Friday, March 05, 2010

My Name is Khan

"My name is Khan. I'm not a terrorist!"


Above is the statement that can always been heard if u r watching this so called movie, My Name is Khan.

Mungkin dah agak lewat utk aku review filem terbaru arahan Karan Johar ni yg umumnya dah lebih dua minggu ditayangkan di pawagam² seluruh dunia, dan mungkin ini minggu terakhir tayangannya di Malaysia. Tapi apa yg pasti, filem berdasarkan kisah benar ini memang tidak mengecewakan bg aku. Walaupon terlambat menontonnya, aku tetap puas hati dgn cerita dan lakon layar filem yang 95% dilakonkan di United States ni.

4 bintang dari aku utk My Name is Khan (MNiK)! Tahniah.

Kali pertama aku menonton filem hindi di pawagan adalah menerusi filem Muhjse Dosti Karoge lebih kurang 5 atau 6 tahun yg lepas dan My Name is Khan adalah yg kedua bagi aku. Sentuhan filem hindi nyatanya berbeza dari filem² tempatan atau filem² hasil produksi negara barat. Elemen yg diterapkan, mesej, sinematografi, lakon layar, konsep, penceritaan, drama serta humor yg wujud nyatanya penuh berbeza. Mungkin anda lebih sedia maklum tentang itu.

3 jam menonton MNiK membuat aku terpaku semasa menonton. Cukup Baik!! Itu yg mampu aku huraikan. Tahniah kepada sutradara filem ini kerana berjaya menghasilkan sebuah filem yg bagi aku cukup bermutu. Pelbagai rencah dan emosi digabungkan dgn cukup baik dan tepat menjadikan MNiK sebuah filem hindi yg serba berlainan dan ini juga menjadikan ia sebuah filem yg layan ditonton oleh semua masyarakat.

Tak lupa juga kredit kepada pelakon terutama Shah Rukh Khan kerana berjaya menzahirkan watak Rizvan Khan, seseorg insan autisme dgn sgt berkesan. Tanpa sedar.. ada jugak la mata aku ni macam 'masuk habuk' berkali-kali disebabkan jalan cerita serta keberkesanan watak yang dijayakan oleh semua barisan pelakon MNiK ini. Shah Rukh Khan dan Kajol sememangnya gandingan yg cukup tepat.

Actually, tak byk aku nak huraikan kerana personally bagi aku My Name is Khan bukan hanya sekadar filem santai yg biasa. Ia sebuah filem yg penuh dgn drama, konflik, nasihat, dan kesedaran yg boleh membuatkan kita terfikir tentang sikap dan nilai hidup kita sebagai manusia. Betapa menghargai diri seseorang yg kita sayang tanpa mengira bangsa dan agama adalah satu elemen yg perlu wujud dalam diri kita.

Lupakan apa yg tak logik yg mungkin ada dalam filem ini kerana kesannya yg positif lebih mudah dirasa apabila menonton MNiK.

Kepada yg belum menonton, jika ada kesempatan.. aku sarankan agar anda menonton filem ini nanti. Mungkin citarasa aku dan korang berbeza, tapi aku yakin meseg yg korang mungkin dpt menerusi filem ini sama seperti aku.

Selamat Menonton :)

4 comments:

Qarl said...

Qarl bg sepuluh bintang!!!


best gilerrrrrr kott

Edzlin said...

yup, sangat best filem ni. saya tak minat filem hindustan, tp yang ini dikecualikan. memang sangat wajib ditonton

Adam Arjuna said...

Comment to Qarl :

wahh!! comfirm dan jelas yg karl sgt suka citer ni kan..
but it was a nice movie anyway..
tak rugi menonton..


Comment to edzlin :

setuju dgn lin..
comfirm bli DVD lak pas ni... hehe :p

Adam Arjuna said...

Comment to Qarl :

wahh!! comfirm dan jelas yg karl sgt suka citer ni kan..
but it was a nice movie anyway..
tak rugi menonton..


Comment to edzlin :

setuju dgn lin..
comfirm bli DVD lak pas ni... hehe :p

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates