Sunday, September 28, 2008

Checklist Balik Raya!

Hari ni 29 Sept 2008. Aku masih lg kat ofis! Kejer macam biasa...adoyaiii...member² rasanya sumer dah balik kg, EXCITED nak sambut raya. Insya-Allah, malam ni giliran aku pulak. YahHhoOOo.. almost 8 bulan aku tak balik umah, akhirnya dpt gak pulang beraya di kampung halaman sendiri (kg ke masalah nyer umah aku tu...hehe) utk meraikan aidilfitri bersama keluarga.

Plan asal aku may be nak bertolak selepas tarawikh malam karang..pick up cousin aku, then mula la bertolak ke utara nun... Seminggu jugak la aku bercuti nnt.. dan seminggu jugak la aku bakal meninggalkan life aku di bumi Shah Alam ni..perghhh...ayat!!! hehehe..

Oooppss!! ada lagi ke yg tertinggal?? Kejap! Kejap! aku nak buat checklist persiapan aku sebelum balik kampung nnt utk pastikan sumernyer clean and clear...ermm...

  1. Kad raya utk kengkawan dan sahabat terapat = DONE! (saper yg tak dpt tu sorry..jumlah terhad jer!! hehe)
  2. Belanjawan balik raya = DONE! (haih..asal raya je pokai!)
  3. Kereta = DONE! (servis..check aircond..cuci...polish...wax...vacuum...!!)
  4. Packing = DONE! (baju..seluar..songkok...kasut..!!)
  5. Duit raya = DONE! (kat anak² buah...kat cousin² and sumer dak yg kecik² jerr..)
  6. Saving = DONE! (utk emergency beb!)
  7. Bermaafan = NOT YET DONE!

Pada yg sempat aku jumpa, bersalaman dan bermaafan tu lega la skit sbb sekurangnya terlaksana lah sudah sesi bermaafan ngan korang. Pada yg belum berkesempatan aku nak kol, sms, mms, kasi kad raya and everything..kat sini aku nak amik kesempatan utk memohon jutaan kemaafan korang pada sumer yg mengenali aku. Tak kira la yg kenal aku dgn nama Mohd Mazlly atau pon Adam Arjuna... Ampunkan sumer salah silap aku kat korang, halalkan makan minum aku..halalkan mana yg dah terguna atau terambil tu...kalu ada hutang tu, Insya-Allah balik raya nnt aku cuba selesaikan... apa yg pasti aku harap kemaafan korng je ok..plzz..

Dari aku utk korang sumer..

"Jika ada kesilapan semalam belum terampun, ampunkanlah..

Jika kesilapan hari ini menyakitkan, harap lupakanlah..

Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat.."

Ok lah..rasanya sumer dah settle.. apa pon aku harap kengkawan and sahabat² sumer doakan aku selamat pergi dan kembali yerk! Tak sure kat kg nnt aku dpt onlie or tak sbb aku sendiri dah rancang macam² agenda kat umah nnt.. hehe..bukan selalu pon raya ni kan..?? ekekeke..

Apa yg pasti, lepas balik sini banyak benda yg aku nak kena focus especially menjelang tarikh 25 Okt 2008 nnt... tungguuu..!!!

Sebelum berakhir, aku amik kesempatan di sini utk ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri utk sumer yg mengenali aku. Doa aku agar korang sumer berbahagia selalu tak kira lah sama ada korang sambut hari raya ni atau tidak..aku tetap doakan sumer happy selalu...dan berbahagia bersama insan² yg korang sayang..." Jangan lupa aku yerk!!

Salam aidilfitri ikhlas dari aku utk semua....:)

3 comments:

Lina said...

Adam, Lina dapat kad Adam tu.
thank you so much!

Lina pun nak minta maaf zahir dan batin sekiranya ada salah silap atau terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita.

semoga 'our friendship' berkekalan. selamat berbahagia! senyum2 selalu.

RUN WITH THE WAVE said...

Hey there! Come and join us for a BBQ buffet at the beach in Penang this Christmas with watersports activities included! Sign up now! Check out my website at www.runwiththewave.com Thanks! See you at the beach!

Adam Arjuna said...

Hye Lina..
u r most welcome dear...
nothing much la, just a simple greeting card for u..
hope u like it..

erm...adam pon ucap selamat hari raya aidilfitri to u as well..
maaf zahir batin eyh..

take care darling...

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates