Showing posts with label My Weekend. Show all posts
Showing posts with label My Weekend. Show all posts

Thursday, September 03, 2009

Kisah Menjelang Syawal

:: INTRO ::

Di atas adalah gambar² aku masa bukak puasa ngn artis² dari filem terbaik FFM bebaruh nih, PAPADOM. Invitation ni aku dpt dari salah sorng member aku yakni juga blogger tegar yg lagik gigih iaitu hencek Romi. Thanks dude! Saja je buat caption ni takut nnt ada yg sentap sbb aku tak maklumkan. hehe.. Majlis berbuka puasa yg simple ni diadakan di Pak Hailam Kopitiam Sg. Wang dan anjurah leh Media Hiburan.. Thanks gak to Media Hiburan dgn segala goodies and hadiah tu.. korang mmg sporting lah! Read more...

P/S: nnt korang belek² lah MH tu kot² terselit muka aku.. hehe

Welcome September! Ulps!! Dah 3 aribulan kot! Terlupa lak aku nak wish SELAMAT HARI MERDEKA utk korang semua.. Tak terlambat lagi kan kalau aku nak wish ni? MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!


Laungan yg biasa kita dgr bila tiba detik 31 Ogos. Biasa... sangat dah terbiasa.. Tapi kalau hanya sekadar laung je bermaksud apa² ker? "

"Laung Semangat" katanya... walaupon kan..

Selalunya semangat kita ni pada detik ni jer, masuk hari baru, bulan baru.. semangat dah macam pokok semalu, terus kuncup layu.

Semangat 1 Malaysia!! Hopefully biarlah terlaksana sbb aku yakin la yg kat luar sana masih 'tak tahu' apa tu 1 Malaysia. Diucap je satu rumpun, satu bangsa, satu negara... tp masih ada yg kurang segalanya. Mana pergi nilai majmuk dlm diri tu... hilang... hurm... Kita ni dilihat hidup dalam satu negara pelbagai bangsa, tp realitinya, yg melayu cara melayu, yg cina dgn masyarakat cina, yg india dgn golongan india sendiri. Ada kot segelintir yg tak kisah, tp yg banyak tu lg kita nampak.. iye dak?

So, pikir la sendiri kat mana terletaknya 1 Malaysia dalam diri kita. Tak payah kita laung kuat² kalau diri kita ni masih utk kita.. bukan utk satu Malaysia.


STOP citer merdeka! Sblm terlupa, TAHNIAH to Audi Mok, Nur Fatimah dan penyanyinya Faizal Tahir yg dah menang dlm pertandingan penciptaan lagu 1 Malayisa untuk generasi baru anjuran HotFM. Lagu berjudul "Malaysia Satu" tu dah dpt RM25000... masyuk tu beb! Duit Raya di bulan Ramadhan la nampaknya kan... hehe..

Huurrmmm...

Difikir-fikir mcm lama tak update blog ni. Last posting tarikh 26 Ogos, kira punya kira dah lebih seminggu gak la. Bukan tak de idea, bukan tak de line internet tapi bila dah MALAS, satu keja pon tak jalan kan.. hehe..

Sabtu lepas sempat la aku mem'free'kan diri meronda ke sana sini seorng diri tanpa tujuan kat sekitar Shah Alam. Huh!! Apa yg aku jumpa?? Ushar je gambar² kat bawah.


Promosi raya yg sgt berleluasa. Dah masuk 12 Ramadhan ni, semakin ligat la jualan² raya diadakan sana sini. Duit gaji pon skang ni lebih fokus kat persiapan raya. Kalau si wanita dok sebok dgn kuih muih raya, biskut raya, cadar, langsir, sarung kusyen baru... shopping baju² raya kat diri sendiri dan keluarga... dan yg laki lak dok sebok gi servis keta, moto utk perjalanan balik kampung nnt. Pendek kata, sumer org skng ni dok kelam kabut dgn persiapan raya.

Sana sini citer nak raya jer.. Lagu² raya pon dah bley kedengaran, infact satu dua hari Ramadhan pon kita dah bley dgr lagu² ni kat shopping² complex.

Ada orang suka berbelanja last minit, ada org mmg tunggu masa je utk shopping. Masuk je bulan Ramadhan.. semua terus on. Kalau aku kat kampung, dah kelam kabut dah cat rumah dgn kaler² baru, cuci pinggan mangkuk, bersihkan kabinet² umah, lap² segala cermin yg ada kat umah tu.. tu la slalunya job utama aku kat umah bila menjelang raya. Kalu tak buat kang, mau aku kena bebel 7 hari 7 malam! Tetiap tahun nak cat umah.. apakah??

Manusia yg paling best time² cenggini for sure la kanak² kan? Waktu ni apa yg diidamkan tu akan dpt. Baju baru.. sluar baru... kasut baru... yg pasti duit raya mesti mau UP tetiap tahun.. hehe..

Eerr.. berapa duit raya paling byk korang pernah dpt?

Huhu.. tetiba aku plak mcm excited nak raya. Yahooo.. dpt balik kampung jua! Setelah 8 bulan di perantauan (eceh! Ayaaattt...!) akhirnya aku bakal pulang ke kampung halaman.. errmm.. kampung kah masalahnya..?? hehe

Kereta = DONE! sumer dah servis.. tinggal nak cuci je, nnt kena bebel ngn bapak aku.
Duit Raya = errr.. tunggu gaji la... byk wooo nak kuar.
Kuih Raya = DAH ORDER!
Baju Raya = Sedey! tahun ni tak shopping! bajet larik tak sempat nak kejar!
Cuti = DONE! tinggal approval jer..

Apa lagik yerk??

P/S: best kalu aku still bergelar student, sure masih dpt duit raya walopon dah tua bangka! Asalkan namanya student. hehehe.. saper mau kad raya?? :P

Monday, August 17, 2009

Masak Lemak Nenas Ikan Masin

Oh!!.. Masak Lemak Nenas Ikan Masin!!


Ooppss! Jangan betul siaran blog anda yerk! Anda masih lagi bersiaran di blog rasmi aku, @geNda iNsPiRaSi dan bukan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. :P

Kalau ada antara korang yg pernah terbaca status FB aku few weeks ago, ("Teringin nak makan masak lemak cili padi nenas ikan masin!").. tup..tup.. sumone dah pon dgn bermurah-hati dan baiknya telah memasakkan makan itu utk aku.. Wah!! Sangat terharuuuuuu yerr... harapan aku utk makan makanan/lauk-pauk hasil tangan mak² or ibu² ni akhirnya tercapai gak dan paling penting lauk yg aku kepingin sgt tu turut dimasakkan...


Just nak say T.H.A.N.K.S to kak lyn and family sbb sudi masakkan makanan tu, actually bukan Masak Lemak Nenas Ikan Masin je yg terhidang atas meja, Rendag Kerang, Ikan Kembung Goreng, Sayur Campur dan Sambal Belancan juga menjadi juadah utk aku dan kengkawan aku malam tu.



Kenyang..?? GILA TAK KENYANG!

3 pinggang nasik aku makan. Kenyangnya terasa sampai keesokkan harinya jugak lah.

Memang sgt lazattttt.............

Bak kata pepatah, (aku tak sure la cik Faradiba pernah dgr or tak pepatah melayu nih! :P)

"Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa..."

Sbg menghargai kak lyn dan famili yg dah sesusahkan diri masak tu, aku pon tak dtg dgn tangan dan perut yg kosong je, aku sediakan juga la desert berupa Puding Cocktail sbg pencuci mulut kitorg termasuk la kak lyn dan famili skali. Yang pasti puding tu aku order khas oleh Puan Nafty Ayu yerr... gigih ni mintak tolong ayu buatkan puding ni, nak harap aku yg buat sendiri, bukan puding jdnya... jadi bubur terus kot... huuhuhuhu..


muka² kelaparan... dari tengah hari tahan perut utk di cas di malam hari.. ahaks!!

THANKS again akak...
THANKS sbb layan karenah dan sifat ku yg mengada-ngada nak makan itu dan ini.. :P

Tuesday, August 04, 2009

Friendship Day

[H.a.p.p.y. F.r.i.e.n.d.s.h.i.p. D.a.y.]

Well guys, It's already August!! Damn!! Pejam celik pejam celik je kita dah hampir ke penghujung tahun. Lebih kurang 2 minggu lagi kita akan sambat bulan Ramadhan pulak, so.. dah bersediakah anda utk berpuasa? Yang perlu ganti dah berbayar kah? Yang bernazar dah tertunai kah? Aku belum... huaargggghh!!

Ok pada yg kurang maklum, selain kita menyambut hari kemerdekaan yg juga jatuh pada bulan Ogos ni, 2 Ogos juga merupakan tarikh rasmi bagi warga dunia menyambut Hari Persahabatan atau bahasa kekwatnya, Friendship Day. Yup..!! Setiap hari Ahad minggu pertama bulan Ogos adalah Hari Persahabatan Sedunia.

Perlu kerr Friendship Day segala nih?

Mungkin perlu pada yg betul menghargai nilai persahabatan kan, pada yg tidak.. mungkin akan rasa hari ni adalah hari yg sama mcm hari² yg diorg lalui. Bangun, makan, tido, keja...dan itu la seterusnya. Sahabat adalah kawan dan juga rakan.. tak lebih dari tu.

Tu mungkin pandangan org lain la... tapi BUKAN pada aku!

Pada yg kenal aku, mungkin tau apa pandangan aku tentang sahabat, teman, rakan dan kawan nih. Dah banyak pon posting aku bercerita pasal kengkawan segala nih, and kalau nak tau.. korang belek² la balik arkib blog aku ni yerr.. sudi²kan lah diri tu eyh.. :P


It wasn't a plan actually. (4 days before the event)

Masa tgh ber'YM' dgn Miss Nafty Ayu nih, dia ajak la buat plan makan² before puasa nih.. tup² terlintas kat otak aku utk buat makan² hari Sabtu (01 Ogos 09) yg lepas. Tak semena-mena kitorg terus decide plan tu konon menjadi tanpa nak tanya dulu kengkawan yg len. On the spot aku buat rsvp thru facebook... invite sumer member batch masa aku study dulu (yg mana aku ada facebook nye je la..), and Ayu pulak urus invitation thru phone.. kitorg la yg inivite, kitorg la plan, and kitorg la yg decide utk makan kat Flamings Steamboat Sunway nih.

Unfortunately bila tgk balik tarikh, 1 aribulan tu mcm byk plak agenda aku. Ayu pon tak free. Then decide utk tukar tarikh ke 2 haribulan dan memandangkan tarikh tu adalah tarikh rasmi World Friendship Day.. kira lebih afdal la majlis makan² bayar sendiri tu dibuat pada hari tersebut. Dan dengan riak dan bangganya aku pon mcm teringin nak sponsor kek utk majlis tu. Ye la, kebetulan tarikh friendship day, dan kebetulan lak wat gathering cam ni... dan kebetulan gak kebanyakkan kami dah lama mcm tak jumpa..why not kalu buat majlis cam ni, kita appreciate la skit utk sumer yg sanggup datang kan... Nak tempah cup cakes mcm tak sempat, nak sediakan goody pon tak sempat.. so ni je la yg aku and Ayu mampu buat.

Apa pon plan yg awalnya dirasakan mcm kurang 10 org je hadir, tup² dekat 20 org yg datang akhirnya. Terima kasih sangat kat sahabat² aku nih sbb sudi datang walaopon makan ni korang byr sendiri. :P tak mampu lagi uols utk open table... tunggu aku kawen nnt, baru aku open table kot. keskeskes..

Last but not least, myself, like to express my biggest gratitude and thankness to Ayu, Rafi, Syuk, Pyar, Is, Zura, Cical, Michael, Haris, Ayu Mel, Kematz, Chuck, Naim & Ain, Ana, Pak Tam, Yani, Meor & Syeera serta Din dan Ija for spending your time with us to get together again even for a short time. Kehadiran korang ni still menunjukkan yg kita ni still bley re-unite mcm dulu² lagi even semua pon dah mempunyai kerjaya yg hebat masing². Lebih kurang 10 tahun kita semua kenal kan? Kejap je masa berlalu, and trust me, i'm never dissapointed to know each single of you. For those yg tak dpt join tu, may be next time k.

The End..

(Let pictures talk for itself)







P/S : Hargailah sahabat di sekeliling anda... kita tak tau bila masa kita perlukan mereka, yang pasti nilai lah mereke dgn sebaiknya... :) sweet takk..? :P

Monday, July 06, 2009

Another Weekend Stories!

Simple and short je entry aku kali ni, (simple and short keeer..?) Just nak share moment2 yg aku lalui sepanjang minggu lepas. Tak sempat nak update blog ni day by day sbb aktivti2 aku berturut2-turut setiap ari.. gigih kan? kalah artis.. wakakaka.. berangan sudah!

Okey la guys... enjoy reading k..

Khamis : 02 July 2009

Mulanya tak de pon plan nak buat lepas keje.. memandangkan kat umah pon dah ada org masakkan utk dinner, so planning aku nak stay umah je la.. save budjet skit.. tp bila balik .. rupanya yg dimasak tu adalah daging kambing. aku pon cam.. **errkkk!!** gak la..

Kebetulan si Kematz dah roger awal ajak lepak minum kat area Shah Alam.. aku pon on je la kuar makan kat luar.. hehe.. Sorry la.. gua tak leh makan la daging kambing tu.. bau dia halamakkk..! tak tercapai dek hidung ku...

Kitorg lepak kat Bale13 Seksyen 13 dan kebetulan si Romi and Joker pon join gak.. gigih turun dari Ampang tu.. Bale13, satu port makan baru gak la bg aku.. not bad food kat sinun. Si kematz open table belanja Itik Panggang Kluang.. (open la kononnya...) "what the..." agak ngeri la aku nak try.. tp sket demi sket.. aku try gak la... Rasa mcm daging ayam.. cuma liat skit.. Apa kata korang try.. rasa cam survivor lak makan makanan eksotik nih.. hehe


Habis lepak makan, kitorg pon cergas ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam.. saja.. lepak.. layan perasaan.. buat photoshoot berangan serba skit. Kebetulan lak time ni dpt call dari Miss NoraJoey.. nak join lepak gak.. so.. tunggu je la dia... and kebetulan waktu yg sama si Joker lak dpt info utk lepak dgn Zizi AF7 kat hartamas.

Aku dah ngelak nak gi sbnrnya.. sbb waktu ni pon dah almost 12 tgh malam, mana nak balik tido lg.. nak iron baju lagi... nak bangun awal pg gi keje lagi.. kalu weekend tak pe la gak kan.. tp bila kena paku, gerudi bagai ngn makhluk² ni.. aku pon jer..

Dari Shah Alam... shoot ke Mont Kiara...shoot plak ke Hartamas..

Lepak punya lepak.. borak punya borak.. hambik ko, kul 3.30 pagi baru aku sampai umah. And kul 5.30 pg aku dah bangun siap nak gi keje.. Mata rabak.. ngantuk.. kepala toink!! sumer cukup ada kat aku... huh!!

Jumaat : 03 July 2009

Aku gi keje pagi ni dah mcm nak gi buat photoshoot apa jer.. Dgn baju extra, seluar, towel, kasut, toiletories dan segala mak nenek lah.. plannya abis je keje, nak bersiap kat opis utk shoot pulak ke wedding Nur Hayanee (Pet) dgn pasangannya Zainal Abdul Halim, member yg aku kenal masa diploma dulu. Kebetulan lak majlis tu diadakan waktu malam dan lokasinya sumwhere near ngn opis aku, kat Felda Villa.. so.. better siap dari opis je kan..

Pick up mr. Kematz kat lrt Ampang Park.. and shoot terus ke lokasi kejadian... meet up the rest of our friends kat sinun. Antara yg hadir of coz la diri ku, kematz, nafty ayu and hubby, rafi, ina kecik and hubby serta anaknya aliaa najwa, dan haris.

Biasa la kan, bila dah kumpul mcm ni, kalu tak bergambar, bergosip tambah skit perisa berupa kutuk mengutuk satu sama lain mmg tak sah la.. but anyhow, we had a good time dat nite. Bukan slalu bley kumpul cenggini.. bila ada special occasion cam ni la baru berpeluang jumpa.. tu pon bukan sumer nye datang kan..

P/S: haihh... kwn² aku sumer dah makin mengakhiri zaman solo... bila pulak aku ni..?

Sabtu : 04 July 2009

Penat dgn dua hari sblm ni, tido pon tak cukup.. then weekend aku decide nak lepak and relex kat umah je.

Tapi tup..tup.. bley plak aku kuar tgk wayang citer Ice Age 3 kat TGV Bukit Raja Klang ngn housemate aku.. gi makan kat area yg dekat² ngan umah... then gi warehouse sales kat Stadium Shah Alam.. sempat gak shopping sluar slack utk keje dua tiga helai.. hehe... pokai!

Dapat received call dari adik angkat aku nun kat Perlis tu ckp nak turun Shah Alam. So.. pick up dia sblh petangnya... then dpt plak roger dari Romi and Joker.. ajak lepak kat William Kelana Jaya. Calling² si kematz ajak join.. dari shah alam.. dgn adik aku nih.. pick up kematz.. then drive ke K.J lak.. huhu.. rosak plan aku nak rilex.. hehe

Dari makan kat K.J.. aku ajak lak diorg gi karok kat Hotel Quality Shah Alam.. sumer pon mcm on jer.. so.. kami pon shoot ke sana.. Lebih kurang kul 11 mlm sampai... buat reservation segala... 3 jam gak la kami dok melalak bukan main dlm tuh.. hehe..

Settle itu ini.. abis karok.. lepak minum jap... kul 2 pagi gak kitorg sumer berangkat pulang.. humang aiii.. loteh badan den ni haa..

Ahad : 05 July 2009

2 weeks before aku dah dpt wedding invitation staff kat company aku keje ni. Tak sedap plak la kan kalu tak gi.. aku pon staff baru kat sini, kena la beramah mesra skit ngn diorg yg senior nih. iye dak?

Kul 11 gerak kuar dari umah ngan adik angkat aku nih, bwk dia gi warehouse jap kononnya nak shopping... mmg betul punya shopping budak nih! Abis sumer.. kul 1 tgh ari shoot terus ke Cheras utk wedding mr. Samsul Kamar dan pasangannya Kamalia.

"Semoga berbahagia selamanya.... amin..."

Dari wedding, kitorang terus Pavillion lak nak layan movie. Citer per pulak kali nih? tetap... TRANSFORMERS buat kali ke-3! kuikuikui... Memandangkan si Romi dah belikan tiket awal.. so aku pon set je la layan movie ni dgn Romi, Joker and adik aku tuh. Tak kisah sbb aku mmg suka citer tu.. walaupon terpaksa duduk di row no 2 dari skrin... nak patah leher aku punya dok dongak sbb nak tgk citer ni... hampeh!

Settle di Pavillion, lepak makan jap kat Lotus lak sblm kami memasing gerak pulak ke Shah Alam sbb nak layan event Karnival Gen-S yg berlangsung kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Sblm tu aku sempat aku ke KL Sentral hantar adik aku nih jumpa mbr dia and nak terus balik ke Perlis.. huhu.. se u next time bro...

Lepas antar dia.. aku, Romi and Joker terus ke Shah Alam, jumpa kematz and mbr dia Su yg mmg dah dari awal ada kat sana. Tgh lepak² sblm show start.. jumpa lak Kak Syemelia Contessa with her hubby yg turut sama nak layan show kat event tu. Show tu diserikan dgn artis seperti Yuna, Cili band and 6ixth Sense. The crowds participation wasn't good enough la.. bley kira ngan jari la... and mostly yg datang pon just sbb santai² jer...



Selesai sumer, snappy pictures dua tiga keping... then dlm kul 12.00 .. aku pon chowz..

Huh.. plan awalnya aku nak relex weekend ni tetap tak menjadi.. haih... yg penting aku enjoy! kan... Well.. tu je la citer aku minggu lepas.... Err.. mcm tak simple and short pon entry ni kan?? hehe :P

ok.. see you guys in the next entry k... adios! :)

P/S: next weekend.. sabtu and ahad.. apa pulak yer aktiviti aku nih.. hurmmm :P

Monday, June 22, 2009

Hectic Weekend!

Yup! What a very hectic weekend i've been through for the past week. Non-stop gi melayan mcm² aktiviti.. sampai rasa mcm 24 jam yg wujud dlm sehari tu macam tak cukup jer.. i'm demand for more.. hehe.. tp nak buat cam ne.. terpaksa lepaskan jua beberapa aktiviti yg dah dirancang dari awal utk join, antaranya Jacob's Walk of Life 2009 yg diadakan di Taman Metropolitan Kepong, Jungle Tracking dgn my fren kat Bukit Tabuh and Blogger Karnival '09 kat Jaya 33 PJ.

A bit frustrated, but luckily i have severals on going plan that might be interesting to share.. at least for me.. ahaks!

Jumaat : 19 Jun 2009

Habis je keja kul 5.30, straight away gi Mid Valley dgn tujuan nak practice main bowling kat situ. Actually it was planned by Mr. Joker and Mr. Romi which is my team-mate utk Underneath Pokok Kelapa Bowling Tournament anjuran MarshaFC 21 Jun nanti.

Lebih kurang kul 6.15 aku dah sampai. Tunggu Joker and Romi yg dtg kul 8.30 pm (mmg tu time yg kitaorg plan pon.. :P). Aku saja dtg awal sbb malas nak balik umah after work tu. Nak menempuh traffic, onak dan ranjau segala tu.. mmg malas sgt.

Sempat aku tawaf Mid Valley Mall tu dua tiga kali. :P
Sampai je mereka tu, terus la book line and start games. Kebetulan waktu tu ada tournament lak ari tu, so.. menunggu gak la nak dptkan walau satu lane. Gigih jugak tu!

Abis je baling² bola yg kelongkang sumer tu.. kitorg pon gerak makan ke William kat Kelana Jaya. Settle tu ini, gosip and borak sana sini, kul 2 pagi gak la baru gerak balik.

Sabtu : 20 Jun 2009

Planning nak gi servis keta ---> tak jadi sbb malas nak bangun awal!

Planning nak gi Jungle Tracking ke Bukit Tabuh ---> cancle jua..

Planning ank join Blogger Karnival --- > juga di'cancel'kan..

Tgh hari received call dari one of my buddy utk gi lunch..so aku on je dan kebetulan perut pon memang lapar. Habis makan, merayap sana sini.. merebes sana situ.. bergosip itu ini.. pukul 5 gak la baru sampai umah. Then all the day aku lepak ajer.. letey.. sbb esoknya konon nak bangun awal, minum susu, makan coco-cruch utk dpt body yg sihat masa tournament nnt.. Choiii... setetment merapu aku.. hehe

Ahad : 21 Jun 2009

The day has come!

As i mentioned in early post, kali ni aku tak join DFC utk tournament bowling ni, atas jemputan rakan², aku join under ZiziFC (Zizi AF7) togehter with Joker, Romi and Zizi sendiri. Selalu baju aku merah je kan.. kali ni perubahan skit sbb warna hijau jd pilihan.. warna fevret Zizi katanya..

Antara FC dan artis yg aku perasan datang time nih antaranya, MarshaFC sendiri, Aishah dan FC, Riz dan FC, dan byk lg la.. full gak sumer lanes kat situ.

.


Well, aku ni segan skit bila tak kenal org.. and bila dah personally kenal Zizi and tgk gelagat n telatah dia.. fun and happening gak. Asik bercakap je kejer dia.. Blom throw bola bowling dia bercakap.. dah throw pon dia ckp... lepas throw... jgn ckp la ... lg byk dia bersuara..
kelakar jerr...

But..she's quite an enjoyable person to know la..

tu apa yg aku observed.. :P

Games start dlm kul 10.30 am. 3 games utk setiap peserta. 4 orang satu team, dan kebetulan pulak mbr aku si Kematz and Ika pon join bowling nih mewakili team Ebi FC. Dasat team diorg nih.



Team aku la nih. Yg kiri aku tu Joker... kanan aku Romi.
Berbakat sbg artis diorg nih. Kalu diorg nyanyi jgn la korang tegur.. kalu korang tak nangis mmg takkan sah la.. tu maknanya diorg dpt sampaikan lagu yg dibawak tu dgn begitu baik sekali.. Bravo!!

Since aku pon mmg tak de camera or apa² jenis DSLR pon, maknanya tak byk la gambar yg ada.. Ni pon hasil cilok dari rerakan yg yg lain..

Gambar atas ni antara hadiah yg disediakan oleh Marsha FC utk pemenang. Tak byk sgt jika nak compare masa aku join tournament anjuran DiddyFC and SyawalFC dulu. Lagi gempaq! Anyway, boleh la dari takde kan.. yang pasti aku tak dpt apa pon kecuali goody bag sponsor by Bitoteam and majalah dari Karangkraf.

Around 1.00 pm sumer peserta cam dah complete dgn games memasing. Ada yg gi lunch.. layan show..round² MV sbllm result diumumkan. Sempat gak la Marsha buta intro.. ckp itu ni serba skit and buat show kat sumer participants.

Tak salah aku 3 or 4 lagu gak la dia nyanyi, dan gak yg diduet dgn Riz AF6. Malangnya Zizi and dan Aishah tak stay smpai annoucemnet tu sumer sbb diorg nak kena rush ke Putrajaya utk show anjuran government kat sana.

Motif aku nak letak gambar si Ika and Kematz nih! Saja.. penyeri blog aku. Dedua ni idola aku dlm bowling. Aku berguru ngan diorg la tapi aku TETAP tak sehebat diorg.. hurmm.. lepas ni aku nak carik Shalin Zulkifli lak utk ajar aku.. err.. saper ada kontek number dia??

Selesai je event kat MV ni sumer pon gerak balik. Tp aku ada agenda len plak. Mr. Joker and Mr. Romi jemput aku gi layan event kat Putrajaya pulak dlm kul 3.00 pm camtu. Tinggal ajer keta aku kat MV, menyiput lak ngan keta Romi. (Sesusah ajer tumpangkan aku kan..)



Kejohanan Rowing Jabatan Perdana Menteri 2009!



Ni la event yg Zizi dan Aishah terkejar² td. Agak menarik gak sbb view kat sini sungguh menyamankan. Selain Zizi dan Aishah, Obri jugak turut serta dalam acara ni.


Rowing ni mcm aktiviti berkayak reramai la.. Selain pertandingan tersebut yg disertai oleh byk badan² kerajaan, demonstrasi menyelamat mangsa di dalam air serta cara memadamkan kebakaran menggunakan pesawat juga diadakan di sini. Crowd pon boleh tahan gak ramainya. Tgk je la gambar2 bwh ni.. let the pictures talk for itself ok.



Lebih kurang kul 5.00 pm settel sumer. Kitorg pon drove back balik ke KL. tapi tak habis setakat tu je.. hehehe :P

Sblh malam plak kitorg meet up Apu (juga kawan si Kematz, Joker and Romi -- sumer ni kawan kematz.. aku biasa la, menyiput jer.. :P) kat Dewan Sivik MPPJ utk layan peringkat separuh akhir Golden Voice of PJ '09. Sebuah pertandingan nyanyian yg diadakan 2 tahun skali. Percaya or tak, aku baru je tau pasal pertandingan ni masa diorg sumer ni ajak aku tgk show ni. hehe :P

Kitorg gi ni pon sbb kebetulan kenalan diorg Ayu (OIAM 3) selected utk peringkat ni dan fight utk ke peringkat akhir.. tapi malangnya nasib tak menyebelahi Ayu kali ni. 8 orang dipilih ke peringkat akhir pada 4 Julai nnt dari 20 peserta yg layak di separuh akhir ni. Selain tu, Anith (OIAM 3) yg juga juara GoV PJ'07 turut hadir utk membuat persembahan khas.

tok tek tok tek... lebih kurang kul 12.30 am aku pon beredar while yg lelain still gigih meneruskan perjuangan melepak diorg tuh. Nasib aku keja the next day, kalu tak dgn aku skali gigih melepak lg kot.. ahaks!

Well.. tu je la aktivti² sepanjang weekend lepas! Bosan..? korang buat dunno jer...

P/S : aku jarang nak update pasal aktiviti aku dlm blog ni takut org bosan baca.. tp sesekali tu.. tak salah kan..?? hehe.. bakat kata kematz, "usah diladenkan sumer tu..."

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates