Pagi ni aku bangun tidur dan badan aku terasa menggigil semacam jer..tapi aku sedar yg condition badan aku kurang baik dalam satu-dua minggu ni. Rasa sejuk, panas semua bercampur dalam satu. Kalu ikut hati nak je tarik selimut tu selubung terus diri. Tapi bila fikir kerja, aku gagah gak bangun.
Bukan badan aku jer tak stabil, tapi mental aku pon kurang stabil lately. Mcm2 yg bermain dalam otak aku. Sejak akhir ni aku slalu memikirkan diri aku. Lebih memikirkan diri aku yg sebelum ni tak sgt aku amik kisah. Apakah aku cukup semuanya? Ini membawa aku berfikir lebih jauh tentang asal aku dan perjalanan kehidupan diri aku. Aku tahu yg tak semua apa yg aku nakkan dalam hidup akan aku dapat. Memang aku tahu ia amat sukar.
Tatkala aku mengenangkan kembali keluarga aku…adik beradik aku…sahabat, teman, rakan dan kawan.. adakah aku telah menjadi yg terbaik utk mereka..?? persoalan demi persoalan aku dituju ke benak aku.
Di rumah aku dikenali sebagai Mazlly..di luar aku diberi macam² gelaran. Namun aku senang dengannya. Ada yg memanggil aku Mazli, Malie, Adam dan Arjuna. Tapi apa pon nama yg diberikan pada aku tetap tak mengubah siapa aku..Aku tetap MAZLLY. Perubahan nama tak mambawa aku utk turut berubah menjadi org lain. Kadang aku tertanya, adakah diri aku dulu dan kini berbeza..?? Aku rasa TAK..sebab aku cuba menjadi diri aku sebaik mungkin. Tapi aku sedar tak semua org boleh menerima siapa diri kita.
Aku pernah hilang org yg paling aku sayang. Tapi aku menyesal sbb tak pernah sempat menyatakan ‘Aku Sayang Padanya..’ Siapa pun dia biarlah hanya aku yg tahu. Pernah seorang sahabat menyatakan pada aku itu adalah lumrah kehidupan yg patut kita terima sama ada nak atau tidak. Semua tu ketentuan yg telah ditetapkan-Nya. Aku sedar tu. Walau pahit utk ditelan, tapi terpaksa teruskan jua sbb itulah perjalanan hidup.
Tapi bagi aku, tak salah menghargai atau menyayangi sesiapa saja selagi ia ada di depan mata dan di dalam diri kita. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku Sayang Semuanya.
Namun jauh di dalam diri,;
1) Aku tak tahu sama ada aku mampu menjadi mukmin yang baik pada Agama aku...
2) Aku tak tahu sama ada aku mampu menjadi anak yang baik kepada ibu dan bapa aku…
[Mak & Abah ku: Pn. Mariam Bee & En. Gazally)
3) Aku tak tahu sama ada aku mampu menjadi adik yang baik kepada abang dan kakak² aku..
4) Aku tak tahu sama ada aku mampu menjadi abang yang baik kepada adik aku.
[bergambar 5 beradik]
[aku, Abang, Adik dan anak buah ku yg bongsu]
[bersama kak ngah yg selama ni byk membantu aku]
[2 org kakak yg sangat aku sayang]
[anak-anak buah ku: Aidil, Ain, Aliff & Aiman]
6) Aku tak tahu sama ada aku mampu menjadi saudara yg baik kepada saudara-mara aku..
[bersama cousin aku, Saffiyah]
[bersama keluarga dan saudara ku]
7) Aku tak tahu sama ada aku mampu menjadi Sahabat, Teman, Kekasih, Rakan dan kawan yang baik kepada yg mengenali aku…
Bila aku renung balik ke dalam diri aku, aku tahu aku byk kekurangan yg ada pada diri aku berbanding orang lain. Cuma satu aku sangat jaga, agar aku tak mudah mengecilkan hati semua pihak yg mengenali aku. Aku tak sanggup kehilangan setiap org yg aku kenali walau sebesar zarah sekalipun salahnya pada aku. Aku tetap Sayang Semuanya…
Di kesempatan ni, aku nak luahkan sesuatu yg mungkin tak mampu aku ucapkan di hadapan semua. Tak semua tahu bila ajal kita, tapi aku harap aku cukup bersedia bila tiba masanya. Aku sayang korang walau pun ada yg mengenali aku cuma sehari. Tak tergambar dgn ucapan dan perbuatan, aku just harap korang mengerti apa yg tersirat di dalam hati.
5 comments:
wahh...wahh..waahhh..
hebat tul ko nyer blog kali ni
ayat perghhh ayat power tu
hehehehe
ye la mane ade manusia yg sempurna..
tp setiap org ade kelebihan & kelemahan masing2..ye tak??
perhhhh dasyat kali ni nye thread... sampai terdiam jap aku dibuat nya.... hemmmm pada aku betul bak kata liyanaz.... tu tak semua manusia perfect... so terpulang lahh utk menerima diri kita seadanya..... tapi kan mally awat ko tak letak nick panjang ko.. apa aku ngarut ni... ntah... wehh sepanjang 7 tahun kenal ko tak tau plak ko ada cousin yang sweet.... nak kenal boleh....
aaauuummmmm
Mally,
Apekah cahaya hidayah yang menrangi hidup kau kini? Huhu... Terharu aku.. aku pun sayang kau jugak.. takpe, walu tak terungkap kat mulut bila berdepan dengan kau.. tapi kita tau sendiri kan Mally kan..
AAhaks...
Encik Mazlly...
tul tu xde manusia yg sempurna...live life to the fullest the best you can. Allow mistakes so that you can learned from it, try not to repeat mistakes.
problems makes you wiser to go through life with friends who can always there to cheer you up when needed.
Kim salam kat family ya....Bila lagi akan bersua muka dengan mereka agaknya?
Mungkin dihari persandingan En mazlly nanti?
Takpe cuba lagi untuk AF7 nanti...jgn berhenti berharap... :)
Post a Comment