Monday, February 11, 2008

Metroseksual

Lelaki Metroseksual?
Siapakah gerangannya lelaki metroseksual ini?

Secara amnya, lelaki metroseksual terdiri dari lelaki muda, yang mempunyai gaya hidup urban yang tinggi, seorang lelaki sejati, berpelajaran tinggi dan sentiasa kelihatan menarik.


"Eh...si X tu bukan main bergaya lagi, sentiasa kemas dan rapi...mesti gay tu!"

Jangan buat andaian yang bukan-bukan! Sebenarnya, 'lelaki metroseksual' ini tidak banyak bezanya dengan lelaki-lelaki 'bukan metroseksual' yang lain. Seksualiti mereka dinilai dari segi perwatakan mereka yang benar-benar mengambil berat tentang imej dan gaya, seperti kaum perempuan.




Kebanyakan lelaki 'urban' jenis ini tidak lagi mendapatkan khidmat tukang gunting rambut di tepi-tepi jalan, kerana mereka lebih gemar memilih penatarias profesional untuk memotong rambut mereka.

Jika kaum perempuan begitu teliti tentang pemilihan sabun pencuci muka, golongan metroseksual ini juga sama. Mereka tidak akan sekali-kali mencuci muka mereka dengan sabun badan! Menurut beberapa sumber, lelaki metroseksual amat mementingkan kesihatan kulit dan sentiasa menjaga 'kecantikan' mereka seperti kaum perempuan juga!

Ramai berpendapat, lelaki metroseksual bukanlah lelaki sejati yang gagah. Lelaki metroseksual sering saja dianggap 'lembut'. TIDAK! Mereka juga sama seperti lelaki-lelaki lain. Maskuliniti tidak semestinya menggambarkan ciri-ciri kejantanan seseorang lelaki kerana ia lebih tergambar dari gaya hidup dan karektor pembawakan diri masing-masing.


Ingat, lelaki metroseksual:



  1. Mereka bukan gay atau 'lelaki lembut'. Jadi, anda TIADA hak untuk mengatakan jejaka-jejaka tampan yang serba-serbi perfect seperti Awal Ashaari (Beat TV/Cleo Eligible Bachelor 2005) atau Jimmy Shanley (Trek Selebriti) itu bukan gambaran sebenar seorang lelaki sejati! Tahukah anda, lelaki metroseksual adalah insan paling charming dan romantis?

  2. Lelaki metroseksual juga gemar melakukan aktiviti yang tidak menonjolkan maskuliniti contohnya seperti membeli-belah, memasak...
  3. Mempunyai citarasa yang tinggi dalam fesyen dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini.

  4. Sensitif dan peka pada keadaan sekitar. Lelaki metroseksual adalah lelaki yang paling hebat untuk abad ini! Lelaki metroseksual adalah teruna impian semua gadis!

Some Definitions About METROSEXUAL:

A straight guy who’s so cool, smart, attractive, stylish, and cultured, that everyone thinks he’s gay. But he’s so secure in his masculinity that he doesn’t care.
Famous metrosexuals include Ewan McGregor, Damon Albarn, and Jarvis Cocker.

A normally straight male who possesses qualities of a gay male without being attracted to men. A metro often appreciates the finer things in life and enjoys making himself look good; be it through styling his hair or wearing fashionable clothes.

Person 1: "Is he gay"

Person 2: "No, he does dress well, but he has a wife"

Person 1: "Oh, he must be metro then"

::..Thanks to Xfresh.com..::

5 comments:

Anonymous said...

ko pernah dengar tak term ubermen?? skng ni aku rasa ubermen lbh cool dr metro....i dunno...dats wht i tot...

Adam Arjuna said...

: UBERSEXUAL :

Move aside Mirls and metrosexual, the latest male to come our way is the ubersexual. The term coined by advertising agency JWT is used to describe me who display all the positives male-ness-confidence, leadership, passion, compassion – without giving in to the negatives – emotional emptiness, ignorance of anything cultural. Topping the list of the 10 ubersexuals is U2’s Bono, who is global, socially aware, confident and compassionate.

Other who made it to the list were George Clooney, Bill Clinton, Guy Ritchie, Pierce Brosnan and Jon Stewart. According to AskMen.com, ubersexuals and metrosexuals differ on several levels.

Emotionally: Ubers are emotionally available while metros are emotionally vacant

Grooming: Ubers shave daily, if need be but metros can tell u the exact time of their next Brazillian

Priotities: Ubers are concerned with the world around them. Metros are concerned with their calorie intake

Obsession: Ubers are obsessed wit quality and integrity. Metros meanwhile are obsessed with their butts.

Anonymous said...

uberman ke superman ke.. kalau lelaki sepatutnya mmg prompt and neat kan.. lelaki yg selekh je yg panggil lelaki yg kemas n bergaya gay.. atas sebab dorang takley nak compete kan.. selalunye la..


aku tadahal kalau prompt and neatness ni membawa kepada kebaikan... kalau kekeliruan nafsu terlarang pulak yg terhasil, itu kene reevaluate la sendiri..

bergaya bukan bermakna gay dan selekeh bukan bermakna straight@

CG said...

hey u!i nak minta izin amek half dari artikel ni untuk postkan dekat blog i eyh.nanti letak link u sekali.

Metrosexist said...

Artikel yang amat baik sekali mengenali latarbelakang pria metroseksual alaf baru.

Untuk menambah minat tentang isu metroseksual ini, sila lawat blog http://metrosexualisme.blogspot.com untuk melihat wajah-wajah ikon metroseksual terkenal di seluruh dunia. Hanya foto-foto berkualiti penuh gaya tersendiri.

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates