Monday, March 16, 2009

Race To Witch Mountain

Sebelum aku mulakan review aku pasal citer ni, mesti org akan mula2 ckp “apa daa…citer budak2 cam ni pon nak layan!” and mungkin jugak ada yg akan berpendapat.. “ni mmg citer2 ko la…citer fantasi, budak2 cenggini..mmg ko suka sgt laa...”

Pada aku...whatever la... aku layan je sumer citer. Even aku ni ada juga favoritism tentang filem2 kegemaran aku, tapi aku still bley adapt dgn citer2 lain. Heavy drama, musical line, comedy, fantasy, action thriller, horror, dairy and bla..bla..bla. sumer aku layan je. Hanya tinggal aku suka or tak je bila dah tgk citer2 tu.

Tapi bila selesai menonton Race To Witch Mountain, dgn beraninya aku bley kasi 3 bintang utk movie ni.

Yup! Betul bila org ckp citer ni kononnya citer budak2 yang tak de motif dan simbolik, tapi jgn amik mudah sgt dgn jalan citernya, sbb bagi aku Race To Witch Mountain ni agak menghiburkan.

Aku suka intro awal kepada permulaaan citer ni yg mengklasifikasi dan memfokuskan perkara yg berkaitan UFO yg sebenarnya membantu penonton utk memahami jalan citer yg berikutnya. Imej2 realistik, kisah2 benar serta berita2 sahih yg pernah mencetuskan kontrovesi dunia tentang UFO atau Unknown Flying Object dilayarkan dgn agak berkesan. Bagi aku yg juga tertarik dgn perkara mistik2 ni menjadikan aku lebih teruja nak menonton apa yg akan dipaparkan seterusnya.

Bila bercakap pasal lakonon lak, mmg aku terhibur dgn karektor yg dibawa oleh Dwayne ’Rock’ Johnson a.k.a The Rock ni. Karektor slumber yang santai dgn selingan lawak slapstik yg agak bersahaja buat menonton terhibur dan enjoy menonton. Tu dari apa yg aku perhatikan bila tgk gelagat penonton semasa menonton citer ni la. Rata-ratanya sumer enjoy and happy dgn setiap watak yg muncul dalam filem ni.

Race To Witch Mountain bagi aku juga mempunyai jalan citer yang ringan, simple dan balance dgn elemen aksi, komedi, sedih, adventure dan fiksyen yang rasanya sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Tak rugi mengeluarkan RM10 utk menonton filem ni kalau ia membawa kepuasan kepada semasa menonton kan? Setiap babak buatkan penonton rasa lebih excited utk ke babak seterusnya kerana itulah antara key factor kepada jalan citer ni.

Erk...!! Kalu dah sumernya cukup..sumernya perfect.. naper tak kasi 5 bintang je kan??? Yup! Even sumer elemen berjaya digabungkan, namun aku tak nafikan kekurangan yg ada pada citer ni. Contohnya perkembangan setiap watak, logik serta kesan khas, dan perkembangan setiap babak dan scene kepada jalan citer filem ni. Dan disebabkan itu aku mengklasifikannya sebagai filem santai yg ringan utk ditonton.

Okey lah.. citer banyak pon guna. Macam aku biasa ckp, setiap org punya pendapat berbeza kan? Nak tau lebih lanjut, better korang gi tonton sendiri dan rasai sendiri adventure yg cuba ditayangkan kepada penonton menerusi Race To Witch Mountain ni. Have fun..and Selamat Menonton!

9 comments:

KeMatZ said...

engkau ni semakin gigih mengreview filem... ko nak ganti zainal alam kadir ke... hehehe... but statement ko yang “apa daa…citer budak2 cam ni pon nak layan!” and mungkin jugak ada yg akan berpendapat.. “ni mmg citer2 ko la…citer fantasi, budak2 cenggini..mmg ko suka sgt laa...”
siapalahh yang cakap tu... adakah orang tu dah cukup tua ke... or erti maksud lain cukup matang ke... hehehehe.... ke perasaan ko ajhe... opss...

waty said...

hehehe...i bagi 5 bintang tau adam...itupun sebab heronyer jer....si The Rock...kwang!kwang!kwang!...lain2 hanya jalan citer yang ringan tetapi enjoy..memang tak rugi gak belanja....

rizz said...

cm best lak tgok the rock ni blkon hahahha

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz:
tu la bro, aku skang ni gila tul asik tgk wayang je! dah tgk gigoh plak nak wat review segala..
terasa gak sgt poyo.. keskeskes!!

apa bley buat? tp tak de la sampai nak jd zainal alam kadir plak!! aku bukan pengulas pelem tegar cam ko! :P

err..pasal soklan ko tuh, actually mmg ada yg pernah ckp kat aku camtu. tp aku tak de hal sbb aku layan je sumer citer..

Adam Arjuna said...

Comment to Waty:

wah cik waty kita nih, 5 bintang utk the rock semata..hebat!! hehe.. tp mmg best watak dia dlm nih, slumber and kelakar.. paling best scene dia ngan si anjing tu masa dlm keta.. keskeskes...

Comment to Rizz:

tgk jgn tak tgk rizz..!
comfirm puas ati.. :P

KeMatZ said...

aku pengulas pelem tegar...
memang tak...
ulas pun tak reti...
ikut suka aku ajhe apa aku nak tulis...

tapi dengan idea ko ni.. maybe ko lehh take over ko kerja zainal alam kadir....

hehehehe wallla.....

Adam Arjuna said...

ko bukan setakat pelem bro, acara, event, function sumer pon ko ulas..
tak tegar ke namanya tuh..? Tegar dowh!!

erkk..idea gapo lak nih..?? tak de nye..aku blom lg smpai ke tahap walla camtu..

aku hanya insan biasa...

eceh...

~~SyuQ Always Smile~~ said...

pedulik apa org kata. yg penting ko layan n enjoy ngn citer2 cam ni. aku pon suka tgk citer2 fantasi. lg ok ko layan citer cam ni dr ko layan citer2 cinta ala fantasi... :-)

Adam Arjuna said...

betul.. betul.. betul..
wah..hebat ko skang ni mengayat kan..:P

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates