Selama 3 minggu berturut dah diadakan peringakat separuh akhir yg menyaksikan 30 lagu berentap utk menjadi 14 lagu terbaik utk ke peringkat akhir..
Persoalan aku, layakkan kesemua lagu yg dah terpilih tu?? jom kita check lagu mana yg akan ke AJL '09 nnt.
1 - Aku Skandal - Hujan
Aku berkesempatan utk melayan secara live acara separuh akhir muzik2 ini selama 3 minggu berturut-turut. Sehingga hari ni, aku masih tertanya gak apa ciri sebenar atau kriteria penuh pemilihan lagu2 utk ke peringkat akhir AJL yg diadili juri profesional. Adakah populariti lagu, populari penyanyi, lirik lagu yg best, melodi lagu yg mantap, persembahan artis sewaktu mempersembahkan lagu pada peringkat separuh akhir atau bla..bla..bla..
Jika ini menjadi pengukur lagu2 tersebut terpilih ke peringkat akhir, aku rasa pilihan juri sgt lah tak telus sbb byk lg lagu yg aku andaikan lebih baik dan lebih kuat dari segi susunan muzik serta liriknya.. Yup! aku bukan org muzik.. bukan org seni.. tapi aku penggemar muzik tempatan.. dan aku tau mana yg sedap di dengar, mana jugak yg hancoooorrr..
Jika ada yg mengatakan AJL mempertandingkan lagu, bukan penyanyi.. mungkin betul keputusan juri ni. Tapi mengapa diadakan peringkat separuh akhir yg membabitkan penyanyi.. lebih baik amik CD player, pasang CD lagu... dan mainkan je... kata nak pilih lagu kan, bukan persembahan artis.. apa relevannya jika artis gigih berlatih di peringkat separuh akhir bg memastikan diri mereka tersenarai ke peringkat akhir.. tup tup.. yg buat persembahan ala2 nak tak nak jugak yg terpilih...sila komen yer...!!!!
Kategori terbuka?? Satu lg isu yg aku kurang gemar. Kenapa?? Dikatakan kurangnya pencalonan lagu ketegori2 Etnik Kreatif menyebabkan tercetusnya Kategori Terbuka ni. Kononnya penggiat seni kurang nak menghasilkan lagu bergenre sebegini.. Entah la..
Tapi masih ada lagu berunsur Etnik yg berjaya ke peringkat separuh akhir, tapi mengapa tak dipilih ke peringkat akhir.. ?? Nak kata lagu tak best = tak jugak! Nak kata lagu tak mantap, lirik tak sesuai = Tak jugak! Nak kata persembahan tak memukau = Tak jugak!! Tp jika nak kata lagu tu TAK FEMES = mungkin!! Mungkin sebab tu jugak lagu tu tak dipilih..
Jadi ke mana lg muzik ernik kreatif mampu pergi jika yg ada pon dipinggir.. Pikir la sendiri yer..
Cakap byk pon tak guna kan. Keputusan dah dibuat! Pemilihan dah dilakukan. 14 lagu telah pon dipilih!
So.. siapa juara anda dlm 14 lagu yg terpilih tu...
P/S: Korang pikirkan la yer...
11 comments:
pasal isu persembahan tu.. aku mcma setuju ngan ko... just dengar cd tak payah suruh penyanyi asal prepare kan.... nak lagi best...
suruh jer budak budak MyStarLG nyanyi..... sebab kalau hancur mcam mana pun... kalau lagu tu kuat sure boleh menang... kata AJL....
hahahah.... juri kan bijak.... katanya... walaupun..... :P
taksangkayer....
adam,
dulu isu lupa lirik sgt2 berat..
ziana zain selalu jd mangsa
tp apabila lagu 'itu' dpt karl agak terkilan. dh obvious pd line pertama, penyanyi 'itu' terlupa. adakah kerana si 'dia'. x abes2 lagi si 'dia'
hmmmm
AJL ni karl rs bebudak indie akan conquer
tp best kan if MISHA menang! barulah diva hahaha
bnyk aku tgk org komen psl pemilihan juri tuk peringkat akhir nih..aku pun tak pndi dlm muzik but kite mendengar...so kite leh dgr n nilai..but klu yg mendengar nih bias n dh set kat mind sndiri artis nih best artis nih tak best..takde guna gak..yg sedap akn d katakan tak sedap n yg tak sedap d katakan sedap..hurm kecewa ngan penilaian yg sebegitu...
aku rs tuk JL nih nk kata dowang amik lagu yg kuat tak jugak..aku rase dowang kebanyakannye amik yg popular..so aku rase takde lagi istilah lagu terbaik..kene tukar jadi lagu popular..sebab klu tgk list lagu yg kefinal moslty lagu yg popular but bukan yg terbaik..tak nafikan ada gak lagu yg mmg kuat dr segi arrangement nye..ada gak yg kuat dr segi penyampaian dr artisnye..ada gak lagu yg simple but ada sedikit keunikan..so agak susah tuk ckp ape sebenarnye nilai yg juri tgk dlm memilih lagu tuk ke final...ape yg ptg bg aku lagu yg kuat tak cukup tuk beraksi ke final klu penyampaian,penghayatan dan vokal yg tak kuat...smua tuh pakej...
AJL dah tak kick mcm last few yrs..& sudah lama tak mengikuti perkembangan muzik tempatan. Yang sedap didengar...I layan. Ada 1 or 2 la dari list tu.
auroro? saya rasa aurora kot...maaflah kalau sy yg tersilap...
aku.hanyalah.mesin
wahh post yg best..mmg gigih kan awk p tgk sbb tue de awak dlm tb..hehehhe..ntah la ade yg blh kita jangka akan masuk final ade yg tak...syg lagu yg indah melodinyer pun xdpt msuk..btw syukur la cz my kazen dpt..but xnk hope sgt menang pun cz dat song tOOOo simple..hehehe..
wajibb pegi final nti!
Fuh... Ni semua peminat muzik tanahair nih..?? Bravo kerana masih pertahankan dan minat kepada melayu muzik Malaysia!!
First, saya nak komen:
AJL mencari JUARA LAGU... cirinya?? Masih tercari2??? Tak seperti dahulunya... zaman Sekadar Di Pinggiran; Menaruh Harapan, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Isabella, Janji Manismu dan Takdir dan Waktu. Seingatnyer, peminat yang hantar borang melalui akhbar harian. Sekarang... juri yang pilih lagu2 itu semua.
Maleh sebenornya nak pertikaikan pemilihan lagu di JUARA LAGU... sebab, katanya.. keputusan juri muktamad... So, suka tak suka.. kena lah terima. Atau tune kepada anugerah award yang lain... kan kita ada anugerah ERA, BERITA HARIAN, AIM, Shout Awards, APM.. macam2 lagi..
Sepatutnya AJL harus menjadi kayu pengukur kerana selain dari tersohor, ia juga adalah pertandingan KOMPOSER yang hebat!!
Sekali lagi persoalannya... HEBAT KE setakat menyanyi memegang gitar dan lupa lirik...
*kadang2 faham kenapa orang2 kita dengar lagu Indon...
- Mus Astley
tak kisah kategori terbuka ni, tp macam hari itulah, rasanya lagu noraniza idris nyanyi tu leh masuk final, creative je. mmg npk AJL kali ni byk lagu2 popular je
thanks for all your comments fellas..
sorry cause i dont reply each comment that has been dropped here.. my bad..
but i'm so appreciate of comments..
thanks! :)
TQ atas post ini.. =) t shirt printing
Post a Comment