Friday, September 04, 2009

Final Destination

The Final Destination

What person on earth you are if you don't even know what Final Destination films are all about!
And if so, please check out all those below trailers to get a view about it before you watch the new sequel which already on the cinema.


:: Final Destination ::



:: Final Destination 2 ::



:: Final Destination 3 ::


So.. how's that?
(Wah!! Speaking omputih lak aku.. hehe!!)


03 Sept 2009, official screening untuk sebuah lagi filem sekuel blockbuster Hollywood berjudul The Final Destination (FD4). Sebelum lebih dalam aku menaip, aku nak kasi 3 bintang utk filem yang berdurasi selama 82 minit ini.

Secara umumnya, aku klasifikasikan The Final Destination ini sebagai sebuah filem biasa yg boleh ditonton umum jika anda kuat semangat dan tak takut dgn sebarang kejutan yg mungkin ada di dalam filem ini. Berbanding filem-filem FD yg sebelumnya, FD4 dilihat agak longgar dari segi penceritaan dan naratif filemnya. Kenapa? Jom kita cuba rungkai satu persatu.

Jika bicara tentang lakonan, setiap pelakon masih memberikan lakonan yg boleh dikatakan agak baik tetapi masih dilihat agak biasa dan stereotype yg mungkin terkesan akibat filem² FD terdahulu. Namun itu bukanlah kayu pengukur kepada jalan cerita yg ingin disampaikan. FD4 yang masih mengekalkan elemen² suspen thriller yg sama dgn filem² nya sblm ini masih mampu memberi kejutan jika anda merupakan orang yg pertama kali menonton filem Final Destination. Namun apa yg dilihat kurang di sini ialah dari segi naratif filemnya. We can aspect what's going to be happen in next..next.. and next scenes. Terma 'aspect what the unaspected' mungkin sesuai digunakan di dalam filem ini. Secara umum, kita dah mengetahui apa yg ada di sebalik FINAL DESTINATION itu sendiri, dan seharusnya, utk siri ke-4 ni ia lebih mengejutkan dan cuba lalaikan penonton dgn apa yg bakal dilayarkan. Mungkin itu akan buat FD4 akan lebih berkesan di hati penonton.

Teaser serta trailer The Final Destination 4 ini juga boleh dianggap sbg spoiler kepada penceritaan movie ini kali ini. Dengan berbekalkan cuma 2.12 saat, ia seakan merangkumi segala aspect serta kejutan yg ada di filem ini. Penonton dah boleh mengagak apa jua insiden yg berlaku kepada setiap watak² di dalamnya, dan aku rasakan itu merupakan satu elemen suprise yg kurang sesuai dan menghilangkan mood penonton dgn kejutan yg bakal berlaku.

Akan tetapi, FD4 mempunyai kekuatannya tersendiri especially dari segi visual serta effect yg wujud kali ni. Ia dilihat lebih berkesan jika dibandingkan dgn filem² sebelumnya. Kesan 3D yg wujud juga membolehkan penonton menjadi semakin dekat dgn filem ini. Itu adalah salah satu kelainan yg wujud melalu siri keempat ini. Selain itu, aksi, insiden serta kesan khas nya juga lebih ketara pada beberapa babak yg mungkin boleh membuatkan penonton geli dan tak mampu utk melihat apa yg ada di sebaliknya.

Secara peribadi, The Final Destination tidaklah dianggap sbg filem yg buruk kerana ia masih lagi mempunyai kekuatan tersediri yg mampu membawa penonton menjelajahi setiap elemen ngeri yg cuba dilayarkan di dalamnya. Dan sudah tentu peminat kepada filem² Final Destination tak akan melepaskan peluang untuk menonton siri terbaru ini.
Selamat Menonton :)



:: The Final Destination 4 ::


P/S: aku antara peminat filem² FD, dan tak mustahil aku tgk lagi sekali.. ehehe.. ada yg sudi ajak tak? ahaks!! Hope ada siri ke-5 pulak!

10 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

takmo baca ulasan adam...uwaaa...belom tgk....uwaaaa...sadis! =|

Adam Arjuna said...

hahah..
jgn risau nuar, adam tak ulas jalan cerita pon... huhu...

KeMatZ said...

wow... kali ni ada trailer... bagus bagus..... ada improvement...

mesin.antik said...

jom tgk 3D punya...(seyes ni)

Anonymous said...

if im not wrong.. my sister ckp cerita final destination nie somehow about dunia kiamat eh??

correct me if im wrong laa..

yeah, i knew about the movie but never watch it.. tak berkesempatan..

- Lina RD

Adam Arjuna said...

Comment to kematz :

huhu!
biasa la, sumtimes idup perlukan perubahan, tp x leh la berubah slalu kan..
:P


Comment to mesin.antik :

Insya-Allah boleh... :)


Comment to Lina :

ue sis tu got wrong info la lina, FD is not about kiamat, its all about premonition, vision and death. tapi next movie coming soon on screne yg bertajuk 2012..tu bru pasal kiamat..

macam agak ngeri gak citer tuh!

jgn lupa tonton tau :)

Anonymous said...

ohokay.. tapi my sis ada ckp citer tu mmg seram laa.. no seram as in mcm cerita hantu.. but its like menusuk kalbu ah.. ehehe..

i got no time to watch any movie.. haha.. serious.. dah lama tk tgk wayang.. tapi tgk laa, ada masa nanti beli vcd dia jer laa.. from 1-4..

- Lina RD

farish sinclair said...

nk tgokkkkkkkkkkkk

Adam Arjuna said...

Comment to Lina :

haha..may be terms, thriller sesuai kot utk filem ni..
agak mencemaskan dan mendebarkan especially bila bab2 kemalangan2 ngeri tuh..

harus tgk k lina.. :)

find ur time!


Comment to rizz :

jom tgk!

日月神教-向左使 said...

ssd固態硬碟 外接式硬碟 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 External Storage Solid State Drives 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 記憶體 情趣用品 USB Flash Drives Memory Cards 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 SD記憶卡 隨身碟 高雄當舖 高雄汽車借款 高雄機車借款 高雄房屋二胎貸款 高雄汽機車免留車 花蓮民宿 SD記憶卡 高雄汽機車免留車

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates