Thursday, June 12, 2008

Susahnya Hidup Berkawan...

Susahnya hidup berkawan ni..kadang kita tak tahu mana satu yang patut kita buat, ikut kata hati atau ikut saja tingkah laku mereka..persoalan demi persoalan yang memerlukan kita membuat keputusan. Dalam kita asyik nak menjaga hati dan perasaan kawan kita, tanpa sedar kita dah seakan menurut apa yg mereka inginkan, tapi kita? Hati kita siapa yang kisah? Siapa yang nak jaga? Susah..! Memang susah! Rumit..! Memang rumit! Tapi apa lg yang boleh kita buat demi untuk menjaga hati seseorang yang bergelar KAWAN.

Suatu masa, kehendak dan permintaan kita harus diletakkan tepi kalu ia tidak menepati kehendak mereka…kita sanggup rugi dan berkorban agar melihat mereka tersenyum..patutkah itu terjadi? Kita menganggap mereka sebagai Kawan..tp pernahkah kita juga dianggap begitu? Kawan bukan saja hanya pengucapan di bibir yang “kau kawan aku,” definasi dan maksud yang berbeza bagi setiap org yang betul menilai apa itu Kawan. Rumit..! Memang rumit! Letih sudah berkecil hati, penat sudah menjaga hati, luluh sudah bila asyik berkorban..tapi demi kawan, kadang kita sanggup. Nak dibiarkan dan ikut saja kemahuan diri, kemungkinan besar kita akan kehilangan mereka sebagai kawan..itu lagi susah..sedangkan hidup kita dalam setiap penjuru dunia memerlukan seorang insan yang bergelar kawan..tapi sampai bila lagi kita harus jadi begini..??

“Aahh..biar je diorg tu, kau buat je hal kau!” Cakap memang mudah. Tapi hati dan perasan siapa yg tak tersentuh bila hal sebegini terjadi. Aku atau engkau yang merasa peritnya..?? Susah..! Memang susah!

Perlukah kita keluar dari kepompong itu demi untuk melarikan diri dari masalah ini..? Mungkin betul, tapi mungkin juga akan menjerat diri kita kembali. Bukannya meminta simpati atau perhatian yang diri kita ini diperlukan dalam setiap keadaan, tapi lebih mudah kalu diri kita ini diingati dan dihargai sebagai mana dirinya ada dalam lubuk fikiran kita..ada masa memang kita diperlukan, tapi patutkah itu terjadi bila kita diperlukan hanya dalam keadaan yang ‘dia’ tersangat memerlukan bantuan kita? Setakat itu sajakah diri kita ni wujud dalam benaknya? Kawan bukan hanya pusat Touch 'N' Go yang boleh kita guna dlm sekelip mata saja.

Sedikit tambahan; memetik beberapa perkara dari sebuah buku berjudul “SAHABAT” edaran Alaf 21 yang dihadiahkan oleh seorang sahabat, boleh dijadikan panduan buat diri kita dalam menjaga nilai persahabatan:

1. Jangan hancurkan nilai persahabat dgn masalah yang kecil, harus bijak berkomunikasi dan saling berbincang dari hati ke hati
2. Sikap saling menghormati harus sentiasa diterapkan
3. Sifat cemburu harus dilontarkan jauh-jauh
4. Berfikiran positif dan merima kelebihan dan kekurangan sahabat anda
5. Jangan jadi talam dua muka
6. Pelihara pertuturan

6 comments:

Ahmad Zhafri Ahmad Zahir said...

adam,
semua yang kau tulis itu, semua itulah yang sedang aku rasakan.. memang susahkan...

p/s-glad to be able to c u td. but aku still takut ko marahkan aku..

mesin.taip said...

"Sedikit tambahan; memetik beberapa perkara dari sebuah buku berjudul “SAHABAT” edaran Alaf 21 yang dihadiahkan oleh seorang sahabat, boleh dijadikan panduan buat diri kita dalam menjaga nilai persahabatan "

- Terharu!!!

Adam Arjuna said...

To ahmad zhafri;
hurmmm..plz, end of story k.


To mesin.masa;
terharu ke..? katanya....tak bley blah ok...

ahhahaa..

Naftalena 'Nafty' said...

Assalamualaikum

Encik,

Pengorbanan kita pada setiap kawan kita dihitung walau ianya sekadar untuk pahala untuk dapat angin- angin syurga sahaja.

Penngorbanan jiwa kita untuk mengerti kesulitan teman adalah sayang yang paling agung yg mampu seorang kawan yang ikhlas berikan.

Dan..

Balasan yg paling berharga untuk kita bila teman mengerti kesusahan dan mengingati kita; dalam doa harian untuk kita sama-sama hidup bahagia, dunia dan akhirat.

**Naftalena**

  said...

yup, its true, daripada apa yang dilihat la, tapi zaman sekolah dulu la. Sekarang most of the time doing thing alone. lebih independent.

Adam Arjuna said...

To Mazwani Ayu:

thanks for the lovely quotes. But its really true.

how lucky we are IF there's a frenz who always pray the best for us...isn't it?


To pZo:
yup..zaman skang kita kena lebih independent tanpa boleh mengharapkan org sgt. tapi adakalanya..hidup kita ni perlu juga mengharapkan kawan² utk ada di sisi.

tu pendapat aku la..

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates