Wednesday, July 15, 2009

Filem SETEM

Jilat! Lekat! Pos! Semudah itu je tagline yg digunakan dalam filem terbaru arahan Kabir Bhatia ni. SETEM! Judul filem yang bakal memulakan tayangan di seluruh pawagam di Malaysia ni akan bermula pada 30 Julai 2009 nanti.

Sebelum diatur bicara dgn lebih panjang, 4 bintang aku berikan kepada filem yang mengambil masa tayangan selama 1 jam 50 minit ini. Tahniah!


Pada sesaper yg pernah menonton hasil karya Kabir Bhatia seperti filem Cinta, Sepi dan Love tentu maklum bagaimana genre serta sentuhan karya² beliau dlm industri perfileman tempatan negara kita bukan? Garapan dan corak lakon layar yg hampir sama walopon mempunyai penceritaan yg berbeza dari setiap filemnya. Itu juga boleh kita lihat menerusi SETEM ini. Garapan filem ini yg tak jauh bezanya dari filem² sentuhan beliau sebelum ini.

Namun begitu, SETEM mempunyai kekuatannya tersendiri. Di samping kombinasi watak yg baik dan berkesan seperti Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Sathiya, Vanida Imran, Que Haidar, Bront Palarae, Harun Salim Bachik, Richard Gardner dan ramai lagi pelakon hebat dan berbakat, watak² dan peranan yg dibawa ternyata berkesan dlm membawa penonton menjelajahi segenap ruang yg dilayarkan melalui Setem.

Tak perlu utk meletakkan minda pada sesuatu skop yg gelap, berat dan stress utk menontonnya kerana filem ini berjaya diimplimentasi utk menjadi sebuah filem komedi santai yg bersahaja di samping cuba membawa penonton utk mendalami apa yg tersirat di dalamnya. Dalam kita bergelak tawa dgn telatah, karektor serta dialog yg diucapkan, Setem juga membawa mesej yg telus dan jujur dlm konteks nya yg tersendiri.

Bukan mudah utk menilai sebuah filem tempatan dan bukan mudah utk memberi harapan yg tinggi kepala filem² kita ini. Akan tetapi, pembaharuan dari segi jalan cerita serta lakon layar di dalam SETEM diharap mampu utk meraih perhatian peminat filem tempatan untuk menilai seterusnya meletakkan filem ini pada tahap yg sepatutnya. SETEM bukan filem komedi yg sengaja dibuat-buat utk membuatkan penonton tergelak dgn setiap sudut lakonannya, kerana SETEM dilihat sbg sebuah filem realiti kehidupan yg diolah agar lebih segar sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dalam pada cuba menyuntik elemen² komedi selamba di dalamnya. Itu yang menjadikan filem ini berbeza dari filem² komedi melayu yg pernah kita tonton sebelum ini.

Setelah menonton SETEM pada sesi prebiunya baru-baru ini, aku dapati filem ni mampu dibawa lebih jauh kerana bukan sahaja faktor keberkesanan pelakon²nya dalam menghidupkan watak² serta peranan² yg diberikan, jalan cerita, lakon layar, plot yg disusun juga kemas oleh tenaga produksi utk menjadikan filem ini filem yg baik utk ditonton oleh semua. Tak ketinggalan juga efek² yg dihasilkan boleh diandaikan sbg baik utk tenaga produksi tempatan seperti negara kita.

Tinggalkan seketika soal logik dan tak masuk akalnya! Kerana yg pasti kita lebih mahukan sebuah hiburan ringan yg mampu membuatkan kita tersenyum dan ketawa apabila menontonnya.

Jangan lupa menonton setem yg bakal dipos secara meluas ke setiap pawagam tanah air bermula 30 Julai nnt. Nyatakan pendapat anda.. adakan anda seiring dgn saya??



P/S: sekurangnya SETEM boleh membuatkan kita bangga dgn produksi filem tempatan negara kita. Trust me! But anyway.. memasing punya pendapat berbeza kan..

::Credit to: Ajami sebab invited me to this prebiu session.. nnt jemput lg yer.. :P

::Credit to: Tayangan Unggul for the great n grand event.

::Credit to: POS Malaysia for the nice gift.. hehe.. berangan gak la dpt setem muka sendiri :P

17 comments:

UmiMia said...

I like ur review..:-)

adenium said...

hi adam..
salam singgah...
wahh awal buat review... :-)

KeMatZ said...

teruskan perjuangan...

wow.... ini tak lehh lepaskan peluang ni... kena plak ada bro Afdlin....

Adam Arjuna said...

Comment to Umi Rose :

thank you..
review berdasarkan pandangan mata hati jer..
huaarrhhh.. ayat den!!
tak bley blah..
:P


Comment to Adenium :

errk.. pakat ngn umi ke nak drop komen? ahaks!!

kena wat review awal skit, sok² takut tgk movie len dah.. tu pon ada lg yg blom sempat review.
:)


Comment to Kematz :

harus tonton beb!
citer dia pon menghiburkan..
tp rasa mcm nak cubit2 gak adlin dlm citer.. sgt tak bley blah yerr..

p/s: tp kalu nak aku citerkan pon ok gak.. hehe

farish izaryl @izreez said...

hehe motip dpt tgok pree waghh!

Ajami Hashim said...

filem2 TUSB selalunya tak mengecewakan! (dgn nada bias! huhu!)

Murni Alfathunnisa said...

ni wajib kena tgk nih..

Adam Arjuna said...

Comment to Rizz :

hehe :P
jemputan je rizz! jgn sentap yer.. :)


Comment to ajami :

tu la dia.. filem & event yg tak mengecewakan la selalunya..

p/s: dah dibyr ke mr.ajami? kuikuikui...


Comment to Siti murni :

YUP!
filem wajib tonotng bulan ni..
nnt ni ppon nak gi tgk lagi..

Qarl said...

adam...

karl bg 5 stars

keterlaluan ke??

karl bukan la hebat & pakar dlm menganalisis film,

tp if film komedi tu, dh berjaya wat karl gelak 10 kali, maknanya penceritaan smpai & best la tuh

worth sgt2 if nk tgk sekali lagi!!

aliaaroslan said...

aku memang suka kabir bhatia punya hasil kerja.. best n really reflect the current issues..

Jokerkolo said...

giler la dpt tgk pree...harus dh x sentap..haha

Edzlin said...

tak sabarnya nak tgk. memang ternanti2 filem ni. tgk trailer pun dah klakar

[r][a][y] said...

uhuk uhuk
skrip 7707
tak buat preview ke adam?

yaaa
bukan filem TUSB
ahaks

Adam Arjuna said...

Comment to Karl :

karl, buleh je nak kasi 5 bintang pon kalu dah rasa ia berbaloi kan..
tp mmg berbaloi-baloi pon sbb filem ni memang menghiburkan..

adam pon akan layan lagi filem ni bila kuar nnt.. :)


Comment to Julie beth :

agreed!
plus kabir bhatia's film is kind of different from other malaysian films rite..?

:)


Comment to Joker :

Choii bro..
pesal lak aku nak sentap bagai ni..
ahaha..
x bley blah la weyh...

jom nnt layan SETEM !!

Adam Arjuna said...

Comment to edzlin :

yezza..
nnt kan kemunculannya di pawagam 30 julai nnt yerk!!


Comment to Ray :

blom tgk la bro..
cam nak review.. sabo.. sabo..
tak der bias kek sini..
nnt aku dah tgk aku akan review lak.. based on my perception la kan.. as usual..

next film after SETEM is HARRY POTTER..

huh!!

Syukri R said...

hurmm.. ekoran dari promosi berleluasa dari Encik Adam Inspirasi, haruslah tgk! sure x rugi punya... kan!

Adam Arjuna said...

Comment to getah :

yezza!!
sgt berleluasa kan? keskeskes..
yg penting kena tgk bila dia kuar nnt..!
best!

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates