Showing posts with label Life Styles. Show all posts
Showing posts with label Life Styles. Show all posts

Thursday, August 13, 2009

Jujur & Benar Tentang Lelaki

[re-post]

Tup! Tup! Dah genap seminggu @geNda iNsPiRaSi ni tak berhapdet kan.. Korang sedar tak? (ADA AKU KESAH!.. mungkin tu jawapan korang..) (ADA AKU KESAH!.. mungkin tu pulak jawapan aku..)

So, daripada blog ni terus bersawang dan jadi hutan belantara, aku apdet la skit buat tatapan korang yerk. Bukan posting yg baru, tapi posting yg agak lama yg dah memang terkandung dlm arkib blog aku ni. Sorry la beb, gua bz ngan keje la skang ni, bila balik umah nak ber'blogging', kemalasan melanda jiwa lak.. but hopefully entry yg simple ni kira bley la dijadikan 'come back' utk aku setelah seminggu menyepi eyh... :P

Hurm... topik apa yerk kali ni? Personally bagi aku topik ni simple tapi padat dan menarik! Perhaps!! Generally, nak kata tepat sgt pon idak la teman maklum... apa kata korang layankan aje yerk.. and apa pandangan korang tentang perkara kat bwh ni eyh...


Saya tak tahu jika apa yang diperkatakan ini benar atau tidak kerana tiada kajian lanjut yang dibuat mengenainya. Sembang bersama rakan-rakan wanita yang lain, mereka sependapat dengan saya iaitu 60% dari fakta di bawah adalah benar belaka. Jangan marah bro, tetapi inilah pendapat kami (wanita bekerjaya), bahawa 6 daripada 10 lelaki, kena tepat pada sasaran fakta di bawah.

Sekali terbaca pasti tergelak, dua kali baca, hati berkata ..“ermm, betul juga tu..hehhee”. agak-agaknya anda berada dalam kategori mana ye? Jika anda melenting, bermakna anda memang berada dalam 1 atau 2 kategori berikut. Jika anda termasuk dalam senarai di bawah, Tanya diri sendiri samada anda senang dengan sifat anda seadanya atau mahu mengubahnya. Tepuk dada Tanya POKET.



        • Lelaki yang BAIK, tak KACAK.
        • Lelaki yang KACAK, tidak BAIK.

        • Lelaki yang KACAK dan BAIK, GAY lah pulak.

        • Lelaki yang KACAK, BAIK dan HETEROSEKSUAL, sudah berkahwin.

        • Lelaki yang tak berapa KACAK, tetapi BAIK, tak ada duit.

        • Lelaki yang tak berapa KACAK, tetapi BAIK dan mempunyai duit selalu berfikir wanita hanya kejar duit mereka.

        • Lelaki yang KACAK, tak ada duit, kejar duit wanita.
        • Lelaki yang KACAK, tak berapa BAIK dan heteroseksual, fikir wanita di sekelilingnya tak cukup cantik untuk mereka.

        • Lelaki yang menganggap wanita cantik, heteroseksual, BAIK dan tak ada duit, adalah pengecut.

        • Lelaki yang memang KACAK, BAIK dan punya duit dan syukurlah, STRAIGHT, pemalu lah pulak dan TAK PERNAH & TAK AKAN MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA (the first move – mengurat la tu!).

        • Lelaki yang tak pernah mengambil langkah pertama, automatic hilang minat pada wanita bila wanita itu yang berinisiatif menguratnya!

        JADI, SIAPA YANG BOLEH MEMAHAMI LELAKI..???


        [Artikel dan fakta di atas adalah dirujuk melalui majalah MASKULIN Takrif Terkini Lelaki Muda]

        Wednesday, August 05, 2009

        DELL Inspiron 1440

        Sana sini skang org bercakap pasal gadjet itu ini. Dari phone, laptop/notebook, ipod, camera, PDA, GPS dan byk lagi la.. sampai tak terkejar la kita dgn kemunculan gadjet² baru nih. iye dak..? tiap hari ada je model baru yg kuar.. secara tak langsung model yg lama bley dah dikategorikan out-dated. So sedey kan..?

        Ada org minat bab² gadjet nih! Ada gak org yg asal boleh pakai sudaaahh.. tapi tu terpulang pd citarasa dan keperluan la..

        Masing² individu punya llifestyle berbeza kan.

        Dunia blogging jugak perlukan gadjet sebenarnya, bergantung la pada yg blogger tegar tak hengat ke, or just sekadar suka² syok sendiri mcm aku. Camera, PC, notebook/laptop, broadband tu dah cam jadi darah daging diorg jer. Mesti kena lengkap pakej tu utk memudahkan diri ber'blogging.'

        Apa pon tu bukan alasan sbnrnya. Byk cara kita bley blogging pon kan, cuma kemudahan yg ada camni buat kita lebih mudah tertumpu pada diri sendiri daripada buang masa dgn buat benda ntahapahapantah.. Ada waktunya, gadjet ni leh bantu kita utk lebih peka pd persekitaran yg lebih berteknologi kan... IT savvy tu penting... jgn kuno sgt dek non oiii... (dah mcm stetment wartawan ruang IT kat Utusan Malaysia laks :P)

        OK! Tutup citer tu!

        Memandangkan laptop FTEC aku dah nazak tahap tak bley nak diselamatkan lg kecuali aku mengeluarkan amount yg agak byk utk repair, tambah pulak dgn kesengalan idup tak de laptop utk menulis, tak leh layan muvie, tak dpt apdet blog (kecuali kat opis), tak dpt edit pictures, tak dpt dgr lagu (kecuali dlm keta), tak dpt nak wat keje aku as web-admin company bila perlu, dan alasan² yg bley diterima akal aku... zaaaasssss.... semalam aku dgn gigihnya telah membeli laptop baru... kuikuikui.. niat asal ke Sunway Piramid utk beli tiket wayang tanpa nak pk benda² len, terus tak semena-mena aku beli laptop baru.. keskeskes!!!

        dah almost seminggu dua minggu survey dari segi brand, price, specs, and design... dan akhirnya..

        DELL Inspiron 1440 INSP1440 adalah pilihan aku!


        Nice design, better specs, wonderful color....

        tu buat aku tertarik nak mendapatkannya!! heehehe..:P

        (Hidup aku lebih ceria kini) .. sgt poyo kan!!!

        P/S: next target nak beli Nikon D60 lak... hopefully dpt laa.... anybody nak jd sugar mummy or sugar daddy utk sponsor aku beli gajet baru..?? kuikuikui

        Wednesday, July 29, 2009

        Duit $ RM

        Kepala aku ni cam ting-tong lagi nak buat keje. Badan cam letih, otak la dok berangan ntahapahapa... Isnin lepas aku dah cuti... mood cuti pon cam dok menebal dlm jiwa sanubari aku nih.. hehe..

        [ini bukan cerpen yer.. apa tah lagik novel.. harap maklum.. aku tak seterer nuke utk buat cerpen :P]


        Tatkala aku bercuti di hari Isnin yg lepas, sempat gak la aku meronda sensorg diri ke sana sini. Perut lapar.. park keta aku kat Ani Sup Utara utk lunch time lak..

        Tengok budak² sekolah yg lalu lalang dpn restoran ni tingat plak aku masa zaman sekolah dulu. Mewahnya diorg ni!! Habis je waktu sekolah dah bley makan kat restoran²...

        Masa aku sekolah dulu bukan kata restoran, nak beli makanan kat warong tepi jalan pon blom tentu. Ingat lagi masa aku sekolah rendah dulu, duit sekolah aku paling byk aku dpt pon RM0.50 sen jer.. (Aisah lima puluh sen.. lima puluh sen). Tu pon sampai aku masuk darjah 6. Beli nasik lemak kat kantin RM0.20, air RM0.10, then baki RM0.20 simpan utk kegunaan ujung minggu.. kot² la nak beli keropok ke, roti ke kat mamak yg nnt asik ulang alik dpn umah tu. Takde nye nak pikir lunch kat luar segala. Kalau ada sekolah petang ke, fardhu ain ke, baru la dpt extra duit skit..

        Dah masuk ke tingkatan plak, 'up' la skit duit sekolah tu. Form 1 - 3, dpt la pulak RM1.00. Kira agak mewah la. (mewah kerr..) Tapi still tak cukup kot utk beli lunch kat restoran² luar. Kalau time break kul 10.30 pagi kat sekolah, dpt gak la makan nasik, air.. or beli jajan² skit. Kalau tak, still simpan utk bekalan hujung minggu. Form 4 sampai form 6, mak bapak aku dah kasi RM2.00 utk gi ke sekolah setiap hari. Well, aku ngn adik aku je pon yg bersekolah, kira mampu lg la diorg nak kasi RM2.00 sorg :p



        Cara hidup skang ni dgn dulu mmg beza. Kalau dulu dpt RM5.00 dah happy tahap gaban. Tapi Skang ni RM50.00 dah mcm RM5.00 jer.. tak cukup! Kadang-kadang lepas withdraw RM50 duit dari bank, tak sampai sejam pon boleh abis. Mana taknya, kalau isi minyak keta je dah makan tiga pat puluh ringgit. So, yg tinggal RM10 jer... mana nak guna utk beli makan la, byr tol ke, bayar parking ke... beli air ke... beli junk-food ke... yg pasti memang tak terasa duit tu kuar and habis cam tu je.


        Kalau dah sehari RM50, bayangkan lak bila seminggu?? dan berapa byk pulak kita kena spend utk sebulan? Cukup ke dgn gaji yg kita dapat, expenses yg kena kita buat, hutang piutang yg perlu plak kita tolak semua... huish... tak cukup rasanya tu..kan?

        Duit... duit.. duit... Bebaru ni kerajaan dah menjalankan kempen sehari tak berbelanja, err boleh ke kita tak berbelanja dlm sehari? sedangkan setiap hari yg kita lalui ni melibatkan duit. Susah kan bila pikir yg duit sbnrnya tak pernah cukup. Zaman skang ni kuasa beli kita sangat tinggi sampai ada masanya gaji kita setiap bulan perlu dihitung sebaiknya utk pastikan semuanya cukup.. semuanya terkawal.


        Haii la donia.... kalu gaji RM5 k...rasanya masih cukup jugak ker??


        P/S: kagum aku dgn cara hidup budak sekarang, tak kita dolu² kan... apa yg nak diorg akan dpt. Budak umur 8 tahun pon dah ada henset canggih.. kita ni dah berjanggut keje bru la dpt pakai henset yg mahal skit.. tu la peredaran zaman kan...

        Wednesday, July 22, 2009

        Jodoh...

        Dah cam ala² lama gak la konsepnyer aku tak buat posting pasal 'lifestyle' masyarakat kita nih kan? Asik² citer pasal movies jer... bila masa nak kuarkan topik len pulak..

        Okey kali ni aku nak kembali ke isu 'budaya' dan cara hidup kita seharian sama ada yg pernah kita sedar or tak.. wahhh.. (padahal byk keje kat opis nih!! TETAP nak apdet blog bagai!!)

        Jodoh! Ada apa dgn J.O.D.O.H nih?

        Bila org tanya naper kita tak kawin lagi, slalunya jawapan kita, ' cam ne nak kawin, tak der jodoh lagik!' tak pon... 'err.. jodoh tak sampai lagi...'

        kan..

        Tu slalunya jawapan standard mat² or minah² terlajak la.. (nnt aku buat entry pasal naper kita kawin lambat lak! :P )

        Macam² cara and style org carik jodoh ni. Kalu dolu² or kat kampung², pilihan mak bapak tu la pilihan kita. Tak leh nak bantah. Mana mak bapak berkenan, tu la nnt jadi jodoh kita. Anak dara tak leh kuar umah takut nnt org kata 'perigi cari timba' lak. So, mula la segmen kenen-mengenen anak si polan tu dgn si polan ni utk dijodohkan.. Skang ni ada lg ker cam tu? Anak muda makin advanced... part² match-maker oleh mak bapak ni mcm dah tak layan lagi dah.. kalu ada yg tak suka.. berdesuuummm cabut larik rumah... haih.. susah kan? Kesian kat mak bapak samapi nak kena masuk iklan dlm surat khabar tulis 'anak larik rumah sbb tak setuju pilihan keluarga..!'


        Kalau nak diikutkan, tak susah pon nak cari jodoh dlm era millenium ni. Abad ke-21 la katakan... eheheh!

        Kalau tak selesa dgn pilihan ibu bapak, kita boleh je cari sendiri. Iklan kat radio. agensi mencari jodoh, iklan kat TV, facebook, friendster, myspace, twitter, sms, yahoo messenger.. Kalau dah malas ngan sumer tu, try je iklan kat tv tu yg slalu tulis 'anda bosan? type ON CINTA dan hantar ke 32329'..kan senang!

        Byk sgt medium yg boleh digunakan utk cari jodoh.. Mungkin blog jugak bley menjdi medium utk bertemu jodoh! Saper tau kan...

        Tapi.. ada orang tak percaya hubungan maya mcm ni, tersalah pilih kang.. tergadai body lak! kan naya jerr.. Tapi ada pulak orang yg bley idup bahagia mengenal pasangan dgn cara cenggini.. mungkin dah rezeki jodoh dia mengenali org thru cam ni kot kan.. amin..

        Ooppss.. kawan² pon boleh dijadikan tempat utk kita cari jodoh sbnrnya. Selain mak bapak yg jd match-maker, kawan² rapat pon slalunya akan amik port memainkan peranan sbg agen cari jodoh ni.. selalunya la.. sampai tahap dah dpt nombo telefon tu kira success la peranan si kawan tu. Tinggal pulak kat diri sendiri utk move-on. Boleh berjaya ke?? Susah gak! Kalu ada prob.. dgn kawan² kita tu skali ada masanya boleh terjebak.. hish.. bahaya..

        Susah sgt ke nak cari jodoh?

        Tak susah sbnrnya.. cuma bergantung pada diri dan rezeki. Yang bernasib baik, mudah la jodoh tu sampai.. yg tak, kena la cari dan cari lagi sebab jodoh tu takkan datang sendiri.

        Tetiba tingat la kat satu statement dlm filem, "Cinta takkan datang kalau tak dicari, Cinta gak takkan dapat kalau tak memberi."

        Sama la tu konsepnye dgn jodoh. Mana bley kalu dgn duduk jer, tup² jodoh tu datang bergolek.. ko igt jodoh tu buah durian ke leh jatuh dari pokok suka ati.. then terus kawin.. hehe..

        Aku dah try dgn kebanyakkan medium² kat atas nun, tp hado.. tak berhasil pon lagik.. naper eyh? Pilihan mak bapak je blom try lagik.. and aku tak rasa mak bapak aku heran dengan jodoh aku ni.. Kalau ada tu ada ler.. :P

        Korang dpt jodoh cam ne eyh? Struggle tak nak dpt pasangan korang skang ni..??

        Haih...

        P/S: ada org tgh² dok match-maker aku nih.. tak tau la menjadi ke tak nih.. 'usaha kan lift kejayaan...' huhu

        Thursday, July 02, 2009

        Wanita...Konfius & Tersirat!

        [re-post from my personal friendster blog]


        Buat readers sekalian, hehe... januari, februari, march, april, mei, jun dan kini july pulak menjelma. Diam tak diam dah lebih stgh tahun pon kita lalui hari² spjng 2009 ni kan. Bulan dpn puasa, next raya pulak.. next.. dah nak masuk 2010. Fuh!! cepat tul masa berlalu.

        Sedar tak sedar pon dah almost 2 thn gak aku melayari dunia blogging nih. Eceh!! and dah byk entry gak la yg aku publish sama ada yg dpt perhatian korang or tak.. Thru blog gak la aku dpt ramai kenalan baru... Best! Check punya check arkib blog aku dari zaman blogging kat friendster dulu, byk rasa topik yg sendiri asik baca ulang².. perasan sungguh !! Sendiri tulis, sendiri baca la uols.. huhu.. and salah satu darinya aku nak republish balik kat entry kali ni.



        Wanita.. Konfius dan tersirat..?

        P/S : Apa yg korang rasa?? Ni adalah sebahagian dari pengalaman aku... dan luahan perempua sendirik k.. so.. baca la... :P


        --->>


        Bla..bla.. bla... but in the end, I just came out with this thing.. with this topic.. with this idea.. I think it's quite interesting topic ‘cause most of us might faced this situation sooner or later. Hmmm.. Naper perempuan ni...bila seorang lelaki suka kat dia..nnt dia ckp.."kita kwn dulu la...sy tak bersedia la...blom pk nak ada komitmen.. bla..bla..bla.." Then bila dtg satu situasi lg..dia ckp pulak .."saper la nak kat sy ni...saper la yg sanggup trima org cam sy...bla..bla..bla.."

        Abis tu yg laki tu nak td apa sebenarnya...???

        Sebagai lelaki, tak tau la yg ada positif thinking atau tak, pasti akan tensen ngan kata² cam ni. Dari sudut lain lak, based dari pandangan org pompuna sendiri, pompuan macam ni lebih senang digelar pompuan tarik tali.. At first, dia tak terfikir pun yang lelaki tu good enough nak jadi more than kawan, but yet she want to remain kawan.. Then bila dia dah ade feeling² kat lelaki tu mula la buat ngengada.. but tak nak tell the truth. Lelaki is more blunt. Dia suka, dia cakap.! Stret to point kan senang, tak payah nak kona kiri kanan segala kan. Kebanyakan pompuan yg mostly typical melayu yg ego dan berpendapat dia tak bley confess kat mana² lelaki yg dia suka lelaki sbb maruah la konon.. Jangan perigi carik timba la kot... haiyo dek non... ada lg ke term nih??


        Why don’t they (girls) just say “I don’t like to be your GF... For my opinion, that is more than honest sentence to say that girls don’t like ‘that’ guy. “Its fine for us to be friends... but not more than that”. Tu kan senang.

        In my personal thought, correct me if I’m wrong, word yg slalu diorg guna tu akan menjadi penyebab untuk lelaki sentiasa merayu utk dpt kan diorg. I’m not saying most of girls will behave like that, but certain of them only (may be or may be not). It's their right to choose who's they wanna love, but the way they think sometimes make people like me or like you (guys) feel what actually that gilrs need from the person called ‘men’. Gapo dio eyh..? habaq mai kat cheq sat..!

        But, a large number of people takkan cakap dia suka, the fact that ada org suka dia.. tapi dia tanak buat ape². Dia lebih bangga bila most of the man come and says “I like you”.."I love you".. mungkin diorg akan rasa bangga..bila dpt buat laki tertarik ngan diorg.. diorg bley rasa yg diorg ni hebat. Actually sometimes, lelaki pon suka and bangga bila ramai gadis² tergila – gilakan dia.. jgn tipu la kalu ada org admire kita, diri sendiri tak rasa apa² kan.. part ni.. lelaki or even perempuan sama ajer. But the truth is, deep inside, semuanya dalam process nak memilih who’s the right for them.

        Kalu seorg lelaki bley suka ngan dia..tak mustahil ada lelaki lain yg mungkin turut suka kat dia kan?

        The question is, why girls always be like that? But I think sometime girls akan baik dgn semua lelaki, tapi dia nak pilih and tak nak let go sesape lelaki yg suka dia.. sbb may be dia blom cukup yakin dgn pilihan yg dia ada. It’s up to individual. Nevertheless, It’s not fair for guys right?


        Bagi lelaki, or may be perempuan jugak, lagi baik kecewa or di ‘reject’ dari ada relationship yg palsu.. takde ape².. yg bertepuk sebelah tangan. Melayan sikit punya mesra but in the end, "we just friend ok, not more than that..!!!” Kababooommmm!! Hancur berkecai terus hati lelaki tuh!


        In the other hand, bila lelaki nak cuba tackle pompuan lain.. diorg lak moody..tensen..tak bertegur.. macam la guys tu dia punya... What the heck with that?

        Personally.. aku lebih suka pompuan tu ckp dia tak suka aku sbb cara aku cam ni la..cam tu la..tak ensem la..tak kaya la..tak romantik la..tak der keta la..and what – so – ever la...(reason is not not the main points here!) daripada dia tak suka...tp dia buat² suka, then cakap pulak..tak der saper la nak dia ni sebab ni la..sebab tu la.. Bila si lelaki ajak kapel, ajak declare, si girls akan ckp plak tak sedia la.. tak ready la.. nak fokus kerja la bagai... huhu.. seminggu pastu tau² dah tunang la, ada yg ada pakwe len la.. huih.. ada yg kawen pulak... huhu.. so.. kat mana conclusion atau relevannya kata² si gurls tadi?

        Hello people… just strait to point please..will you..?..make things easy!!
        Orang pon takkan rasa benci bila girls ckp cam tu sbb tau kekurangan diri yg buat girls tak suka. Abis tu…yg si lelaki tadi nak dia tu aper nyer..takkan tu bukan org nak kan si dia.. rite? Hurmm..

        Well...lelaki pon ada perasaan gak ok...Most girls always said that guys ego's so high.
        Perempuan suka menyalahkan lelaki ego kalau dia tak dapat ape yg dia nak, but the fact is, do they realize what kind of ego they had if that situation happened to guys… please think deeply about it and find your own answer. Please la...don’t be so naïve!

        Monday, June 29, 2009

        Jom Baca!

        Seriously aku sbnrnya tak de idea nak update blog nih.. mcm byk plak entry aku bulan nih.. ehehe.. (banyak ke masalahnya kan.. kalu nak compare ngan korang yg sememangnya blogger2 tegar nih, memang ketinggalan la aku!!) This week mcm nothing much to share pon sbb weekend ni aku byk menghabiskan masa kat umah jer.. kemas bilik.. basuh baju.. basuh kasut.. mop lantai.. dan layan tgk tv dari pagi sampai ke pagi balik.. kuang kuang kuang.

        Cuma ada la merayap sesikit kat area² umah... gi melayan Transformers 2 utk kali kedua ngan housemate aku.. (gigih kan...) and shopping skit² carik bahan bacaan kat MPH Bookstore's.

        Ntah la... lately aku terasa mcm suka membaca plak. Dulu masa sekolah² slalu dgr slogan 'Membaca Jambatan Ilmu!'.. siap ada pertandiangan melukis poster lagi kan.. lukis tangga la.. lukis jambatan la...yg pasti buku mesti ada.. kononnya simbolik pada slogan.. kuikuikuik..

        Actually aku baru je habis baca naskah manuskrip salah seorng follower blog aku ni. Tajuk karya beliau ialah 'PUCUK'. Kononnya dia mintak pendapat aku la sblm dia nak hantar publish nover tu. Aku ni nak komen tak pandai, especially kalu bab² novel nih... apa pon bg aku.. karya dia tu awalnya sedikit 'extreme'.. tp masih segar utk dibaca... mcm tgh layan drama melayu kat Tv2 pulak masa baca buku ni.. hehe.. Apa pon utk 'ko' di sana, semoga success dalam dunia penulisan ni yerr..

        Oopps.. terlebey sudah.. Btw, aku nak citer pasal buku² yg baru aku beli ni masa gi jejalan kat MPH sabtu lepas. 3 buku semuanya. Blom habis baca lg.. and blom ada yg sempat nak baca pon. 2 antaranya buku berbahasa inggeris dan satu lagi buku berkonsepkan sejarah. Tapi yg pasti semuanya hasil karya penulis tempatan.

        1. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain by Afareez Abd Razak Al-Hafiz
        2. LIFE : the Malaysian life style by Peggy Tan Pek Tao
        3. Do You Wear Suspendors by Lydia Teh

        Kat bawah ni aku sertakan skit ulasan buku² di atas ni as guide utk korang.. mana tau korang berminat plak dgn karya² kat bwh ni kan..

        Judul: Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain (cerita berdasarkan siri dokumentari yg pernah ditayangkan di Astro)

        Tentu anda ingin tahu!

        >> Benarkah Raja Iskandar atau Alexander The Great bukan Zulqarnain?

        >> Siapa sbnrnya individu yg sesuai digelar Zulqarnain berdasarkan ciri² yg ditunjukkan oleh Quran?

        >> Apakah kaitan RAja Namrud, Raja Sulaiman dan Raja Bukhtanasar dgn Zulqarnain?

        >> Bagaimanakah kisah sbnr pembinaan tembok penghalang bg Yakjuj dan Makjuj oleh Zulqarnain?

        >> Siapakah individu yg dinamakan Raja Kurush? Apa kaitannya dgn Zulqarnain?

        P/S: pada yg minat kisah² sejarah mcm ni tentu akan tertarik dgn buku ni especially pada yg suka merungkai dan mengkaji nilai sejarah tu sendiri kan... kalu tak minat pon, setakat nak tambah ilmu pengetahuan tak salah kan nak baca?? Sedap gak nama Zulqarnain ni kan.. okey tak kalau aku edit nama aku jd Adam Zulqarnain?? hehehehe :P

        Judul: LIFE : The Malaysian Style!

        These true anecdotes or stories delineate various attitudes, beliefs and behaviour of people in a Malaysian society. The light and sparkling side of the Malaysian experiences in love, marriage, career and daily activities are depicted to reveal how individuals co-exist in harmony within Malaysia' shores.

        Life in Malaysia may be unique and fascinating to foreigners and tourist. Being a multi-racial and multi-cultural country, this book gives and insight into how the Malay, Chinese or Indian individual attempts to halt the erosion of original and enduring values of one'e community.

        P/S: bagi aku, buku mcm ni menggambarkan diri kita dari pandangan mata org lain. Bagaimana org mellihat kita dan apa yg kita tak nampak ada pd diri kita yg hanya org lain mampu melihat.. Best..! very the lifestyle kan..



        Judul: Do You Wear Suspenders?

        Errkk.. bukan spender yer..! ni suspenders.. sejenis hanging belt. bukan sejenis suar kecik yer... harus diingat tu..

        Karya terbaru Lydia Teh yg sblm ni cukup femes dgn buku²nya seperti Honk! If You're Malaysian dan Life's Like That: Scenes from Malaysian Life. I got both of this books.. Penulisan yg bersahaja tp kelakar dan paling penting terkena batang idung sendiri.. kes kes kes..

        So.. what's up with Do You Wear Suspenders? This is a collection of anecdotes about the everyday life of Eh Poh Nim, a loquacious women who launches into explanations of words and phrases at the drop of a hat.

        Anyone with even a passing interest in the English language will find this book appealing and amusing. Phrases like 'bake a tit', 'pie in the sky', 'bananas and fruitcakes' and 'satay mushroom' may sound decliciously naughty or vulgar, but none of them are what they seem.

        Eh Poh Nim, a punctilious wordsmith, enlightens readers on idioms, hyperboles, metaphors and other figures of speech with delightful humour and an insight into Malaysian life and its complexities and peculiarities.

        ******************

        Errkkk!! Award medal apa pulak ni?

        Sebelah malam lak aku menghadiri birthday party seorang kenalan di area Bangsar. Ramai jugak mbr² lain yg gi.. memandangkan aku pon tak de hal sgt, so.. aku pon meng'free'kan diri utk join la.

        Tema party, 'Back To School.' Rata² guest yg datang sumer berpakaian sekolah dan cikgu². Macam² fesyen baju skolah la yg ada. Yg tak pernah aku tgk pon ada gak. Kalu yg berdress ala² cikgu tu siap bwk rotan sbg props diorg.. huhu..

        Aku..?? Biasa je. Berbaju biru, seluar putih, kasut hitam, tie merah.. name tag.. cermin mata ala budak nerd dan beg sekolah sbg props. Ahaks!! Dan disebabkan itu, si bday boy ni menganugerahkan aku dgn Award Best Dress Boy utk majlis dia.. sangatt tak bley blah kan.. Majlis hari jadi pon ada award² segala ni... errm.. tak silap aku ada 23 awards la yg dia kasi.. besar betul bajet ko yer Faiz...

        Well.. tu je yg nak kongsikan buat saat ini dan ketika ini. Malangnya aku tak der gambar pulak utk di'share'kan.. nnt la kalu yg mana aku sempat cilok tu.. akan ku pamerkan dlm FB yer... tunggu..... :P

        Friday, June 05, 2009

        7 Kategori Lelaki...

        Atas permintaan yg agak tinggi (berangan kejap...hua hua hua..) utk aku wat entry tentang topik kategori² lelaki ni, so, utk tidak mengecewakan readers aku sumer (berangan lagi skali.. hua hua hua...) nah.. beberapa kategori jenis² lelaki yg ada kat dlm dunia nih.


        Seperti biasa, aku tak pasti la kesahihannya. Ni pulak bukan sbb aku nak UP golongan lelaki ni kerana aku lelaki, tp hanya sekadar bahan bacaan. Kalu korang ada pandangan len, sila la drop komen yerr..(macam tak biasa kan..??)

        Jenuh gak aku nak carik info ni, plus pening gak aku dok belek² koleksi Maskulin aku yg bertimbun tu utk carik topik ni, tapi..nan hado... mungkin ada yg tersorok-sorok kat dlm kotak² nun kot..


        Actually.. payah sbnrnya nak mengenali hati budi orang ni, tapi mungkin kita bley ramal berdasarkan sifat2 diri yg org tu tunjukkan..iye dak..? Kepada gurls out there, mana yg tgh dok berkapel ke, ingin nak berkapel ke or sedang cari kapel ke (aku single mingle lagik nih!!), mungkin tips ni berguna kot kat korang utk buat appraisal kat pasangan korg. Utk lelaki lak.. lu pikir la sendiri yerr..


        [1] Lelaki Takut Komitment

        Bukan maksud tak de teman istimewa, ada masanya hubungan yang terjalin tu dah bertahun-tahun lamanya! Namun keinginan untuk membina ikatan rasmi tu mcm tak pernah wujud dalam diri diorg. Karier dan kehidupan sosial sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.

        P/S: blom sampai seru la bak kata org tua² kan..



        Review: Sekiranya si dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu. -- serius, ni aku no komen!

        [2] Lelaki Rasional

        Keperibadian lelaki kategori ni tergambar menerusi penampilan luarannya (fuh..ayat..!) Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka tu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam kategori ini berpewatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya tu. Mereka juga dianggap suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia berubah menjadi seorang yang agak pemarah.


        Review: Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam kategori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini.

        P/S: mungkin juga lelaki kategori ni adalah pilahan mak² mertua di luar sana.. diorg ni bley dilabel sbg matured la gak.. matang dlm berfikir kan.. mungkin kah korang??

        [3] Lelaki Konservatif

        Antara term yg paling aku suka.. Konservatif! Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. Dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaannya.

        Review: Berfikiran matang dan bersedia memikul tanggungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. Bagi lelaki konservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya.

        P/S: tapi ada orang kata, org yg berfikiran konservatif ni agak ketinggalan takut takut nak hadapi real life. Apa yg dia percaya adalah apa yg dia yakin percaya je.. Susah gak sbb dia tak nak terima apa yg mungkin dan telah berubah.. iye dak..??

        [4] Lelaki Hipokrit

        Lelaki kategori ni pulak dikatakan ego dan gemar mementingkan diri sendiri dan tu gak antara sifat utama yang ada dalam diri mereka. Berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya. Mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri. Awas!

        Review: Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi. Sikap hipokrit dan gemar berpura-pura membuktikan bahawa dia juga seorang penipu! Jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki!

        P/S: memang banyak pon manusia cenggini dlm dunia.. baik laki, baik pompuan... sama jer dedua.

        [5] Lelaki Anti Perempuan

        Hurmm.. anti perempuan? Gay kah..? Lelaki macam ni sering memberi kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka! Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka. Sebaliknya mereka gemar menghabiskan masa dengan mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi peribadi.

        P/S: jangan salah paham bro, leaki anti perempuan ni tak bermaksud dia suka laki je and gay... cuma sikap diorg tu yg buat diorg cam tu.. complicated kan...haish...


        Review: Jangan salah tafsir terhadap individu yang sedemikian. Hakikatnya mereka juga mempunyai teman istimewanya sendiri, namun di sebalik sikapnya itu tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka. Mereka mempergunakan wanita untuk kepentingannya sendiri! AWAS dengan lelaki sebegini kerana mangsa mereka adalah wanita yang mampu menuruti segala kehendaknya. -- bahaya dowh!! Kaki spedo versi lelaki gak la konsep nye ni kan..

        [6] Lelaki Playboy

        Sentiasa berpenampilan menarik dan peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut ‘manis'.

        Review: Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi diri mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.


        P/S: kategori ni kalu tak ulas pon aku rasa korang dah cukup maklum kan..


        [7] Lelaki Berwawasan

        Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. Lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.


        Review: Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikapnya yang berwawasan dan berfikiran jauh ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri di atas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.

        ** so... what say you? puas ati ngan info² aku kali ni?? Kalu rasa ada yg cam tak cukup, terkurang or terlebey... sila lah dgn ringan jemari anda utk drop komen.. nyatakan korang punya perception lak.. sure korang ada buah fikiran yg lagi bernas dari aku kan...

        Sehingga itu, renung-renungkan la yer...

        Tuesday, June 02, 2009

        10 Kategori Wanita Yang...

        Well guys, sblm aku melalut lebih panjang, aku nak bitau skit yg kesahihan entry aku kali ni tidak pasti la kebenarannya. Kalu aku ulas lebih²kang nnt ada yg SENTAP lak (pompuan la tu..). Terus banned aku..cop aku GAY plak... ekekekeke.. sbbnya.. aku bias ngn pompuan... hehe

        Harus diingat yer... entry ni tak der kaitan ngn korang pon. Tapi kalu saper makan cili, dia la akan rasa pedas..iye dak..?

        Text artikel ni aku cilok and olah skit dari Majalah Maskulin (sumber bacaan rasmi aku!!) edisi Mei '09! Kalu sesaper yg pernah baca tu, makanya korang pernah baca la.. yang blom, jom kita gi selidik yer...

        Apa agaknya 10 kategori wanita yang harus lelaki jauhi??? dan kenapa yer...??

        Umumnya, bukan senang nak mengenali wanita ni sbb pemikiran diorg ni bg aku agak kompleks especially when it comes to feeling and reaction..smpai kadang lelaki ni sendiri tak tahu apa sbnrnya yg wanita ni nak...bercakap melalui pengalaman la pulek..

        Okey la... jom terjah!


        [1] Wanita Dreamer

        - Wanita yg kuat berangan ni mmg suka hidup dlm dunia fantasi nya je dan suka mimpikan yg indah² ajer.. Imiginasi diorg buat diorg tak berpijak di bumi yg nyata. Apa yg diorg nak harus dituruti dan sentiasa mahu dilayan mcm seorg puteri je..
        p/s: ko igt ko diva!!

        [2] Wanita Perasan Bagus

        - Saper kata wanita tak de ego? Personally dah ramai yg aku jumpa! cuma speruh wanita ni sedaya upaya cuba nak hide ego diorg tp tak sedar yg ego diorg tu terpancar keluar..huh.. ada wanita yg perasa bagus dan mahu menang je. Susah nak terima pendapat dan pandangan org lain. Kalau dlm relationship, si dia ni seboleh-bolehnya nak jd yg dominan dan membuat keputusan dm semua perkara.

        p/s: ada certain2 nya kita tak leh nak deny pon sbb mmg ada yg dah terbukti.. so, tak leh slaahkan ego laki je tinggi..kan..

        [3] Wanita Tamak Haloba

        - Bijak bermain dgn kata² dan mengaturkan 'permainan' dgn begitu teliti tanpa dpt dikesan penipuan yg dilakukan..(ni aku pernah terkena!!! sedey!!) Wanita tamak haloba ni tak akan menerima perkongsian sebaliknya hendak menjadikan sesuatu tu hak milik kekal.

        p/s: tak berapa paham sgt.. uols lebih maklum kot aku rasa...

        [4] Wanita QC

        - Queen Control! Watch out guys! Setiap inci sisi idop anda akan cuba diteliti, diselidiki dan dikawal olehnya..Setiap langkah anda perlu dilaporkan..aiyoo.. Anda sukar utk membuat keputusan sendiri kerana semuanya harus di bawah pemantauan dan kawalan si dia walaupon dgn alasan utk menjaga hati dan perasaan nya.. erk.. perlu ke sampai cenggitu sekali bro? Fair ke..? Lu pikir la sendiri yer..

        p/s: susah sgt, korng yg lelaki ni pakai je GPS kat badan, senang si dia nak tau mana korng gi. ahahak..

        [5] Wanita Desperado

        - Wanita terdesak atau desperado ni mempunyai keinginan yg tinggi dlm seks (tak pasti lak teman..), ada yg mahu cepat kahwin biar pon ngan lelaki yg baru je dia kenal semata-mata kerana inginkan zuriat.. (macam pernah je aku jumpa org yg cenggini..) Tak kiralah lelaki jenis macam mana pon, si dia tak kisah asalkan keinginan nya tercapai. Jadi tak hairan la ngn senario one night stand and kahwin serta cerai express ni.. sumer sbb tak kenal hati budi pasangan memasing sblm kahwin.. ish..ish..

        [6] Wanita Keliru

        - Peringkat permulaan, semuanya ala2 indah. Si dia melayani anda dgn baik sekali. Tapi lama-kelamaan, tembelangnya pecah. Si dia tidak seindah yg anda sangkakan. (hurmm...cam mana tu? saper nak jawab..) Si dia mula mengongkong hidup anda. Tahap cemburunya sentiasa membara, dan sentiasa sangsi dgn apa yg anda lakukan hingga menjadikan anda rimas dan lemas dgn sikapnya. Perkara utama yg cukup si dia bimbang ialah anda akan mencari wanita lain dan sekali gus meninggalkannya.

        [7] Wanita Feminis

        - Si dia terlalu mementingkan diri sendiri dan terlalu mahu menampakkan kesempurnaan. Orang di sekeliling selalunya salah dan menganggap hanya dirinya saja yg betul. Malah wanita kategori ini juga dikatakan anti-lelaki dan sentiasa menyalahkan kaum Adam dlm kebanyakkan perkara. Pelbagai andaian dilemparkan yg sering kali mencabar ego lelali.

        [8] Wanita Spedo

        - Atau dalam erti kata lain 'si pisau cukur', 'materialistik' dan 'kaki kikis'. Wanita sebigini hanya mahukan wang saja, bukan ikhlas mengasihi anda pon. Selalunya wanita sebegini memiliki tahap maintainance yg tinggi especially yg membolehkannya membeli barang² danh membayarkan kos sara hidup nya. Perasaan bersalah? tak der dlm kamus hidup diorg kot.. So, wahai lelaki.. jgn mudah tertipooo...

        [9] Wanita Penggoda

        - Wanita jenis senang utk dikesan kerana walau dari jauh pon dia akan cuba utk memikat anda. Si dia sanggup menggunakan apa jua cara termasuklah tarikan seksual. Fuh..... Sasaran mereka sudah pasti la lelaki yg berpoket tebal.

        [10] Wanita Menyendiri

        - Umpama hidup di dunia sendiri yg jauh dar kelompok org lain. Mungkin ada alasan mengapa si dia mengambil keputusan utk menyendiri. Faktor sejarah masa silam, dendam, amarah, sakit hati, dan terluka mungkin antara penyebabnya. Menjalinkan hubungan dgn wanita sebegini amat mencabar kerana pasti anda akan mengalami kesukaran utk mengubah persepsinya kerana si dia bersikap fobia, trauma atau paranoid dgn sesuatu yg tetap utuh di ingatannya.

        **Renung-renungkan la yer...

        P/S: Pernah ke korang mengenali wanita² cenggini..? or.. si empunya diri(wanita), kenapa korang begitu eyh.. bley share skit pengalaman tak..?? huhu

        Thursday, May 14, 2009

        Love Or Lust?


        Mana satu yg korang pilih dalam sesebuah relationship..

        Love or Lust..? Tak tau...?

        Love = Cinta ... Lust = Nafsu..


        Which one come first based on what you guys think... and which one yg korang prefer dlm sesebuah relationship dan apa yg mendorong korang utk kekal dlm relationship tu... L.o.v.e or L.u.s.t ?

        Mungkin ramai yg akan ckp of coz la LOVE... tp bila ditanya.. tanya... dan tanya lagi... ada yg terus blurr... x tau sama love or lust..

        Betul la dlm hubungan perlukan cinta... tapi nafsu yg mendorong utk bercinta.. betul tak..?


        Orang selalu bercakap pasal 'cinta pandang pertama'.. Apa yg mendorong cinta yg mcm ni? dah tentu bukan cinta yg sebenar..kan ? sbb kita tak kenal pon hati budi seseorng thru cinta pandang pertama ni selain nafsu yg mendorong kita utk sukakan sesorng.. iye dak?

        Cinta... ada mcm² jenis cinta. Cinta pada tuhan, pada agama, pada negara, cinta sesama insan, cinta atas dasar kasih sayang, dan bla.. bla.. bla.. mmg byk jika nak dihuraikan. Walau byk pon jenis² cinta, tapi sumer berdiri atas satu baseline yg sama iaitu kasih sayang. Tak kira la pada sesiapa pon kita jatuh cinta..sumernyer melibatkan kasih sayang. Cinta sesama insan plak melibat nafsu yg ada dlm diri. Mula mengenali pasangan, mungkin nafsu yg mendorong kita utk mengenal si dia, dan seterusnya.. baru datang cinta dlm hati yg mewujudkan kasih sayang kita padanya. Itu teori aku.. tak tau la betul ke tak..


        Nafsu plak tak terbatas pada hubungan seks je semata.. bak kata kawan aku sorg ni.. Lust is simple, pure and anxiety, but love is the one that complicated things.

        Hurmm.. mungkin betul. Sebab bagi aku nafsu tu kosong. Kita yg letakkan apa yg kita nak dlm nafsu tersebut. Then timbul la apa yg nak kita lakukan. Mungkin sampai ia mendorong kita utk cinta.

        Errk!! sangat pening kan entry aku kali ni..

        Jika ditanya kembali Love or Lust.. mana yg korang pilih..? Mungkin sbnrnya Lust akan lebih mengatasi Love. Tapi jika Lust, mampukah buat relationship tu bertahan...? susah gak kan.. sbb lust ni wujud mungkin bersifat sementara... sementara kita nak...love akan diperlukan.. jika lust hilang, mampu ke love dikembangkan kan...??

        Fuh...letey plak memikir. Apa kata aku serahkan kat korang utk eloborate pasal Love or Lust ni? Sbb aku yakin korang punya pendapat tersendiri gak yg mungkin jauh lagi bernas dari otak aku ni.

        Till then...what say you??

        Thursday, April 30, 2009

        Blogging

        Dah lama aku nak buat stori-mori pasal blog² segala ni, cuma tak de masa dan waktu yg seakan-akan mencemburui aku.(huekss! ayat mcm nak termun jer..) Saat mula kenal komputer tak salah aku waktu tu aku bru je form 4 tahun 1998.. (zaman lagu Puncak Kasih tgh meletups!! :P) Ketika tu aku hanya tau e-mail.. tu pon kwn yg buatkan. Sampai tiga pat emel la jugak aku create sbb dah addict sgt ngn dunia IT waktu tu kononnya. Then berlarutan hinggu ke dunia chatting, dan of kos yg paling femes ketika tu MiRC kan? jangan ckp korang tak tau.. :P Masa dulu mana nak ada YM or segala mak nenek tentang instant messenger ni.. so MiRC la medium nak berinteraksi ngan dunia luar.. nak cari awek.. nak surfing itu ini termasuk yg satu kaler..(bukan aku! ish!) nak berkenalan..dan segala-galanya la.

        Kini, zaman semakin maju. MiRC wujud lg ke? Ada org yg aku rasa tak tau pon kewujudan MiRC tu sbb sumer dah berubah.. Yahoo Messenger, Meebo, eBuddy, Windows Live Messenger, dan ntahapahapantah lg yg wujud.. terlampau byk sgt smpai kadang PC kita lak tak tertanggung dgn sumer tu. BLOG! Apa pulak tu...? yupz!! Sekarang dah beralih ke dunia BLOG. Juga antara medium utk kita gunakan bg berinteraksi dgn org.. cuma konsep nya pulak berbeza.

        Aku rasa sekarang memang era BLOG! Semua org nak buat blog. Tak kira laki ke pompuan, blog tu dah jd mcm satu yg wajib pd yg betul minat menulis dan membaca. Instead of having diary as a medium to write anything we feel or we think, blog could be one of place that we can share even anything with anybody.


        Mcm² cara org nak tulis blog. Ada yg suka citer pasal hal peribadi dan jadikan blog tu sbg diari hariannya sendiri, ada org yg hati baik luhur pulak suka share semua perkara2 baru yg dia tau, contohnya pasal dunia IT, aplikasi itu dan ini, bla..bla..bla.. ada org lak suka jdkan blog medium utk berdebat dgn topik² yg dikarang..ada pulak yg jdkan blog sbg medium utk bergelak tawa..blog humor la konsepnye, ada yg buat bisness thru blog, jual diri (opss!), laman utk berperang dgn org yg diorg tak puas ati, blog utk share masalah dan macam² la... mmg tak ter'list'lah kalu nak bercakap pasal jenis² blog nih.

        Yg aku nampak kat sini, org kita ni sbnrnya memang suka menulis...dan suka membaca. Sebab tu semakin byk blog yg bercambah. Iye dak?

        Kalu aku melawat sesebuah blog tu, bagi aku.. content, cara penulisan, kelainan dari segi cerita, segar bugar, layout yg chanteek dan kemas, font yg bersesuaian, dan cara unik seseorang tu nak sampaikan mesej adalah apa aku lihat utk aku kata 'YES! AKU SUKA BLOG NI'. Ada org suka main taruk je apa dia suka smpai blog dah jd lebih dari yg sepatutnya.. tak salah la, blog kan hak personal.. lantak la apa yg ko nak buat kan! Tak kurang gak ada yg suka baca jer blog² ni, tp tak berminat nak wujudkan blog sendiri..mungkin sbb kekangan masa dan kurang idea nak menulis (halamak ayat...) Dalam sesebuah arena, blog juga digunakan utk menyuarakan pendapat, kebenaran dan utk membangkang sesuatu yg dirasakan betul or tidak. Ni selalunya blog2 berunsur politak la.


        Bukan susah nak buat blog.. just register je kat memana aplikasi blog yg korang minat, then here they are..blog pon siap! Blogspot, wordpress, myspace and frienster tu antara medium yg kita leh guna utk buat blog. Banyak lagi sebenarnya. Cuma terpulang pada individu yg mana diorg rasa sesuai, sebab setiap satunya ada daya tarikan dan kekurang tersendiri dlm nak menyerlahkan blog korng.


        Apa pon pilihan korang, aku tau yg kita buat blog sbb kita ada matlamat tersendiri.. bukan sebab nak menang award, nak jd femes blogger or nak raih simpati dan perhatian org dgn citer² yg kita publishkan... tak tau la pada org lain kan.. niat org berbeza.


        Dunia blogging gak dah byk bg aku pendedahan tentang mcm² isu yg sblm ni aku sendiri pon tak berapa tau. Contohnya pada aku , aku buat blog utk suka², utk berdebat, utk buat org berfikir pasal perkara² yg mungkin terlintas kat otak kita tp tak pulak kita nak suarakan.. sbb bg aku, kadang tak semua apa yg kita nak cakap, boleh kita cakapkan.. dan tak semua yg kita cakapkan org akan paham..kan.. so, blog la medium yg aku guna utk buat semua tu. Melalui blog jugak kita bley dpt ramai kenalan. Tu mmg dah terbukti pon sbnrnya, betul kan..? secara tak langsung kita punya kwn yg wujud secara maya walaupon mungkin amik masa utk kita kenal dia. Tapi sekurangnya dia pembaca kepada blog kita..kan...kan..kan..


        P/S: Suka tgk rancang BLOG yg ditayangkan kat RTM.. byk perkara yg diutara-timur-barat-selatan-kan dlm pgrm tu.. Ada pendedahan jugak lak pasal dunia blogging nih.

        Ada org yg struggle sgt nak update blog smpai tak cukup masa nak buat benda lain..gigih!.. lambat up-date blog.. isu akan basi katanya... ahahaha..

        Tuesday, April 28, 2009

        Skeptikal kah kita?

        Bila bercakap soal skeptical, apa yg kita paham sebenarnya? Dari hasil carian aku: The true meaning of the word skepticism has nothing to do with doubt, disbelief, or negativity. Skepticism is the process of applying reason and critical thinking to determine validity. It's the process of finding a supported conclusion, not the justification of a preconceived conclusion. Apa yg aku paham pulak ialah, meletakkan seuatu pandangan rendah pada sesuatu yg kita tak pasti kebenarannya. Hurmm.. lebih kurang kan? Orang kita terlalu byk yg sangatt skeptikal kan??


        Selalunya kalu berborak ngan mbr aku kat chatroom, tak byk la yg kiorg bual kosong. Selain gossip **wink, byk gak topic yg aku suka debatkan.. Tak caya? Ok.. ni antaranya.. Text kat bwh adalah hasil chatting aku ngan mbr2 aku bebaru nih. Tp aku dah edit, dah olah jdkan ianya sebuah karangan.. mudah skit korang nak baca. Next.. enjoy reading k.. and don’t feel hard to drop comment about it.
        Permulaan story pasal kewangan…

        Orang mungkin nampak diri kita mewah dgn hanya cara kita berpakaian.. berhibur sana sini, makan itu ini ikut suka gigi je kan.. Skali tgk mcm kaya je mamat nih.. dari situ mula dibandingkan dgn org lain. Sebenarnya kedudukan kita sama je. Kita bekerja utk cari duit.. Duti utk kegunaan diri sendiri, utk kesenangan diri kita gak, masa depan dan keluarga.. bukan utk kesenangan org len kan. Setiap org ada cara sendiri nak berhibur. Tapi takkan la sampai ikat perut hanya utk spend sejumlah amount yg buat kita nak enjoy je kan. Tp buat pe pulak nak tahan nafsu yg terlalu sangat walhal ada duit..nak ini tak bley.. nak tu pon tak bley.. sumernya nak kawal. Salah ke kalau kita beli apa kita nak kalu itu menjamin kepuasan kita kan. Dalam pada tu, kena la tgk sama kemampuan diri ni. Jgn belasah jerr.
        Tak semesti bila melihat seseorg tu kerap bertukar pakaian kita anggap dia mewah. Mungkin ada yg terlekap di badannya tu kurang dari RM 50 pon.. mungkin lebih rendah dari tu kan. Jgn sbb tu kita anggap dia mewah berbelanja. Bg aku, bukan susah kita nak kelihatan mewah. Hanya padankan apa yg patut, tentu org akan impress!. Kalau pandai gayakan, pandai jaga ketrampilan diri, imej sentiasa clean.. bersih, barang bundle pon boleh nampak mahal kan.. Kalu dlm 4 bulan skali, bru beli seluar jeans beharga RM 150 sehelai, lepas satu tahun.. bru beli kasut jenama Primavera dgn harga RM 200 sepasang.. adakah itu dianggap mewah. Sumtimes kita kena fikir rasional gak. Lain la kalu dah setiap hari kita keluar shopping.. dpt je duit gaji.. tak smpai seminggu dah abis.. tu patut la dilabel mewah + membazir.. tp kalu dah lima nam bulan simpan duit just utk dptkan brg yg sedikit mahal.. tak salah kan?? Kalu sebulan sekali pergi clubbing nak hiburkan diri lepas utk stress dgn kerja.. pon bley dikatakan agak berbaloi..iye dak?

        Apa pon setiap org ada persepsi sendiri dalam mencari kepuasan diri. Asal kita enjoy dgn life dan tak memudaratkan diri sudah la kan.. tapi jangan sampai terlebih pulak...

        Story kewangan berlarutan ke isu clubbing…


        Kalau ada antara kita yg pergi clubbing ke kelab gay, adakah kita akan dilabel sbg gay jugak?? Tu satu lg pandangan skeptikal masyarakat kita skang ni. Pakai baju kaler pink dikatakan gay, lelaki kahwin lambat dikatakan gay, lelaki berkawan rapat dgn lelaki dikatakan gay, lelaki byk kwn perempuan dikatakan pulak playboy.. so kesian jd lelaki ni kan.. serba tak kena!

        TIDAK!! (kata kwn aku!!) So, why bother kan? Club is just a club kan? It just one of entertainment around. Ada orang suka main pool, pergi karaoke, pergi tgk wayang..dan ada juga yg suka clubbing. Kepuasan terletak pada individu tu sendiri kan? Kalu sesebuah kelab tu byk port dari org² golongan gay utk melepak, takkan orang straight tak leh melepak kat situ jugak kan? Dulu aku agak conservative bila bercakap soal ni. But now I’m old enough to be an adult kan.. Makin byk aku membaca, makin jelas aku melihat dgn keadaan sekeliling, now I’m realized pasal benda² ni sumer. Actually pemikiran masyarakat yg suka meletakkan sesuatu label tu yg menghukum seseorg tu sbg itu dan ini. It’s Not Fair!! Sebab kita tak bg peluang utk org lain menidakkan apa yg tidak. Sumtimes, we have to broaden up our thinking.. then we know what we have around.

        Gay or not, itu cara hidup yg dah dipilih kan? And I’m sure that they already know the consequences about it. The matter is, gay pon org jugak! Memang ada yg jahat, tp tak semua gay tu jahat! Gay, Bi or even Straight is still human being. Kalau seseorg tu gay, tu dah memang naluri dia.. sama la mcm kita yg straight sbb tu adalah naluri kita. Takkan sbg manusia kita nak pulau hanya kerana mereka gay? Macam mana kalu putaran dunia berubah, glgn gay adalah majority dan straight adalah minor? Tentu kita jugak akan dpt tempias yg sama kan? Bukan maksud aku nak menghalalkan yg haram, tp mungkin perhatian kita boleh buat diorg berubah. We never know!!

        Takkan hanya kerana kita punya kawan yg beza dari resam dan naluri hidup kita, kita sanggup putuskan hubungan persahabatan tu sedangkan dia kwn baik kita. Seriously, aku bukan jenis org yg mcm tu! Kwn yg makan kwn, songlap duit kwn dgn suka hati, mencerita keburukkan kwnnya, serta talam dua muka lebih teruk dari mereka yg dtg dari golongan² mcm ni. Naluri dia tu antara dia dah Maha Esa. Sedang kita sbg kawan harus cuba memahaminya, bukan nak letakkan hukuman tak tentu hala.

        Moralnya mudah jer.. cuba jauhkan pandangan skeptikal kita dlm melabel dan menilai org lain ikut suka rasa. Sifat skeptikal ni bukan je memusnahkan maruah dah jatidiri org, tp mempengaruhi kita utk turut menuduh tanpa usul periksa. Belajar lah terima dgn hati terbuka. Jgn nak menghukum org dgn apa yg kita lihat saja kan.. So.. renung-renungkan dan selamat beramal..

        P/S: I’M TOTALLY NOT GAY! But.. I’m proud to have them as friends (if I have it!) Atleast kita tau dunia unik diorg ni… Sorry.. isu ni bukan nak sentu sensitiviti sesaper.. hanya pandangan jujur agar kita bley melihat dari sudut berbeza.. Insya-Allah!

        Friday, April 17, 2009

        Ketua dan Tuan.. Apa Bezanya?

        Dalam pada kita ni asik 'beroganisasi' je kan, membentuk komiti bg menjalankan tugas, bertindak sebagai superior di kalangan yg lain, mesti tanpa sedar kita diletakkan kepercayaan sbg ketua utk mengendalikan mereka yg lain. Dengan bahasa mudahnya, orang yg bertanggungjawab dlm menentukan sesebuah organisasi tu berjalan dgn baik.

        Orang kata, baik buruk dan kejayaan sesebuah acara atau kumpulan tu terletak pada ketuanya.. betul ke? Ketua atau Tuan? Nampak sama kan.. namun penilaianya sangat lah berbeza.

        Jadilah seorang KETUA , bukannya TUAN


        Ketua memberi inspirasi kepada mereka
        Tuan mengerah orang bawahannya

        Ketua
        bergantung kepada semangat muhibah
        Tuan bergantung kepada kuasa

        Ketua
        mencerna kemesraan
        Tuan membangkit ketakutakan

        Ketua
        sentiasa berkata kita
        Tuan sentiasa berkata saya

        Ketua
        menunjuk apa yang salah
        Tuan menunjuk siapa bersalah

        Ketua
        memberitahu cara sesuatu kerja berjalan
        Tuan tahu sesuatu kerja berjalan

        Ketua
        diberi penghormatan
        Tuan menuntut penghormatan

        Renung-renungkan lah yer pada sesaper yg terlibat seperti keadaan di atas nun. Ketua, tuan, boss, pengarah program, presiden, pemangku, perdana menteri, chairman/woman, or sesapa jugak yg berada pada position yg cenggitu sumernya sama jer.. tetap seorang leader. Jadi, sebagai leader.. pepandai la jaga position tu supaya 'orang lain' tak menyampah dan meluat dgn anda. Jangan jd seorang yg pandai mengarah, tapi tak pandai merencanakan misi atau peranan yg diberi. Don't just speak and do things for your own sake! We're in one community, so we should act like one. Kan??

        Enjoy the rest of the pictures!




        P/S: I had few experienced with a very bad-attitude-bosses during my previous² working place.

        Tun Mahathir - is #1!

        Archive

        My Blog List

         

        @geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates