Friday, September 14, 2007

Persahabatan atau Cinta..??

Kalu kita diberi pilihan utk selamatkan sahabat atau kekasih dlm suatu keadaan yang terdesak, yang mana satu akan kita pilih utk diselamatkan..Sahabat atau Kekasih (tak kira la sahabat kita tu lelaki atau perempuan). Tentu ada antara kita yg rasa situasi camni seakan tak adil sbb kemungkinan besar kedua-duanya merupakan org yg paling bermakna dan bererti dalam hidup kita. Tapi tu lah hakikatnya jika terpaksa memilih.

Memang naluri manusia, kebanyakkannya selalu tak menghargai sesuatu yg wujud di depan mata sehinggalah saat ianya tiada, baru la kebanyakkan kita akan meratapi, menginsafi dan mengenangi pemergiaan sesuatu yg telah tiada tu. Realiti kehidupan la tu. Tapi, kita boleh ubah semua tu jika kita tahu apa yg paling berharga dalam hidup kita.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

CINTA… suatu ungkapan yang belum pasti keindahannya kerana di sebalik keindahan itu tersirat seribu kepahitan yang pastinya membuat kita fikir apa erti Cinta yang sebenar. Pada yang pernah mangalami situasi bercinta tentu tahu apa yang dimaksudkan dengan Cinta. Seorang pencinta setia yang adakala diudang kekecewaan, dia tetap akan mengharapkan cinta yang setia dari seseorang yang punya hati dan perasaan. Hakikat yang pasti yang selalunya tidak dapat kita ucapkan dengan kata-kata atau pun perbuatan, tapi lahirnya dari hati dan emosi kita sendiri. Cinta memerlukan lebih dari sebuah pengorbanan..tu pon hasil dari apa yg aku tgk dlm drama-drama melayu la.. Kadang-kadang apa yang kita harapkan dalam Cinta kita tak semuanya kita akan dapat. Kita selalu mengharapkan sebuah Cinta yang agung, jujur, ikhlas dan yang sewaktu dengannya, tapi…adakah kita mampu utk memberi yang sama dari apa yg sering kita harapkan tu..???

PERSAHABATAN... suatu ikatan yang lahir dari hati, keinginan yang ikhlas, berbagi tawa, tangis, kasih sayang serta keakraban. Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara yang setulusnya buat kita terutama yang betul memahami nilai erti sebuah persahabatan yang sebenar. Pernahkah kita terfikir untuk hidup di dalam komuniti masyarakat tanpa seorang sahabat langsung? Sudah tentu manusia cam tu akan digelar ‘kera sumbang’ sbb tak tau langsung cara nak wujudkan sebuah ikatan persahabatan dalam dirinya. Sesungguhnya sahabat bukan sekadar seorang kawan yang boleh kita kenali hanya di kaki lima jalan je, tapi kita perlu mengenal hati budi yang sama atau mungkin lebih dari Cinta hati kita. Jika wujudnya seorang insan dalam kehidupan kita yang sanggup bersusah payah utk kita tanpa mengharap sebarang balasan dan yg sanggup berkongsi masalah bersama kita, dialah Sabahat sejati kita. Tapi jangan pulak terpedaya dengan seorang sahabat yang sanggup amik kesempatan terhadap kebaikan dan kejujuran sahabatnya. Sahabat tidak terhad kepada satu gender jer..kita mampu atau boleh utk bersahabat dgn sesaper ajer tak kira dia seorang perempuan atau lelaki, tua atau muda, kaya atau miskin atau apa jua latar belakangnya. Namum, memilih sahabat adalah penting agar diri kita sendiri dapat dibentuk utk menjadi sahabat yang sejati.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika kita ingin mencari cinta yang jujur dalam hidup kita, seharusnya kita berusaha dulu untuk mendapatkan sahabat sejati kerana jika kita dapat menghargai sahabat yang ada, sudah tentu kita mampu memiliki dan menghormati seseorang yang ideal utk memiliki cinta kita. Cinta bukan sekadar jatuh hati apabila mata kita saling berpandangan, tapi lebih kepada menilai jatidiri dan keperibadian pasangan kita, bukan dari fizikalnya. Begitu juga dengan seorang Sahabat!

Jadi, cubalah kita menghargai setiap insan yg wujud di sekeliling kita kerana mungkin antara mereka, dialah yg akan menjadi SAHABAT sejati kita dan mungkin antara mereka juga kita akan temui CINTA hati kita.

0 comments:

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates