Tuesday, February 12, 2008

Al-Fatihah...

Hari ni mood kerja aku kurang elok skit..
Macam - macam yang aku fikir..
kadang aku tersenyum sendiri, kadang aku terasa sebak dalam diri.

Semalam, sebaik je sampai rumah dlm pukul 10.30 mlm (lepas abis keja), aku dpt call dari Ayu yang menyatakan seorang dari sahabat atau teman rapat kami baru je menghembuskan nafas terakhir. Tetiba tangan aku cam mengigil pegang enset. Seakan mcm nak percaya atau tidak..
tapi itu la kenyataan.

Aku bersiap, terus drive ke rumah ayu, fetch her and her husband terus ke rumah sahabat ku ini. Sepanjang perjalanan, aku still terfikir, betul ke ni. Bru lebih kurang 2 minggu lepas aku ziarah beliau di hospital akibat sakit yg di tanggung semasa zaman belajar kami.

Firdaus Bin Samsuddin,
seorang kawan, sahabat dan teman yg sgt disenangi rakan yg lain. karektor beliau yg slumber and klakar tu buat kami semua sering usik mengusik. Teringat tatkala dia gelarkan aku 'ziraf' dan aku panggil dia'unta'. hahaha... tapi... semuanya tinggal kenangan.

Tapi yg pasti, kenangan itu akan tetap terus jd kenangan dalam hati aku.
Buat semua, marilah kita bersama sedekahkan Al-Fatihah buat beliau dan semoga rohnya akan sentiasa dicucuri rahmat hendaknya.. Amin..


( teringat antara perbualan2 terakhir aku dgn arwah, "Mally, kalau makan tu, makan la utk aku sama, baru la aku rasa kenyang.." )

"WE will miss u SAHABAT"
&
"KAMI semua tetap SAYANG kau."

6 comments:

mesin.taip said...

tanpa ko sedari sbnrnya tetiap hari aku baca blog ko...biasalah ko kan idol aku.... :)

smoga rohnya dicucuri rahmat....amin....

KeMatZ said...

aku pun masih teringat kata kata tu.... semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan diantara mereka yang soleh..... AMin....

Farazila said...

tabahkan hati wahai adam..
satu hari nanti kita pon akan pergi juga..
lumrah alam...
semoga tuhan mencucuri rahmatnya..

Anonymous said...

yer..aku juga ada ketika itu..terharu dan sedih aku..satu lagi kata2 Allahyarham ialah 'makan apa td? Nasi Ayam...sedap tu...aku kalau boleh makan aku makan'...setiap kehidupan akan berakhir dengan kematian....walau di mana kita berada...kematian tidak dapat dielakkan...semoga kenangan bersama takkan dilupakan...kekayaan apa pun di dunia ini tidak akan dapat dikirim kepada roh Allahyarham....yang dapat dikirimkan hanyalah doa dan Al-Fatihah...Redhalah dengan setiap apa yang berlaku.....percayalah bhwa setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.Sampai disini dulu...jumpa lagi...

Lina said...

salam takziah adam.
perbualan terakhir adam dgn dia sungguh menyentuh hati.. macam dia tau dia nak pergi.. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan beriman..

Unknown said...

ai semua...
pemergiannye satu kenangan buat semua sahabat bahawa muda or tua...mati tetap akn mendampingi kita..kita perlu sedar dgn pe y terjadi di sekeliling kita.. sedekahkan Al-fatihah utk arwah Mohd Firdaus agr rohnya di cucuri rahmat dn ditempatkn d kalangan orang y beriman...silap dan salah..kita maafkan sahaja..agar tenang rohnya di sna...Amin..

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates