Last Friday, aku dapat invitation dari Mr. Ray utk join tonton tayangan perdana filem fiksyen tempatan berjudul 'Antoo Fighters'. Filem terbitan Grand Billion Sdn Bhd turut menampilkan ramai pelakon-pelakon lama dan baru termasuk Radhi OAG, Awie, Scha, Ngasrizal Ngasri, Bront Palare dan ramai lagi.
Okey, jom usha skit sinopsis citer ni..
***********************************
Kisah bermula apabila Sekumpulan Makhluk dan Hantu-hantu di zaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela di zaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Setelah terlepas dari kurungan, mereka mengembara ke merata tempat dan membawa mereka semua ke Kuala Lumpur. Menara KL dijadikan markas mereka untuk bertapak bg menakluk negara di samping membebaskan "Lord Sharon" iaitu anak syaitan. Dalam usaha membebaskan Sharon, Drakulat dan semua rakannya berusaha mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu “Delyla” , di mana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada “Lord Sharon” supaya dapat bebas ke bumi.
Dalam pada itu, Kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din ( salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an). Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.
Persoalannya;
Siapakan 5 waris terbaru penentang hantu-hantu ini...? Bagaimana mereka terpilih..? Mampukah mereka menumpaskan Drakulat dan semua rakannya yg semakin kuat dan berkuasa..? Apa yang terjadi kepada negara...?
**************************************
Persoalan demi persoalan akan terjawab bila anda menonton filem ini nnt.
Hasil sentuhan pengarah muda yang kreatif iaitu Azizi 'Chunk' akan membuatkan anda semua tersenyum dan tergelak sendirian apabila menonton filem ini. Komedi, aksi, thrilller dan suspen berjaya digabungkan melalui filem yg mengambil masa 1 jam 30 minit ni. Tak ketinggalan juga teknik CGI yang hampir 70 % digunakan utk filem ini juga mampu untuk dibanggakan kerana ia merupakan 100% hasil tangan anak tempatan. Tahniah buat seluruh tenaga produksi.
Jalan cerita yang mudah tanpa perlu sarat dgn bahasa2 berbunga membuatkan penonton akan lebih mudah memahami apa yang cuba dilayarkan. Namun, Antoo Fighters merupakan filem komedi ringan yang boleh ditonton seisi keluarga.. Mesej-mesej yang cuba disampaikan juga lebih santai dan rilex..
So, pada semua..nantikan kemunculan filem ni di layar perak berdekatan anda. Sure anda dpt menilai sendiri sejauh mana filem ini mampu pergi.
Dari 5 bintang, aku bagi 2.5 bintang utk filem ni. Tahniah!!
Team Antoo Fighters moden sedang menewaskan musuh.
Drakulat dan aksinya
Antara rakan sekutu Drakulat
Semangat Antoo Fighters
- Lakonan Radhi OAG membawa kita kepada jenaka yg seperti dibawakan oleh Chow Sin Chi melalui filem-filemnya
- Tahniah kepada Scha kerana mempamerkan lakonan yang bagus walau pun masih baru
- Kelakar dgn aksi Bront Palare
- Kostume dan make-up yang menarik
- Tertarik dgn word, "Oh My God..! Oh My God..!"

