Tuesday, November 04, 2008

Antoo Fighters


Last Friday, aku dapat invitation dari Mr. Ray utk join tonton tayangan perdana filem fiksyen tempatan berjudul 'Antoo Fighters'. Filem terbitan Grand Billion Sdn Bhd turut menampilkan ramai pelakon-pelakon lama dan baru termasuk Radhi OAG, Awie, Scha, Ngasrizal Ngasri, Bront Palare dan ramai lagi.

Okey, jom usha skit sinopsis citer ni..

***********************************

Kisah bermula apabila Sekumpulan Makhluk dan Hantu-hantu di zaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela di zaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Setelah terlepas dari kurungan, mereka mengembara ke merata tempat dan membawa mereka semua ke Kuala Lumpur. Menara KL dijadikan markas mereka untuk bertapak bg menakluk negara di samping membebaskan "Lord Sharon" iaitu anak syaitan. Dalam usaha membebaskan Sharon, Drakulat dan semua rakannya berusaha mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu “Delyla” , di mana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada “Lord Sharon” supaya dapat bebas ke bumi.

Dalam pada itu, Kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din ( salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an). Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.

Persoalannya;

Siapakan 5 waris terbaru penentang hantu-hantu ini...? Bagaimana mereka terpilih..? Mampukah mereka menumpaskan Drakulat dan semua rakannya yg semakin kuat dan berkuasa..? Apa yang terjadi kepada negara...?

**************************************

Persoalan demi persoalan akan terjawab bila anda menonton filem ini nnt.

Hasil sentuhan pengarah muda yang kreatif iaitu Azizi 'Chunk' akan membuatkan anda semua tersenyum dan tergelak sendirian apabila menonton filem ini. Komedi, aksi, thrilller dan suspen berjaya digabungkan melalui filem yg mengambil masa 1 jam 30 minit ni. Tak ketinggalan juga teknik CGI yang hampir 70 % digunakan utk filem ini juga mampu untuk dibanggakan kerana ia merupakan 100% hasil tangan anak tempatan. Tahniah buat seluruh tenaga produksi.

Jalan cerita yang mudah tanpa perlu sarat dgn bahasa2 berbunga membuatkan penonton akan lebih mudah memahami apa yang cuba dilayarkan. Namun, Antoo Fighters merupakan filem komedi ringan yang boleh ditonton seisi keluarga.. Mesej-mesej yang cuba disampaikan juga lebih santai dan rilex..

So, pada semua..nantikan kemunculan filem ni di layar perak berdekatan anda. Sure anda dpt menilai sendiri sejauh mana filem ini mampu pergi.

Dari 5 bintang, aku bagi 2.5 bintang utk filem ni. Tahniah!!

Team Antoo Fighters moden sedang menewaskan musuh.

Drakulat dan aksinya

Antara rakan sekutu Drakulat

Semangat Antoo Fighters

TRIVIA:
  1. Lakonan Radhi OAG membawa kita kepada jenaka yg seperti dibawakan oleh Chow Sin Chi melalui filem-filemnya
  2. Tahniah kepada Scha kerana mempamerkan lakonan yang bagus walau pun masih baru
  3. Kelakar dgn aksi Bront Palare
  4. Kostume dan make-up yang menarik
  5. Tertarik dgn word, "Oh My God..! Oh My God..!"

13 comments:

Splitzbz said...

3.8 out of 5.. cam best je..

Adam Arjuna said...

yups...
menarik dan sesuai utk hiburkan ati ngan lawak2 slumber...
effect CGI pon not bad...tambah lak ngan karekter hantu yg kelakar...

wpon, tak der satu pon yg logik pasal filem ni ditambah lak jalan cerita yg merepekness, tp ia agak menghiburkan..

thanks splitzbz coz drop by to my page..

Anonymous said...

bak kata pengarahnya...

this film was meant to be as another flavor to genre film yg sedia ada.

pengarahnya berkata lagi...
jangan terlalu detail bila melihat filemnya kerana beliau sekadar hanya mahu bercerita...

so, adam...
next preview film you is "Cicakman2" kan?

KeMatZ said...

wow... sudah jadi penkritik filem... blogger tegar lahh katakan.. bagus bagus.... naik sudah satu tangga.... heheheh..

hebat...

hehehehehe taksangkaye...

farish izaryl @izreez said...

huhuu ne aci da tgok dlu cte ni.:p nk tgok gakk huhuu

Adam Arjuna said...

to all commentors, thanks for your time viewing my blog and drop ur comments here..

Mr.Ray : tu la pasal.. kalu nak dilihat logiknya jln citer filem ni mmg agak mustahil la... tp bukan itu yg ditonjolkan oleh pengarahnya...hanya hiburan yg boleh buat kita senyum dan ketawa adalah sesuatu yg diberi keutamaan oleh belia.. well..i quite enjoyed!

oppss! wait for my up-coming review of Cicakman 2: Planet Hitam y'all...

Mr.Kematz : Blogger tegar ke persolannya..tak bley blah la..
aku ni blogger2 biasa je.. apa yg ditulis tu lebih kepada syok sendiri jah...

Mr.Rizz : Aci mana ada kat sini... kat umah dia la... ehhehe... ala, dah ada peluang utk tgk..wat pe lepaskan kalu ada masa..tul tak..
thanks k.

KeMatZ said...

harus lahh tegar... kalau tak masakan dapat invitation kan...

wow... hebat... takSangkaYe...

Adam Arjuna said...

aku besa² je bro..
baru berjinak2 dunia blogging ni..
tp best gak bila dpt review filem cam ni...
just nak mengeksperimentasikan apa yg kita lihat dan pandang...

KeMatZ said...

actually nak jadi penkritik filem... tak perlu gi sampai pratonton pun.. heheheh... apa ko nengok ko review pun boleh... even dvd pun boleh gak...

hehehehe... well.... apa apa pun ko memang blogger tegar... wayang siapa wayang kita....

ehh apa daaa....

Adam Arjuna said...

terima kasih atas komen² anda..

teruslah menonton filem..

wayang siapa kalau bukan wayang kita kan..?

filem kita adalah wajah kita..

KeMatZ said...

betul betul betul.....

Anonymous said...

waaaa... cam sangat2 best jer. sedih me x dpt pegi ari tu. huhuhu. chaiyok2 adam dah jadi ribiu-wer berjaya. ehehe

Adam Arjuna said...

hahahaa wawa..

Adam tak ckp la citer ni sangat2 best..tp taste org kan berbeza... dari pemerhatian adam, citer ni cukup la utk menghiburkan kita, dan boleh buat kita tersenyum dan ketawa gak dgn aksi lawaknya yg sengal2 tu..

less is more kan...??

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates