Showing posts with label Humor. Show all posts
Showing posts with label Humor. Show all posts

Monday, April 20, 2009

Just For Laughs

Entry aku kali ni berbeza skit. Kalau selalu aku create posting yg more to pemikiran, lifestyle, cara hidup kita seharian yg jarang kita kaji and amik tau serta citer² hidup aku yg tak berapa best tu.. tp kali ni aku mau stori-mori pulak pasal citer² lawak a.k.a kelakar tahap cipan ngan korang. Saja nak buatkan hari² korang lebih happy dan gumbira yg mungkin td korang muram sbb gado² ngan boifren or girlfren ke, kena sound ngan driver bas ker, terkena panggilan hangitt ke, kena makin hamun ngan boss ke atau yg sewaktu dgn nyer tu.

So, kat bawah ni ada beberapa koleksi citer² kelakar (kelakar ker..? entah!) utk tatapan korang sumer eyh, especially to all my dearest blog readers. Eceh! :P Enjoy reading k.

KISAH SERAM DI KLCC


Kisah benar ini berlaku di Menara KLCC yg menjadi kemegahan kini. Pernahterjadi pada suatu hari, waktu tu KLCC baru saja dibuka utk kegunaan ramai. Seorang pegawai yg bertugas lebih masa terpaksa tinggal di pejabat keseorangan. Toleh kanan, toleh kiri tak ada orang di sana sini. Tengok jam di tangan dah pukul 3 lebih. Maka lelaki ni pon bergegas la utk turun ke bawah. Kebetulan pulak pejabatnya di tingkat 40. Tinggi tu bai.. Kalau nak diikutkan, time ni dah patut tak ada org lg dah. Lelaki ni pon melangkah masuk ke lif. Tekan butang G, tetiba je lif bergerak laju naik ke atas. Lelaki ni dah mula tak sedap hati. Sampai ke tingkat 56, lif tetiba berheti.


Berdegup kencnag jantung lelaki ini. Masuk seorang perempuan cantik yg mmg tak pernah langsung dilihatnya sblm ni. Melangkah masuk sahaja diiringin pulak dgn bau harum semerbak. Dalam hati lelaki ini dah mmg tak tenteram. Bau wangi ni pon dah buat dia berfikir panjang. Lif turun semula menunju ke tingkat bawah. Sampai je di tingkat 18, tetiba lif berhenti sekali lg, tapi kali ni dalam keadaan mengejut. Lampu lif pon turut terpadam. Lelaki ni mula panik. Seretak itu juga ada bau yang amat meloyakan tekak menusuk hidungnya. Tentu dapat dibaca apa yg terlintas di fikirannya. Beberapa saat kemudian lampu lif bernyala semula. Dalam ketakutan, lelaki ini memberanikan diri menoleh ke belakang..


Dengan muka kemerahan, perempuan itu pon berkata : "he..he..he.. maafkan saya. Tadi saya terkentut!!"


PARTI

Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat.

"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya." kata Sonto kepada Supir.
"Bagus la tu, Habis kenapa pulak kau bersedih ni?" tanya Supir kembali..
"Sebab saya tak dijemput..huaarghhh.." jawab Sonto.


TEMUDUGA WARDEN

Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah penjara.

Pegawai : Awak ada pengalaman ke?

Pemuda : Tak ada.
Pegawai : Awak mesti dasyat kalau dapat kerja kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas² semuanya. Boleh ke awak kawal?
Pemuda : Oowwhh..!! Tak ada masalah! Kalau diorg menyusahkan saya, saya keluarkan ajer..!



Huhu.. ada rasa² mcm terhibur tak? Kalu tak, buat² la terhibur yer.. ketawa guling-guling atas carpet pon dah buat saya cukup menghargai usaha anda semua tu.. Ahask! Banyak lagi koleksi² citer kelakar nak mampos kononnya ni akan dipublishkan pada masa² akan datang. Sehingga itu.. Teruskan membaca @geNdaiNsPiRaSi kerana di sinilah gerbang maklumat untuk anda. Wah!! Katanya.. (cam tagline berita perdana lak kan.. :P)

Thursday, April 17, 2008

Bila Teknologi Mengatasi Segalanya...

Bila Teknologi Adalah Segalanya... [just for laugh..!]

JANGAN sampai anak² kita nanti tak dapat membezakan mana satu real..mana satu teknologi..

JANGAN di salah ertikan function² yang sepatutnya kita gunakan.

JANGAN sampai anak² kita terlebih genius sudah. Kalau tak jd cam Sufiah, mungkin akan jd seperti gambar di atas.

Berhati-hati bila anak² dah pandai bercakap. Ada saja pertanyaan yang mungkin kita sendiri tak ada jawapannya. Pepatah dulu, 'org tua makan garam dulu sebelum kita..' Pepatah sekarang.. 'org muda makan pizza dulu sebelum diorng..'

Contoh terbaik...lakukan sesuatu mengikut apa yg sepatutnya...JANGAN main sebat jer..

Ni la antara yg akan terjadi bila terknologi adalah segala-galanya.

Lu pk la sendiri...!

Purchasing power is in your hand..You have the right for what you need and want.

PENTINGnya blajar from top to bottom even nak buat air pon...

Betapa PENTINGnya mengetahui bahasa² komputer. Tak semua kita faham bahasa.. kalu dah tak faham sgt bahasa, ni la jadinya...

Monday, April 14, 2008

10 Perkara Yang Tak Patut Kita Buat!

Kadang kita tak pernah sedar yang tindakan kita sering diperhatikan oleh orang di sekeliling kita. Secara sedar atau tak, kita telah lakukannya. Di bawah, aku selitkan skit adegan yang mungkin kita, atau mereka di luar sana sering lakukan tanpa menyedari perbuatan itu sering di ambil kisah oleh orang lain..

JANGAN buat majlis persandingan sekiranya kita dah tau tak der calon yang nak kawin dengan kita. Lebih baik buat kenduri doa selamat je kan.. lagi afdal dari nak hias pelamin segala, pengantin pulak tak der.

JANGAN cuba-cuba nak melamar wanita yang dah jadi isteri orang kalau muka tak hensem atau duit RM 100 setebal 'sejengkal' tak der dalam wallet, atau pon tak der kad kredit 'Platinum'. Sure jawapannye 'Sayonara' laaa...kena reject la tu!

Bila pengantin dah tak serasi..Yang si Lelaki asik teringat kekasih lama...Yang si perempuan pulak asik syok sendiri..

JANGAN biar kendarat jadi jurumekap..(sure lap peluh pengantin pakai tuala kendarat dia..) tak pon JANGAN biar juruandam touch-up pelamin last minit bila majlis persandingan sedang dijalankan..

Bila Berkahwin, tapi belum kenal hati budi..pendek kata, "tak sejiwa!"

Yang si suami cam pelik tengok si isteri yang seakan over gilerrr atas pelamin. PASTIKAN jugak orang yang datang untuk menepung tawar bukan terdiri dari orang yang gila glamer depan kamera..Kalau tidak, dia akan menjadi lebih obses bergambar berbanding pasangan pengantin dengan pose² lentiknya.


Peringatan untuk pengantin lelaki, JANGAN hired best-man yg merupakan bekas kekasih pasangan anda. Anda mungkin tak tahu niat dia yang mungkin nak tikam anda dari belakang. Buat tuan rumah, TOLONG lah sedia tisu premier ker utk touch-up pengantin..sedey la guna towel je..

Jika anda sedang membuat persembahan, TOLONG lah ambil kira hati penonton. JANGAN biar persembahan anda begitu membosankan seakan orang tak sedar sama ada anda sedang menyanyi atau membaca berita.

PASTIKAN rakan-rakan, sahabat atau kenalan terdekat mendengar dahulu suara anda sebelum anda terdetik atau terniat nak menghadiri ujibakat nyanyian anda. Kalau tak pecah gegendang telinga mereka, ok la kot nyanyian anda..lu pk la sendiri..

PASTIKAN nyanyian anda tak memberi kejutan kepada penonton/pendengar terutama pada mereka yang menghidapi asma. Anda mungkin jugak tak sedar yg nyaringan suara anda mungkin dapat memecahkan 'LCD² kamera yg berada di sekeliling anda.

JANGAN terlalu syok sendiri ketika menyanyi sehinggah tak menghirau perasaan mereka yang berada di sekeliling anda. TOLONG lah, sayangi insan yg mereka dan anda kasihi.

JANGAN biarkan dunia ni seakan anda yang punya tanpa perlu memikirkan apa yang orang lain mahukan atau rasakan. Mungkin anda terlupa yang masih ada orang mempunyai pendengaran yang jelas dan baik semasa mendengar sesuatu.

Untuk semua, pesanan khidmat masyarakat ini tiada kena-mengena dengan yang hidup atau pun mati. Semua gambar-gambar, nama serta watak ini adalah rekaan semata-mata.

Jangan Sentap yerkk!!

Monday, March 03, 2008

Misteria Nusantara

PERHATIAN...!!!

Saya memohon jasa baik sesiapa yang mengunjungi blog saya ini agar dapat mencari mereka² yang bermuka seperti di bawah bagi membantu siasatan beberapa kes misteri yang amat mencurigakan. Kes-kes ni amatlah sukar utk disiasat kerana pelbagai pencanggahan fakta berlaku semasa siasatan dijalankan. Ini amat merungsing pihak kami bg menyelesaikan kes-kes ini.

Kes 1:
Misteri pecah rumah dan kehilangan barang mekap Loreal..kerana diriku begitu beharga milik Cik Puan Mona Tembun. [ kenapa hanya brangan Loreal saja? kenapa tidak Nona Rogayah, BML, atau Maybelline..? ]

Kes 2:
Misteri penculikan beberapa orang ahli yang kuat sangat berangan bagi sebuah fan club. [adakah mereka yg kuat berangan macam bagus je menjadi tarikan utk dijadikan mangsa..? ]

Kes 3:
Misteri penurunan UFO yang di Kg. Tembe-Rang-Lasa-Ngat yang heboh dikatakan menggangu waktu lunch penduduk kampung tersebut. [ benarkah UFO ini ujud..? jika benar, kenapa hanya mengganggu waktu lunch ajer, tidak pada dinner, supper atau tea-break..? ]

Kenapa..? Mengapa..? Bagaimana..? Inilah persoalan yg sukar dijawab..!!

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang mereka² di bawah, tolong lah sangat-sangat memberitahu kami kerana mereka mungkin membawa kebahayaan kepada komuniti masyarakat kita. Harap Maklum..


. W . A . N . T . E . D .






Tuesday, January 15, 2008

Tips Berguna vol.01

Anda BOSAN BEKERJA..?? TERASA DIRI SANGAP DI OPIS..??

Pernahkah anda terfikir begini setiap kali bangun pagi dan bersiap untuk ke ofis;

1) hish...apa la aku nak buat ari..?

2) yahhhoooo...ari ni bos cuti...tak yah buat keja..!!

3) malaaaaaasssssnye nak wat keja ni...!!

4) Aaaarrrggghhhh..!! Tensen..!! keje byk tapi malas nak buat..!

5) Ngantuknye nak abis keje ni...bila la nak abis opis hour nih..? haihhhh..

TAPI....!

Bagaimana nak abiskan masa 8 jam di opis tanpa berbuat apa²..? Jom ikut petua di bawah...Nescaya hari² anda di opis akan berlalu dgn PANTAS tanpas disedari..

TIPS 01

TIPS 02



Selamat Mencuba!
Pesanan ini dibawa oleh Jabatan Kerosakan Akhlak

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates