Friday, September 21, 2007

Ini Hidup

Hurmm..kat mana aku nak mula..? Selalu ni yg menjadi persoalaan bila aku mula nak menulis..blurrr..namun ini lah hidup..

Lately aku rasa tensen sgt..byk masalah yang tetiba datang menyinggah di kepala otak aku ni.. Semua perlukan aku utk berfikir. Silap langkah yg aku ambil, buruk pulak kesan ke atas aku. Namun, bila dah sampai satu tahap, aku rasa macam dah tak kenal diri sendiri. Aku selalu rasa macam-macam dalam hidup aku sekarang ni sunyi..sepi..tiada sesiapa pon peduli.. Tapi bila difikirkan, aku ramai kenalan yg sanggup menjadi teman di kala aku kesunyian, sanggup mendengar rintihan masalah aku..tapi..kenapa aku masih rasa sunyi seperti tiada langsung org peduli.

Mungkin diriku ini terlalu sensitif dgn keadaan sekeliling..itu aku akui. Aku memang sensitif. Tapi aku masih rasional dlm berfikir. Setiap apa tindak tanduk perbuatan aku, aku tak pernah sekali fikirkan kepentingan diri sendiri, walaupon kadang aku rasa aku perlu fikirkan itu. Tapi itu bukan diri aku.

Aku cuba utk faham sesiapa juga yg berada disekililing aku. Aku nak org berasa selesa bila bersama aku. Bagi aku, persepsi orang amat penting dalam aku menilai diri aku. Tapi...ini hidup.. semua yang datang tak sekali kita rancang, tak sekali kita duga. Kita hanya mampu berfikir..fikir...fikir..dan terus berfikir..adakah orang juga berfikir yang sama?

Satu persoalan yang sering aku nakkan jawapan, tapi hingga kini jawapannya TIDAK..

Ini Hidup. Terima apa jua sebaiknya. Selagi ikhlas..aku yakin aku akan dapat setiap kebaikkan. Tak perlu hipokrit menjadi org lain semata utk meraih simpati.

Ini Hidup.

1 comments:

fitilicious said...

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi
Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates