Friday, August 08, 2008

Susuk

Sebelum aku ulas apa² berkaitain filem seram terbaru negara kita ni, elok lah kalu kasi skit trivia kenapa aku nak sangat tgk citer nih.

TRIViA:

Sebab pelakon² yg dibariskan utk filem ni adalah bukan calang² pelakon yg ada di Malaysia. Dah tentu aku nak tgk lakonan Ida Nerina, Sofia Jane, Adlin Aman Ramli dan Aleeza Kassim.

Sebab banyak kemunculan watak cameo dalam filem ni. Siapa? korang tgk la dulu yerk!

Sebab aku memang peminat setia filem² horror, seram, thriller...

Sebab promo trailer yg dah dikuarkan buat aku nak sgt tgk filem ni yg mungkin BEST!

Sebab filem Susuk ni dah dibuat dalam bentuk siri dahulu sebelum dikuarkan sebagai filem walaupon pembikinan filem ini adalah lebih dahulu melalui drama bersirinya.

Sebab Susuk The Movie ni tak der kaitan atau pertalian langsung dengan Susuk The Series.

Sebab review tentang filem ni di akhbar agak memuaskan hati aku.

Sebab pengarah filem Susuk ini adalah seorang yg jarang aku dengar namanya. Dah tentu hasil filem ni tak sama macam filem yg diarahkan oleh Prof. Dr. Razak Mohaideen atau Datuk Yusuf Haslam.


Semalam ( 7 Ogos 2008) sempat la aku luangkan masa ngan beberapa org kawan utk gi layan movie ni. Plan asal nak gi berdua ngan Azim je sbb Fendy lak keje, tp saja forward msg kat yg lelain, tak disangka-sangka Ray, Megat, Abe,Ayyum and Lilo pon turut join. Thank you guys. Show aku pick up adalah midnite, 11.55 malam di Sunway Piramid. Memang teruja aku nak tgk citer ni. Balik keje kul 10.00 then terus balik umah n bersiap nak g layan movie.

* * *

Lain!!! Tu yang dapat aku simpulkan utk keselurahan jalan penceritaan filem Susuk ni. Setiap watak memberi kesan berbeza pada sesiapa saja yg betul mengamati jalan cerita ni. Terlepas satu scene, mungkin korang sukar utk memahami jalan penceritaan filem ni. Yang pasti, konsep Susuk amat berbeza dari filem² seram yg kita tgk sebelum ni especially dari segi pembawakan watak Suzana dan Suraya yg pada awalnya mungkin kita tak nampak kaitan kedua watak² ni. Di tengah² penceritaan penonton mungkin akan keliru dgn setiap watak yg dikeluarkan. Mungkin ada yg akan tertanya, siapa pulak ni, apsal tetiba macam ni..ni apa pulak..mana pulak pergi si polan ni dan si polan tu...?? Namun faktor begini dapat mengundang kebosanan dan keresahan penonton sekiranya penontoin tidak dapat mengamati dgn jelas jalan cerita dan maksud sebenar yg terangkai dalam Susuk. Namun, jika penontan sanggup menunggu sehingga kepada pengakhiran cerita, pasti apa yg runsing akan terjawab.

Namun personally, pujian harus diberikan kepada beberapa watak yg berjaya menjadi Susuk utk lebih mudah difahami. Antaranya Ida Nerina dgn watak Suzana dan Adlin Aman Ramli sebagai Dukun Dewangga.

Jadi, bagi sesiapa yg bercadang utk mengisi masa lapang dgn menonton movie tu, apa kata cuba cari kelainan dgn menonton Susuk. Pasti anda akan lebih mengerti apa yg aku cuba sampaikan.

* * *

Habis menonton lebih kurang 2.00 pagi..then kitorg decide nak lepak minum and jumpa Fendy yg baru abis keje...akhirnya..kul 6.00 pagi baru sampai umah...gitu lah kisah nyer...

8 comments:

Amir said...

Terima kasih atas komen anda untuk pilem kami ;-)

Farazila said...

:)

lain kali ajak lilo agy yerp..tp jgn midnite...

hehhehe...

Adam Arjuna said...

to mr. amir ;
wah..tak sangka yerk nak masuk blog ni and drop ur comment.
really appreciate it.

its a pleasure for me to give comments to anything that i think its to evaluate..


to lilp ;
no prob lilo..
nnt adam ajak lg bila free k..
eheh..tgk citer seram kalu midnite lg best...kan...kan..kan...
and thanks for joining us that nite..:)

~SYAMELIA~ said...

wah!!!
pengarah pilem masuk blog adam...
hawts gitew!!! cayalah...
bravo adam...
lgpun, adam mmg pro bab buat analisis ni...

sounds great, my colleague pun ckp best... tp kena faham betul2...

mcm nk tgk, tp mcm x berani je la...

Adam Arjuna said...

erk kak amy! ayat propa sgt..
pro la sgt bab anylisis la segala..
ada maksud tersirat ker..? ehehe..

tp betul la..citer SUSUK ni lain skit dr citer seram yg len..

dalam masa yg sama kita tau cam ne susuk ni sbnrnya..

tgk la kalu free..tak der la seram sgt..sure bley bukak mata lg kalu nak tgk..ahaha...

enjois!!

mesin.masa said...

tak ajak aku pown....

Adam Arjuna said...

mesin.masa, adakah in namanya dejavu..

aku macam dh terasa yg ko akan drop komen dgn ayat macam ni..ehehe..

hebat gak kan basic instinct aku..

ala, kalu aku ajak pon ko mesti x nak nyer..ko mana la layan sgt citer melayu ni kan...

ahahah..jgn marah...

mesin.masa said...

de javu???....wakakaka....

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates