Thursday, November 29, 2007

Birthday Celebration

Hurmm..life aku skang ni cam bosan jer.. terasa kosong + hambar = memboringkan..

Balik dari keja, aku dok umah tgk TV sampai tertido.. henset pon aku lebih suka silent and letak dalam bilik. Bila sesekali tgk, berpuluh kol masuk..ekekekke... tapi nak jugak buat benda yg sama.. paling kuat pon aktiviti aku skang kat umah ni, ngadap laptop aku..usha gambar², tak pon edit la gambar² yang mana patut... bosan kan...tu la hidup aku skang.. hari² aku tercari-cari apa yg aku fikir sampai jiwa aku rasa kosong jer... ntah la..

Tapi semalam, masa aku dok sibuk belek-belek sumer koleksi gambar² aku dalam laptop, mengenangi setiap memori aku bersama kawan-kawan aku selama ni.. terbukak pulak folder gambar masa besday aku.. tetiba aku tersengih sengsorng.. sesuatu yg sangat aku rindui...

Actually, tak pernah dalam sejarah kamus hidup aku nak sambut besday ni. Tapi tahun ni aku tekadkan diri nak spend yg kawan-kawan yg aku close utk majlis besday aku. Dasat gak la aku ikat perut sebulan dua utk simpan duit. Hehehe... Tak kisah la berhabis beratus pon asalkan niat aku nak raikan hari jadi aku ngan kawan-kawan tercapai. Kira macam 'hari ini dalam sejarah' laa..
Kat sini aku selitkan beberapa keping gambar yg meraikan detik besday aku walaupon aku buat majlis ni sehari selepas tarik besday aku. Bukan senang nak kumpul sumer kengkawan aku ni, masing-masing sibuk ngan life memasing,. Tapi aku appreciate sangat kehadiran diorg utk datang. Ikhlas dari hati aku, THANKS to Zam, Rafiz, Ena, Ana, Lies, Mas, Usop, Ina, Aleng, Daus, Ika, Amy and Chuck.

Kedai Kopi baru..tempat aku suka lepak ngan kengkawan aku dulu. Asal free je, mesti lepask kat sini. Di sini jugak tempat yang menjadi sejarah majlis harijadi aku diadakan..

Zam (kiri) and Rafiz tgh best makan makanan yg diorg order...Ayoo..aku pon makan simple jerr.. diorg lak makan western.. tak per..as long korang fun and puas ati kan...

Shah Alam Beef Fried Keuy Teow! Antara menu yang aku order that day. Banyak lagi makanan yang di order, ikut selera memasing.

Bila dah abis makan, aku sajikan pulak diorg ngan deserts. Aiskrim With Cream! ni tak der dalam list aku pon. Tapi bila aku tgk bajet aku ada lagi waktu tu, dengan serta merta aku shoot gi order lak...ahahaha...


Adoiii..saper la yang makan sampai dalam kuali tu...ish..ish..ish.. hahaha.. walopon sesedap mana makanan yang ada depan mata, tapi bila ada camera focus tetap berubah..heheheh..


Bersama member² aku yg macho lagi bergaya.. Dari atas (kiri) Chuck, aku, Usop, Zam, Rafiz & Daus.


With Ena (kiri) and Ana. Antara 'Teman Tapi Mesra' yang slalu hang-out and support aku di kala aku susah dan senang. (dah kawin nnt jgn lupa kat aku ni eyh...)

Ni la barisan jejaka-jejaka yang hadir di majlis hari jadi aku yg tak seberapa tu. Aku hargai sgt kehadiran korang and aku bangga kenal korang sumer.. from left: Rafiz, Daus, Aleng, aku, Zam, Chuck and Usop.


Tadi da guys, ni pulak da girls. From right: Mas, Amy, Ana and Ena (tetap nak berkepit sebelah aku..), Ina, Lies and Ika. Thanks for coming eyh. Thanks for being a good friends to me.. I really appreciate it so muccccccccccchhh..!

Uiks..!!! ada kek..?? hahaha...Gimik jer tuh.. sebenarnya majlis hari jadi aku malam tu mana ada kek. Aku just buat konsep santai ngan kengkawan aku jer.. Tapi, the next day aku invite member yg the nearest ada waktu tu g ke Secret Recipe, SACC. Aku sempat la spend a few amounts utk diorg. Dapat la gak merasa kek. Aku pon suka sebenarnya. Chocholate Indulgence.. favourite aku tuh...


Apa pon aku happy sangat ari tu. Plan yg aku rancang menjadi. Walau pon tak seberapa, aku puas ati and aku harap kawan-kawan aku gak gembira. Insya-Allah, ada rezeki aku buat lagi.. Amin...

0 comments:

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates