Thursday, January 03, 2008

Ada Apa Dengan Azam

Sebut saja tahun baru pasti kita semua akan ingat perkataan yg cukup sinonim dengan tahun baru iaitu ‘Azam’. Setiap kali datangnya tahun baru, 22.7 juta rakyat Malaysia akan fikirkan apakah azam mereka utk tahun yg akan datang ni. Semua orang cerita pasal azam. Azam tahun baru konon. Semua sibuk nak buat itu, buat ini. Kenapa tak buat azam tiap-tiap hari? Bukan ke bagus kalau esok kita berazam untuk menjalani hidup yang lebih baik dari hari ini. Kenapa mesti tunggu tahun baru untuk buat azam baru?

Tapi apa pon yang pasti setiap orang ada pandangan yang berbeza tentang ‘azam’ ni. Dengan wujudnya azam dalam diri, dapat la setiap orang tu mencorakkan dirinya untuk menjadi apa yang dia inginkan. Tak terkecuali gak ngan aku. Bila direnungkan balik, adakah azam yang kita setkan setiap tahun menjadi kenyataan? Kita selalu berazam utk buat ni..buat tu..dapatkan ni..dapatkan tu..pada sebelum or awal setiap tahun baru, namun bila akhir tahun, setiap daripada kita sering lupa tentang azam yg kita dah pasang pada awalnya tp dah setkan pulak azam utk tahun berikutnya…betul ke cam tu…personally bagi aku..cara tu tak betul la.. kalu sekadar mengharap je tanpa berusaha tak guna jugak kan..?

Aku setiap tahun tak terfikir pasal azam, tapi mungkin juga ada, tu aku tak nafikan la.. tapi tak pernah nak sebut azam atau tak pernah nak mendalami ertinya. Yg penting setiap tahun berbagai perubahan yg ketara atau tidak, telah berlaku. Tak semua benda yg kita ingin tu azam, tak semua jugak benda yg kita azam tu tercapai. Tak semua azam kita tu adalah keperluan. Apa yg pasti, azam tu menjadikan hidup kita ni terurus, bagi aku la. Setiap apa yg kita inginkan akan membuatkan kita mendapatkannya.

Di ‘copy-paste’ dari satu petikan…

“Azam bagi kita umat Islam mestilah selari dengan kehendak agama kita bukan sebaliknya. Kita mesti mengetahui sejauh manakah kemampuan dan kelemahan yang ada pada diri kita dalam mencapai azam yang telah ditanam. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang luar daripada kemampuan diri kita seumpama ingin memeluk gunung. Ingatlah bahawa azam seseorang mampu membelah sebuah bukit dengan syarat kemampuan yang ada mesti diadunkan dengan istiqomah dan kesungguhan maka ia baru terhasil.Usahakan setiap urusan akhirat kamu seumpama kamu akan mati esok hari dan gandakan usaha untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi. Apa yang penting bagi kita umat Islam dalam menyemat azam baru maka ia mesti berkait antara hari akhirat dengan kehidupan dunia kita. Jika kita memisahkan antara akhirat dan dunia maka kita akan rugi. Begitu juga bila kita melebihkan dunia kita sehingga mengurangkan penumpuan kita pada bekalan untuk meneruskan kehidupan di akhirat sana maka kita akan hina. Ingatlah bahawa dunia adalah jambatan untuk sampai ke negeri akhirat. Oleh itu pastikan niat dan azam kita serasi dengan kehendak agama. Kita dilahirkan untuk beribadat maka jadikanlah setiap niat, gerak geri kita adalah kerana Allah dan untuk membantu Islam bukannya untuk mencapai kepentingan peribadi sahaja.”

Kesimpulannya, (waahh..cam karangan sekolah lak) apa jua azam yg kita wujudkan dalam diri kita biarla berpada dengan kemampuan kita. Tak salah kalu kita nak berazam setinggi mana pon untuk mencapai sesuatu, tapi andai kata tak tercapai, kita jugak yang kecewa. Tapi aku pasti setiap org mempunyai pendapat yang berbeza tentang azam ini, namun apa pon ia, kita semua mempunyai satu azam yang sama iaitu untuk menjadi yang lebih baik..

Azam aku:

Ø Nak menjadi seorang yang lebih baik dari yg sebelumnya. Baik kepada keluarga aku, pada agama aku, pada bangsa aku, pada kawan-kawan, teman-teman, rakan-rakan serta sahabat-sahabat aku. Kerana semua yang aku sebut ni amat penting utk aku dalam menjalani kehidupan seharian aku. Kalu tercapai azam aku ni, lebih mudah aku capai apa yang aku impikan..

3 comments:

KeMatZ said...

Hemmm... Azam ye... So amacam azam tahun lepas means 2007 ko yang satu tu... ko cakap ngan aku nak ada aweks... tercapai tak... heheheheheh tercapai kan... heheheh ko ni macam paktam lah... heheheheheh

Anonymous said...

hurm....
tak tercapai akal mu laa.....

ahaks..!!

Anonymous said...

jangan lupa azam ko utk g kelabing tahun nih.hehhehe...
:)

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates