ini. Kita dpt pastikan ini dgn melihat ratusan peserta berumur 30-an yg dtg ujibakat dek kerana faktor kelayakkan umur dilanjut ke 45. Sungguhpun ia sebuah rancangan keluarga, tp siapa yg tak tertarik nak menyertai pertandingan yang menyediakan hadiah sehingga hampir setengah juta ringgit...Walau pon tak menang, populariti tetap diberi. Lihat saja lambakkan artis² tanah air yg muncul melalui rancangan ini. Itu lah Akademi Fantasia...


Berbalik kepada AF6, bg aku pemilihan yg dibuat masih lagi agak longgar dan penilaian juri seawal stage ke-2 (ujian vokal) semasa ujibakat di lakukan terhadap semua peserta yg menghadiri ujibakat masih tidak menampakkan terjaminnya perserta yg dipilih teruji keupayaan vokalnya. Bukan ingin menidakkan kemampuan pihak juri, tp aku sgt yakin dari ribuan peserta yg hadir tentu ada yg lebih berpotensi utk digilap jika diketepikan seketika faktor2 lain seperti latar belakang diri dan keluarga, rupa dan yg seumapanya.


Peserta yg dtg ujibakat blom mampu teruji kemampuan vokalnya jika ada antaranya hanya diberikan tak smpai 15 saat utk menyanyi. Ada yg baru saja nak membuka suara sudah diberikan lampu merah...jadi, fikir² kan lah..

Hurmm...apa pon, AF tetap AF. Seperti Mawi, AF juga mempunyai pengikut dan auranya yg tersendiri. Sehingga itu AF akan terus gah dgn identiti rancangannya yg tersendiri, memberi kejutan demi kejutan kepada pelajar mahupun penonton yg menyaksikan rancangan ini secara langsung atau di rumah. Ini lah juga antara strategi bijak pihak Astro dlm manaikkan nama Akademi Fantasia sehingga menjadi rancangan realiti No 1 negara.

Monday, March 17, 2008

Aku dan 26..!

Halamak...!! Aku menghitung hari je ni..beberapa hari lagi genap la umur aku
26 tahun.. (dah tuerrr ker..??)
Namun bagi aku, usia bukan la perkara yg dpt menghalang apa yg aku citakan.
Sepanjang 26 tahun aku hidup di muka bumi, byk pengalaman pahit manis, suka dan duka yg dah aku lalui. aku yakin kita semua pernah ada saat² pahit manis kita sendiri kan, cuma apa, bila, bagaimana dan mengapa ia terjadi yg membezakan setiap pengalaman kita tu.

Pernah tak kita terbayang atau terfikir apa akan jd pada kita 5 atau 10 tahun akan datang...??

Adakah masih macam ni atau sebaliknya..??

Aku selalu terfikir apa akan jd pada aku pd masa² yg mendatang! Aku jarang menampakkan diri aku dalam hari² yg cerah utk masa depan yg akan aku tempuh..Apa yg aku harapkan atau citakan tak pasti akan menjadi..

Dalam 26 tahun ni..aku masih lagi mengharapkan...

  1. Mempunyai kehidupan yg sgt indah
  2. Mempunyai sahabat dan teman yg ada di waktu susah senang aku
  3. Mempunyai seorg yg dpt menyayangi aku seikhlasnya
  4. Mempunyai sahabat yg dpt memimpin aku ke arah dunia & akhirat
  5. Mempunyai teman wanita yg dpt aku curahkan kasih sayang aku
  6. Mempunyai keluarga aku sendiri
  7. Mempunyai anak² yg dpt menyambung generasi aku
  8. Mempunyai kerjaya yg amat stabil
  9. Mempunyai kebahagian dari setiap kekurangan aku
  10. Mempunyai kehidupan sepertia apa yg aku harap-harapkan selama ini..

Namun, aku masih lagi mencari..menanti dan setia menanti sehingga akhir nokhtah hidup aku.

Adakah apa yg aku hajatkan akan tercapai atau hanya sekadar angan². Sehingga kini, aku cukup bersedia utk mempunyai kesemuanya..tapi mampukah aku mencari kesemuanya...

Tingga Tanda Tanya...???

Thursday, March 13, 2008

8 March 2008

Last week akhirnya dapat gak aku pulang ke kampung ku di Parit Buntar setelah hampir 5 bulan tak balik..heheh.. Tujuan asal sbb nak menghadiri majlis kenduri kawin cousin aku pada 8 & 9 Mar 08, tp dlm masa yg sama gak negara kita mengadakan PRU ke-12, aku pon sempat la amik kesempatan utk sama² mengundi pd PRU kali ni.

Saper yg aku pangkah tu biarlah rahsia, tapi apa yg pasti byk perubahan yg berlaku pada PRU ke-12 ini. Banyak perkara² yg tak pernah kita jangka berlaku. Apa pon itulah jawapannya. Rakyat sudah bersuara. Nak trima atau tak, tidak menjadi soal sekarang. Apa yg diharapkan agar 13 Mei tidak berulang.

Semasa tgh lepak² di pusat pengundian sambil menunggu parents aku yg still on que tu, aku rasa terasa kagum gak la bila melihat warga² tua yg dah uzur tetap gigih datang untuk mengundi. Waktu ni terdetik kat hati betapa mereka sgt bersemangat utk menentukan perlembagaan negara kita. Tertanya di hati aku kenapa aku tak segigih mereka. Ni 1st time aku mengundi, kalu ikutkan ni musim kedua utk aku layak mengundi. Tapi naper aku tak buat tu dulu. Sedangkan undi tu 5 tahun sekali..entah la...

Yang kita hajatkan adalah 'negara makmur, rakyat aman.' Insya-Allah.

Berbalik kpd majlis kawin tu, kali ni aku ditugaskan jd pengapit kpd cousin aku ni, Hasrul. 1st time ni jd pengapit, amik berkat org kata...ahahhaha..x de makna nyer..

Selain pengapit, aku jugak lah driver, jurufoto, mentara (rewang) and macam² lg..Penat memang penat sbb tak sempat rest pon balik cuti kali ni, tp aku rasa ni yg paling fun sbb aku buat byk benda untuk majlis yg simple ni.

Kat bawah aku selitkan skit foto² yg sempat aku snap menggunakan camera digital 3.2 mp aku tu. Gambarnyer tak la cantik. Tu je yg termampu au dptkan. Plus aku edit la skit gambo tu ngan photoshop...baru la masyuk skit kan...ekek...


Thursday, March 06, 2008

Jom Undi..!

8 March 2008!

Sekali lg sejarah negara bakal terukir. Pilihanraya ke-12 yg ditunggu kita tiba bagi memilih tampuk kepimpinan negara kita yang dicintai.

"Marilah mari..pergi mengundi
Tunaikanlah kewajipan, pada negara.."

Kita selalu didengarkan dgn bait² lagu ni utk menaikkan semangat kita sebagai rakyat Malaysia. Tapi aku sangat yakin yg masih ramai antara kita yg hanya suka mendengar tanpa bertindak. Aku sering bertanya dan sering mendapat jawapan yang boleh dikatakan semuanya memberi alasan yg sama.

"ala..1 undi je, tak der effect pon pada sesiapa" ataupon "aku nak rosakkan undi lah"..

Entah kat mana silapnya, tp tu realiti hidup kita. Adakah kita sedia menerima perubahan atau kita cukup yakin apa yg telah diberikan..?? itu yg menjadi persoalan..

Tepuk dada, tanya selera. Undi adalah rahsia. Kita berhak memilih.






[..:: SEKADAR SELINGAN ::..]

Bila tiba waktu pilihanraya ni, tingat lak aku zaman pilihanraya kampus yg pernah aku join waktu study dulu. Pasang banner, gantung poster tengah2 malam, kempen, edar flyers dan jumpa org sana-sini hanya semata utk meraih undi pelajar utk memilih calon utk jd wakil pelajar bg fakulti.. Hahaha.. Teringat lak aku ngan kawan² aku masa zaman MPP ni.

How r u guys..? MPP UiTM 2004/2005 still dalam kenangan.. We the best!



Poster pilihanraya aku waktu tu...hehe..AFUNDI aku..!! ekeeke


Semasa menerima watikah perlantikan sebagai MPP bg sesi 2004/2005. Sesuatu yg tak pernah aku fikirkan sblm ni.

Tampuk kempimpinan pelajar UiTM sesi 2004/2005

Monday, March 03, 2008

Misteria Nusantara

PERHATIAN...!!!

Saya memohon jasa baik sesiapa yang mengunjungi blog saya ini agar dapat mencari mereka² yang bermuka seperti di bawah bagi membantu siasatan beberapa kes misteri yang amat mencurigakan. Kes-kes ni amatlah sukar utk disiasat kerana pelbagai pencanggahan fakta berlaku semasa siasatan dijalankan. Ini amat merungsing pihak kami bg menyelesaikan kes-kes ini.

Kes 1:
Misteri pecah rumah dan kehilangan barang mekap Loreal..kerana diriku begitu beharga milik Cik Puan Mona Tembun. [ kenapa hanya brangan Loreal saja? kenapa tidak Nona Rogayah, BML, atau Maybelline..? ]

Kes 2:
Misteri penculikan beberapa orang ahli yang kuat sangat berangan bagi sebuah fan club. [adakah mereka yg kuat berangan macam bagus je menjadi tarikan utk dijadikan mangsa..? ]

Kes 3:
Misteri penurunan UFO yang di Kg. Tembe-Rang-Lasa-Ngat yang heboh dikatakan menggangu waktu lunch penduduk kampung tersebut. [ benarkah UFO ini ujud..? jika benar, kenapa hanya mengganggu waktu lunch ajer, tidak pada dinner, supper atau tea-break..? ]

Kenapa..? Mengapa..? Bagaimana..? Inilah persoalan yg sukar dijawab..!!

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang mereka² di bawah, tolong lah sangat-sangat memberitahu kami kerana mereka mungkin membawa kebahayaan kepada komuniti masyarakat kita. Harap Maklum..


. W . A . N . T . E . D .






Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates