Sabtu lepas aku berpeluang la menonton citer CONGKAK ni ngan housemate aku, Daus, Man, dan Is. Kira cam hari ni dalam sejarah gak la sbb tak pernah2 aku hang-out ngan member serumah, (kalu kuar pon ngan Man je) sbb sblm ni sumer dak umah suker wat hal memasing termasuk la aku. Tp bila ada housemate baru cam diorg yg lebih ngam and sekepala ni, senang skit bg aku nak lepak, borak and hang-out sana sini.
Plan nak layan movie ni kami dah buat seminggu sblm tayangan filem ni di panggung. Ahaha..struggle kan.? Memasing kena pastikan Sabtu tu free dari sebarang aktiviti termasuk la nak dating ke..nak kursus ke..program ke...keja ke...hehe..tak bley blah! Lepas lepak makan tgh ari, kami g karaoke nak menunjukkan bakat 'terendam' memasing..plan asal nak main bowling, tp memandangkan movie yg aku booked tu midnite, so kitaorg plan main bowling kat sunway je before movie start.
Kat sini bukan aku nak citer aktiviti aku ngan member aku, tp nak review skit pasal filem seram terbaru negara kita iaitu Congkak. Sebelum aku rumus lebih lanjut, aku nak kasi 3 Bintang kat filem ni sebab berjaya buat kawan² aku terkejut dalam panggung. (hehehhehe...ampunnnnn beb..!!)
Bagi aku citer ni tak kurang hebatnya jika nak compare kan ngan citer Jangan Pandang Belakang (JPB). Jalan citer, konsep, mesej yg digarap dalam filem berbeza skali ngan apa yg ada dalam citer JPB walaupun menampilkan pengarah & penulis skrip yang sama. Kesan bunyi Dolbi Digital yg digunakan memang menjadi smpai rata-rata penonton yg menonton citer ni dr awal sehingga last seakan terkejut gak ngan efect bunyi yg dibuat. Lakonan pelakon juga amat memuaskan ati especially mimik muka Opah lakonan Ruminah Sidek berjaya membuat kami (penonton) agak gerun bila dia tiba2 muncul di celah2 tingkap dalam scene filem ni. Tahniah dari aku. Seawal permulaan citer, sehingga ke hampir ending jalan citer ni mmg bagi aku perfect sehinggalah tiba di pengakhiran cerita yg komen aku agak kurang realistik. Bagi aku dan kengkawan, kami lebih menggemari ending citer JPB!! Jika Ahmad Idham dapat mempelihatkan kesan yg lebih realistik bagaimana 'penunggu' ni 'ditangkap' dan 'dibuang' dgn cara yg lebih tradisional menepati dgn norma2 kehidupan masyarakat melayu tradisional, aku rasa filem ni akan menjadi lebih sempurna dan cantik. Plot citer Congkak yang teratur di tambah suasana kawasan sekeliling lokasi citer ini membuatkan penonton dapat merasai keseraman yang cuba ditonjolkan.
Apa pon, selain komen di atas, aku nak komen sikap penonton yg masih lg agak typical bila menyaksikan filem² dipanggung. Ada babak yg tak sepatutnya rasa nak gelak, tp buat segelintir penonton terbahak-bahak semacam saja² buat nak gelak..Aku tak tau naper, tapi mungkin nak neutral diri yg mungkin ketakutan tp saja nak cover line..ehehe..normal la tu.. selain ada penonton yg sedang menceritakan jalan citer tu sbb dia dah tgk, and tak kurang gak yg dok on-call masa menonton.. Hellooooo..wayang kitorg byr sbb nak tgk sendiri citer tu ok, bukan nak dgr korng citerrr....tolong la sensitif skit...Well....tu je aku nak komen. Pada yg belum berkesempatan tgk filem ni, aku sarankan korng g la tgk reramai sbb bg aku citer ni Not Bad!!! Betul atau tak apa yg aku ckp di sini pasal filem hanya korng je yg tau kalu korng dah layan citer ni..tp pendapat dan penilaian org berbeza... Lu pk la sendiri yerk..!! ahaha..
1 comments:
takkan ku tgk cte ni. fara sensitif ngn cerita hantu. boleh buat tak tdo 30hari 50mlm.
Post a Comment