Monday, March 31, 2008

ABPBH 2007 [part 01]

Penutup tirai blog aku untuk entry bulan March ni aku sudahi dengan sedikit review tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH'07) yang telah berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland semalam..(Ahad, 30 Mar 2008).

Aku rasa, rata² sumer dah tau saper pemenang² s bg setiap kategori yg telah dipertandingkan pd mlm tersebut. Yup..!! Seperti yg kita sedia maklum, Mawi sekali lg merangkul gelaran Bintang Paling Popular 2007 dan keputusan itu adalah seperti yg telah dijangka. Untuk semua, kat bawah ni, aku senaraikan barisan nama pemenang ABPBH'07 seperti yg telah diumumkan.


Bintang Paling Popular: Mawi
Penyanyi Lelaki Popular: Mawi
Penyanyi Wanita Popular: Datuk Siti Nurhaliza
Pelakon Filem Wanita Popular: Fasha Sandha
Pelakon Filem Lelaki Popular: Rusdi Ramli
Pelakon TV Wanita Popular: Dynaz
Pelakon TV Lelaki Popular: Rosyan Nor
Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek
Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly
Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani
Artis Berkumpulan/Duo Popular: Sofaz
Artis Baru Lelaki Popular: Dafi
Artis Baru Wanita Popular: Mila
Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: M Nasir

Secara telus, kebanyakkan pemenang sudah dijangka, tp personally ada gak kategori yg aku tak jangka pemenangnya seperti untuk kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular yang dimenangi Sofaz, Dynaz bg kategori Pelakon TV Wanita Popular serta Rusdi Ramli yang memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular [pembetulan : Rusdi Ramli yang memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular]. Namun tu la rezeki kan..?

Bagi aku ABPBH 2007 ni cam ada sedikit hambar especially dari segi persembahan yg disediakan untuk penonton di rumah mahupon di arena sendiri. Dengan sound sistem yg kurang memuaskan, membuatkan persembahan jadi kurang menarik. Selingan iklan atau sketsa yg dipersembahkan kepada penonton jugak sedikit hambar dan membosankan. Namun, tahniah bg Bob, Atilia dan Anuar Zain yang memberikan paduan suara yg hebat dan bertenaga dgn rangkaian medley lagu² Anuar Zain seperti Jangan Bersedih Lagi, Mungkin dan Ketulusan Hati. Memang SUPERB laa...!! Tak ketinggalan juga dengan persembahan vokal 4 rockers terkenal tanah air iaitu Ramli Sarip, Amy Search, Awie, Hattan dan Ella. Menghiburkan pula pabila melihat Datuk Jalaluddin Hassan mendendangkan lagu Beautiful Maria diiringi tarian oleh Fasha Sandha, Dynaz & Fauziah Ghaus. Lain² persembahan adalah seperti nyanyian daripada Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Heliza, Meet Uncle Hussin, dan Ning Baizura untuk acara penutup.

3 comments:

KeMatZ said...

sejak bila Rusdi menang Pelakon Wanita Popular.... Bukan Fasha Sendat ke... huhuhuhu... tau lahh dia menang kerana dia berlakon jadi Nyah.... huhuhuhuhu

Adam-ArJuna said...

Haha...ter silap taip fakta...ekeke...jap² aku ubah....Pelakon Filem Lelaki Popular, bukan Pelako Filem Wanita Popular yerk...hehe

mesin.masa said...

'...Rusdi Ramli yang memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular.'

aku suka ngan fakta dunia hiburan yg tlh ko sajikan kali ini...

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates