
@
no more typo error!
no writting skills needed!
no more articles!
only pictures & photos of
me, myself & I..i blog about anythings

Selama 3 minggu berturut dah diadakan peringakat separuh akhir yg menyaksikan 30 lagu berentap utk menjadi 14 lagu terbaik utk ke peringkat akhir..
Persoalan aku, layakkan kesemua lagu yg dah terpilih tu?? jom kita check lagu mana yg akan ke AJL '09 nnt.
1 - Aku Skandal - Hujan
Aku berkesempatan utk melayan secara live acara separuh akhir muzik2 ini selama 3 minggu berturut-turut. Sehingga hari ni, aku masih tertanya gak apa ciri sebenar atau kriteria penuh pemilihan lagu2 utk ke peringkat akhir AJL yg diadili juri profesional. Adakah populariti lagu, populari penyanyi, lirik lagu yg best, melodi lagu yg mantap, persembahan artis sewaktu mempersembahkan lagu pada peringkat separuh akhir atau bla..bla..bla..
Jika ini menjadi pengukur lagu2 tersebut terpilih ke peringkat akhir, aku rasa pilihan juri sgt lah tak telus sbb byk lg lagu yg aku andaikan lebih baik dan lebih kuat dari segi susunan muzik serta liriknya.. Yup! aku bukan org muzik.. bukan org seni.. tapi aku penggemar muzik tempatan.. dan aku tau mana yg sedap di dengar, mana jugak yg hancoooorrr..
Jika ada yg mengatakan AJL mempertandingkan lagu, bukan penyanyi.. mungkin betul keputusan juri ni. Tapi mengapa diadakan peringkat separuh akhir yg membabitkan penyanyi.. lebih baik amik CD player, pasang CD lagu... dan mainkan je... kata nak pilih lagu kan, bukan persembahan artis.. apa relevannya jika artis gigih berlatih di peringkat separuh akhir bg memastikan diri mereka tersenarai ke peringkat akhir.. tup tup.. yg buat persembahan ala2 nak tak nak jugak yg terpilih...sila komen yer...!!!!
Kategori terbuka?? Satu lg isu yg aku kurang gemar. Kenapa?? Dikatakan kurangnya pencalonan lagu ketegori2 Etnik Kreatif menyebabkan tercetusnya Kategori Terbuka ni. Kononnya penggiat seni kurang nak menghasilkan lagu bergenre sebegini.. Entah la..
Tapi masih ada lagu berunsur Etnik yg berjaya ke peringkat separuh akhir, tapi mengapa tak dipilih ke peringkat akhir.. ?? Nak kata lagu tak best = tak jugak! Nak kata lagu tak mantap, lirik tak sesuai = Tak jugak! Nak kata persembahan tak memukau = Tak jugak!! Tp jika nak kata lagu tu TAK FEMES = mungkin!! Mungkin sebab tu jugak lagu tu tak dipilih..
Jadi ke mana lg muzik ernik kreatif mampu pergi jika yg ada pon dipinggir.. Pikir la sendiri yer..
Cakap byk pon tak guna kan. Keputusan dah dibuat! Pemilihan dah dilakukan. 14 lagu telah pon dipilih!
So.. siapa juara anda dlm 14 lagu yg terpilih tu...
P/S: Korang pikirkan la yer...

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates