Tuesday, November 27, 2007

Erti Persahabatan

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang SAHABAT yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.


Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.


Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?


Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

2 comments:

mr_mojacko said...

kawan n sahabat yang terbaik adalah diri kita sendiri kerana kita yang memahami diri kita sendiri, yang berada disituasi yang kita alami sendiri dan yang mengerti perasaan kita. pernahkah kita terpikir, orang yang kita mention as a sahabat or kawan pernah mengalami apa yang kita alami n apa yang kita rasai?

bila kita bercerita perasaan kita pada orang lain n orang lain bagi komen yg x memuaskan hati kita, kita mesti akan cakap "ko x mengalami apa yang aku alami" or "ko tak rasa apa yang aku rasakan" tu dah menunjukkan hanya diri kita sahaja yang memahami perasaan kita

kalau kita kata dialah sahabat kita yang memahami, mengetahui semua tentang kita, kita silap sebenarnya... kerana bukan semua dia tahu pasal kita. pernahkah anda semua masuk toilet yg sama for b***k n k*****g dgn sahabat or kawan korang? pernah kah anda selalu berkepit 24 jam sehari, 7 kali seminggu n 365 hari setahun dengan sahabat or kawan korang? x pernah bukan, that's mean sahabat or kawan kita, belum betul2 mengenali kita. kalau dia kata dia cukup2 mengenali diri anda, sebenarnya dia sekadar mengambil hati anda kerana anda menganggap dia sebagai sahabat anda...

Ahmad Zhafri Ahmad Zahir said...

walaupun kwn itu akan pergi jauh... tetaplah berdoa untuknya...
semoga jarak tidak menghambarkan...

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates