Tak semua apa yang kita nak, kita harap atau kita idamkan pasti akan kita dapat. Tanpa usaha dan sedikit pengorbanan, semuanya akan jadi sia-sia. Semenjak dua menjak ni aku slalu teringatkan zaman belajar yg pernah aku lalui. Dari zaman tadika, sekolah rendah, menengah hinggalah ke zaman universiti, banyak perubahan dan transformasi yg telah berlaku dalam hidup aku tanpa pernah aku rancang. Aku bersyukur pada Allah S.W.T kerana telah menemukan aku dgn sahabat2 yg cukup bermakna dalam hidup aku. Setiap detik perjalanan hidup aku di bumi perantau ni telah aku lalui bersama mereka. Suka, duka, sakit, senang dan susah telah kami lalui bersama. Kadang terpikir aku adakah aku mampu membalas setiap apa jua keikhlasan yg telah diberikan pada aku ni. Sesungguhnya aku tak mampu nak membalas segalanya. Apa yg aku dpt sampaikan hanya sebuah keihklasan dalam persahabatan. Jika terlantar sakit keseorangan, aku yakin aku tetap mempunyai sahabat yg sentiasa mengingati aku. Bukan mudah utk kita mengenali siapa yg benar jujur dalam persahabatan. Manusia sentiasa bertopeng, cuma corak mereka berbeza.
Ada masa aku terpikir betapa menyesalnya aku mengenali org tanpa mengetahui siapakah sebenarnya mereka ni, tp ada waktunya terdetik jugak di hati yg memerlukan aku utk mengenali org lain. Namun di saat dan detik ini, aku cukup berbangga dgn apa jua aku kecepi. Apa yang penting, aku teruskan jua apa yg telah aku hasratkan. Tak perlu lah nak menoleh ke belakang lagi. Pedulikan apa yang org lain akan kata kerana mereka bukan aku. Hanya aku yg tahu apa aku mahu. Aku tetap yakin yg aku masih ada kawan yang memimpin tangan aku jikalau aku sesat. Itu pasti. Sehingga sekarang aku tak pernah rasa sunyi dalam persahabatan….
0 comments:
Post a Comment