Saturday, November 01, 2008

Kemuncak Aidilfitri Bersama Bintang Akademi Fantasia

Pada 29 Oktober 2008 yg lepas aku berpeluang utk join event yg boleh dikatakan sbg 'open hause' terakhir aku sepanjang Syawal ni.

Program yg dikenali sbg 'Kemuncak Aidilfitri Bersama Bintang Akademi Fantasia' telah menggabungkan lebih kurang 20 orang bintan Akademi Fantasia sejak bermula dari AF1 hinggalah AF6. Antara yang hadir seperti Mawi, Mila, Zahid, Stacy, Dafi, Saida, Toi, Nadia, Riz, Nubhan, Alif, Zila, Heliza, Farah, Faizal, Marsha, Noni, Syawal dan ramai lagi. Tak larat aku nak re-call setiap dari mereka.

Kami (DafiFC) dapat tau pasal event ni pon last minit. Pening gak bila nak hantar wakil utk gi berbincang ngan pihak Maestra tentang tarikh, tempat dan segalanya yg berkaitan event ni. Namun Fendy mem'volunteer'kan diri utk hadir ke sidang media bersama Fan Club dan media. So, setelah kami dah maklum tentang perkara ni, 10 orang dari kami pulak mem'volunteer'kan diri utk hadir ke majlis ni. Saper lg kalu bukan Ray, Azim, Fendy, K.Amy, K.Lyn, Lilo, Nad, AC, Megat dan aku sendiri. Table kami ni berharga RM1000..so bermakna seorang RM100 la... aiyoo.. Aku join sbb kebetulan nak balas dendam sbb tak dpt mkn lemang di Saloma Bistro ari tu... heheh...nak 'qada' la konsepnye... puas ati aku.

Kemuncak Aidilfitri ni diadakan di Dewan Besar Toh Puan Rahah, Menara Yayasan Tun Abd Razak yang terletak di Jalan Bukit Bintang, KL. Pening siot nak mencarik tempang. 2 round gak la aku tawaf BB. sbb nak cari lokasi. hehehe..

Bagi ulasan byk² pon tak guna kan sebab event ni pon dah berakhir and topik aku ni just sekadar nak berkongsi cerita je. Bagi aku event ni 'meriah dalam tidak' sebenarnya.. cam ner tu..???

Event ni meriah disebabkan ramainya bintang² AF yang popular telah melibatkan diri. Siapa tak nak menyambut raya bersama artis kesayangan kan..?? tambahan pulak dapat makan satu meja dan bergambar bersama. Tentunya perkara cam ni diimpikan semua org.. tetamu juga dibekalkan dgn satu set goody beg sbg cenderahati selain dapat beramah mesra dgn bintang kesayangan mereka. Tapi...yang jd tak meriahnya bila program ni nampak cam ada yg tak kena, contohnya perjalanan pgrm agak kelam kabut skit. Mungkin sbb kurang persediaan kot. Tu hanya review bg pihak aku.


Apa pon tahniah kepada pihak Maestro kerana telah berjaya melahirkan ramai bintang² baru yg berbakat.

2 comments:

Anonymous said...

sonoknya dia...

Adam Arjuna said...

hehe...
harus la sonok aliya...
especially bila dpt makan banyak²...
ahaha..

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates