Wednesday, March 18, 2009

Sayang You Can Dance


Lagi review filem hasil tontonan aku buat korang sumer yg masih sudi singgah kat @geNda iNsPiRaSi ni. Kali ni review tentang filem tari menari pertama negara kita arahan Bjarne Wong, seorang pengarah independent yg pernah mengarahkan filem Possessed (2006) lakonan model ternama negara kita Amber Chia.

Walaupon dah lebih seminggu citer Sayang You Can Dance (SYCD) ni berada di panggung, namun baru dua ari lepas aku sempat meluangkan masa menonton. Tu pon sbb ada yg sudi ajak aku.. hehe :P Thank you.

Ok! Jom mulakan dgn memberikan bintang pd filem ni! Errkk..!! Berapa nak kasi arr?? Pada yg dah menonton citer ni mungkin ada yg akan kasi 5 bintang or 4..3..or 2.. atau mungkin jugak 1 bintang. Setiap org kan punya pandangan dan persepsi berbeza. Bagi aku lak, mungkin 1.5 bintang yg mampu aku berikan. Sorry :( Ini jujur!

Bukan menyesal menonton, tapi agak kecewa dgn pelbagai sudut filem tersebut yg cuba dipaparkan. Tapi tak la seteruk apa yg aku rasa selepas menonton citer Mendam Berahi beberapa tahun dulu yg mmg aku bley ckp tak layak kasi bintang langsung. Ermmm.. mungkin ada yg akan tertanya, bagaimana aku kasi review dan bintang kepada filem2 tontonan aku kan..? who the hell i am to judge people's product, rite..? but as user, aku berhak menilai kot. Nnt aku citer apa kriteria pemilihan aku ok.

Berbalik pada filem SYCD, apa yg korang rasa selepas menonton citer nih?? Aku.. agak mendukacitakan.. kenapa? Kerana ia tak seperti apa yg aku gambarkan. Yup! aku dah sedia maklum tentang filem ni sebelum aku gi mononton lagi, cuma aku tak expect ia lari dari tanggapan asal aku tentang citer ni. Dah tentu aku tak harapkan SYCD akan menjadi sebaik Step Up or atleast Storm The Yard or paling tidak pon Honey... tapi kepuasan aku menonton citer tak sampai pon 40%. Entah laa...

Sayang..mmg sayang.. bagi aku, jika filem ni dibuat dgn lebih teliti tentu ia akan menjadi sebuah filem yg mampu menjadi buah mulut org utk bercakap especially dari segi jalan cerita dan konsep yg cuba ditampilkan. Namun, ia agak hampa kerana perkara2 tersebut tidak dilayarkan dgn baik.

Jalan cerita yg sgt longgar, karektor dan watak yg amat rapuh, skrip yg kurang teguh dan plot serta kesinambungan cerita yg tidak disusun kemas mencacatkan lagi perjalanan citer Sayang You Can Dance ni. Aku tahu byk muka² serta bakat² baru yg cuba dicungkil melalui filem ni, namun ia tidak digarap dgn baik sehingga kemunculan bakat2 ini seakan tidak memberi kesan mendalam kepada penonton. Tu apa yg aku rasa.

Tujuan utama serta mesej yg ada dlm filem ni pon tidak dilayarkan dgn baik. Ada babak kelihatan tergantung di pertengahan cerita. Ada yg kurang jelas serta ada yang seperti tiada maksud dan kelihatan sgt bersahaja.

Sharifah Amani dan Samuel Rizal yg dianggap sbg pelakon berbakat utk menjadi pelapis kepada hero-heroin sedia ada jugak kelihatan gagal mempamerkan lakonan yg baik. Agak kaku dan kurang memberikan impak kepada hasil lakonan mereka kali ni. Mungkin watak yg perlu seiring dgn dialog tu buat lakonan diorg tampak kurang memberi kesan kepada penonton. Itu pendapat aku.

Namun, aku respek dan puji dgn semangat Bjarne Wong kerana cuba membuat kalainan dari segi konsep dan perjalanan cerita di dalam dunia perfileman tempatan di samping berani mempertaruhkan bakat² baru di dalam filem ni. Mungkin ini akan menjadi permulaan kepada sebuah perubahan. Pujian jugak harus diberikan kepada Samuel Rizal dgn aksi gerak tarinya yg juga boleh dibanggakan selain Alam dan Azim yg lincah dlm menghidupkan jalan cerita sbnr Sayang You Can Dance ini. Di samping tu, lagu² soundtrack yg diputarkan mengiringi perjalanan filem ini sepanjang ia ditayangkan juga boleh dikatakan baik dan sedap didengar. Bravo!!

Buat peminat filem tempatan, masih blom terlambat utk korng menonton filem ni di pawagam. Mungkin korang punya pendapat berbeza dari apa yg aku huraikan kat sini kan. Okey lah.. selamat menonton dan terima kasih sbb sudi membawa..hehe :P

P/S: Sayang, i cannot dance lorrr... :P

13 comments:

KeMatZ said...

Finally ko gi gak nengok...
so kesian kan...

hemmmm....

kesian kat Amani aku...

farish izaryl @izreez said...

hehe bese2 jerr cte ni x marvelous cm step up kannn

♥Syamelia♥ said...

Well, no comment la abt the film...
The only reason i support this movie, is bcoz u know who la kn...
Dia simple n straight 4ward la...

ps : yup! i also cannot dance lorr...

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz:

as i promised u earlier la bro, selagi tak tgk aku tak leh nak komen aper.. dah tgk bru leh review.
now, here is it!!


Comment to Rizz:

Step Up the best la rizz but, yg part 01 la..part 02 hampeh gak..bosan!!


Comment to Syamelia:

Yup!! i know who u refer to.
becuase of the simpleness and to much straight foward buat filem ni mcm ada kureng..
as for me la..

p/s: but i know how to dance poco-poco!! :P

Edzlin said...

tgk filem ni sebab dafi je. jalan cite longgar, tp seronok tgk part menari. dan jg dafi. (haissh...yg ni takleh tinggal)

KeMatZ said...

Adam... bila ko nak ajar aku POCO POCO...

Aku macam ada ajhe simpan video poco poco ko...

wakakka

Anonymous said...

how bout hip hop?

fushairie said...

tetiba aku terbatok bile baca review kali ni...
terasa mcm aku lak yg ngajak ko tgk filem kesukaan pengarahnye sorang2..
apa pun...black list.
heheh...

p/s: next nk tgk citer pe plak wei?

Adam Arjuna said...

Comment to Edzlin:

betul tu kan..jalan citer yg agak longgar smpai jd kureng menariks..
and i'm very very very sure, kebanyakkan org yg gi menonton filem ni sumer pon sbb bintang kesayangan mereka berlakon..kan..?

Comment to Kematz:

sblm tu, jgn coba lari topik!! :P
ko bukan dah pakar ke tarian POCO POCO..? slalu dok menarik ngan nadia je aku tgk dlm TV *wink
err...video apakah..??

Adam Arjuna said...

Comment to Anonymous:

hip hop??
think about it first!!
later i'll inform u..
huhu!!

Comment to Fushairie:

terbatok ker? gi cepat2 dptkan ubat batuk cap ibu dan anak. ke saja nak batuk sbb nak amik alasan utk MC...hehe
black list eyh? tp tetap gigih mengajak kan...

next? dont know yet!

KeMatZ said...

hahahha... bila plak aku
berpoco poco ngan dik nadia tu...
ada bukti...

kalau kau ye.. memang aku ada video itu...

hahahaha... nantikan di YOUTUBE....

jejaka anggun said...

inilah bahananya kalo filem kita nak meniru wajah orang lain....

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz:

aiyoo bro, ko ni tak abis² nak ugut aku gan video kat youtube kan..
ko igt aku ni artis, buat benda terlarang pastu publish kat mata umum..heheh :P x bley blah ok!


Comment to Jejaka Anggun:

err..encik jejaka anggung, ada nama yg lebih ringkas tak utk di taip.. hehe..
apa pon sokong ngan statement encik itu. lebih tonjolkan identiti sendiri kan, tak perlu meniru.

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates