Thursday, March 19, 2009

Tok Janggut, Abang Misai

Pernah tgk citer Musang Berjanggut tak? Best kan citer tu?.. Karektor P Ramlee sbg seorang anak raja dgn imej berjangut dan berjambang mengembara mencari calon permaisurinya. Akhirnya bertemu seorg gadis kampung yg cerdik dan bijaksana. Wah..!! Ada lagi ke anak raja skang sanggup wat cenggitu demi utk mencari bintang pojaan hati kan??

Tu pasal musang berjanggut, ni lak citer pasal watak Sarjan Misai dlm drama gerak khas. Saper suka tgk misai si sarjan ni? Nampak garang semacam je kan dgn misai tebal melentik dia tu? Memang sesuai la ngan watak dia sbg polis. Misai dia je dah tunjuk karektor dia melalui watak dalam drama tu. Gerun!!!

Bila dok cakap pasal janggut dan misai ni, setelah dikaji, digali dan dikemaskini datanya.. banyak gak maksud tersirat dan tersurat yg terkandung padanya especially bila melibatkan diri seorang lelaki. Tentu lah lelaki, kalu pompuan plak yang bermisai dan berjanggut ni, tak tercapai la akal den ni ha nak bayangkan! Silap aribulan, tak kenal mana satu laki, mana satu pompuan. Dah la zaman skang sumer org pon dah ala2 transformer.. bley ubah ikut suka.. hehe **wink!



Orang tua² slalu ckp, "hang ni..dah besaq panjang, dah berjanggut bermisai segala pon perangai mcm budak².. dok layan pokemon..bla..bla.." Selalunya kalu diorg ni ckp cam ni bermaksud si insan yg bernama lelaki ni patut kena lebih matang dan matured..bukan asik nak berlagak macho je, tapi perangai hadooo..

Bagi sesetengah lelaki, janggut and misai ni dah mcm lambang kemegahan dan kemachoan la konsepnyer. Bila ada janggut skit, ada misai skit konon terserlah la kelakiannya tu..kata org la.. Sebabnya, tak semua laki ada pertumbuhan janggut dan misai ni. Ada jugak yg tumbuh mcm segan² jer.. jarang² dan tak sekata. Lebih elok tak der dari ada tapi bley bilang ngan jari je berapa kerat kan.. hehe :P

Pernah gak aku dgr ada pendapat mengatakan mempunyai jangut dan misai ni kononnya ikut sunnah nabi. Errkk!! tul ke?? ntah la..mungkin betul! Tapi aku sendiri tak berapa pasti la pasal hukum hakam ni. Kalu bab² ni sumer nak ikut sunnah kan..cuba kalu pasal sembahyang.. SMI la jawabnyer..(terkena batang idung sendiri..padan muka aku!!...)

Ada janggut, ada misai tapi tak pandai nak trim..tak pandai nak jaga pon masalah jugak. Lebih baik cukur licin je kan daripada tumbuh sampai dah macam hutan belantara. Pernah tgk sejenis tumbuhan bernama Pokok Janggut?? Berjela panjang tumbuh melata dan serabut. Mcm tu la jugak janggut dan misai kita ni kalu tak dijaga rapi. Susah plak nnt nak bezakan yg mana janggut dan yg mana satu rumput. Keskeskes..


Janggut dan misai ni pulak ada yg mcm² betuk. Ada org suka simpan seciput je janggut kat bwh bibir utk nampak lebih manis kononnya.. Ada yg suka janggut kat bahagian dagu. Ada pulak yg suka simpan janggut sampai jd jambang supaya terserlah imej maskulin diri tuh.. ada org tak suka janggut tapi suka simpan misai atau kumis (sama jerr..) Susah la nak klasifikasikan benda² ni sbb setiap org ada minat berbeza. Sifat² ni jugak subjektif dilihat dari pandangan mata perempuan. Ada perempuan suka lelaki berjanggut dan bermisai, tapi ada juga tak suka..geli katanya. huhuhu..

Namun lelaki sendiri pon ada yang punya pendapat sedemikian. Even dilahirkan sebagai lelaki yg otomatiknya punyai hormon yg boleh menggalakkan pertumbuhan janggut dan misai ni, masih juga ada segelintir yg kurang gemar memilikinya. Ada yg lebih suka wajah tu bersih berseri tanpa janggut atau pon misai. May be nak nampak cute or maintain comel kot..(errk...lelaki + comel = no komen!!) atau nak kelihatan lebih muda..kononnya...


Bagi aku..semua tu terpulang pd dirikan la kan. Aku sendiri pon kadang rimas gak ngan janggut and misai nih. Kadang botak licin gak aku shave! hehe.. And kalu nak nampak kelainan pd wajah ku yg tak ensem nih, mula la aku mengekperimentasikan wajah ni. Macam chipsmore gak la, kejap ada kejap tak der..


P/S: Dolu² masa zaman sekolah, susah tul nak tumbuh misai atau janggut. Ikut tips kawan beli 'minyak born' and sapu kat dagu, and 'side burn' kononnya utk lebatkan janggut dan jambang.. keskeskes.. Tanya kat kedai gunting rambut mamak, diorg ckp tu genetik la bangang!!!

8 comments:

rizz said...

ha ah adam..mmg genetik pon huhuu...rizz pnh simpan misai je.pnh jggut je n then pnh dua2.. tp skang plih shave sume sbb nmpk lg muda kot hahhakk

KeMatZ said...

wakakak... topic ko menarik...

tu lahh time tak ada nak.. bila dah ada malas nak jaga... last last serabut.. macam orang mati bini...

wakakakka....

Adam Arjuna said...

Comment to Rizz:

wah rizz, nak nampak muda katanya.. mcm dah tua sgt je kan. kekekekee... x pe, sesekali kali berubah pon bagus gak kan..

Comment to kematz:

bro, saja je sesekali nak buat topis pasal isu lelaki nih.. :P
btw, kadang rasa best gak bila ada janggut n misai ni, nampak mcm 'abg²' skit kan..ekekeke.. (statement poyo!!)
tp tu la, susah nak jaga. tu yg serabut mcm mati bini tuh!!

p/s: guna Gillette utk cukuran lebih rapi dan lebih kemas.. :P

voice2...u said...

emm.. sebut pasal janggut misai ni... aku ni jenis yg mmg wajib tuk shave every morning.. kalu x macam mati bini (as u mention above).... dah cam bangla PATI pun ada gak... ohhh tidak..

aku ni kalu org yg urus janggut ngan misai..mmg aku setuju..tp fail bila tiba2 ada seurat dua bulu hidung terkeluar...huh.. mmg aku pantang.... geram je aku nak suruh org tu cabut je.. mencacatkan pandangan, tambah2 nak bercakap ngannya (beliau) tertengok hidung tu je.....

so... senang kata, semua bulu n rerambut kena la jaga elok2...

Farazila said...

erm..
nk tgk la pic adam bermisai or berjanggut...plizzzzzz

Adam Arjuna said...

Comment to Voice2u:

ahahaha...
kelakar la statement2 ko tu bro! wakaka..tapi mmg aku setuju la ngan pendapat2 ko tuh.
apa pon sumer kena jaga..
tkalu tak jaga tu yg sumer menebal mcm hutan belantara..tak pon mcm BANGLA PATI yg ko cakap tu..
kalu ensem cam diorg tak pe la gak kan..?? hehehe..


Comment to Farahzila:

nak tgk pic adam?? aik, kalu tak tgk pic pon kan lilo pernah tgk era adam bermisai, berjanggut or even shave pon kan.. sumer dah pernah..
kalu rasa nak tgk gak, rasanya ada beberapa pic kat slide adam kat atas nun..sumer ada...ehehe.. :P

Adam Arjuna said...
This comment has been removed by the author.
日月神教-向左使 said...

ssd固態硬碟 外接式硬碟 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 External Storage Solid State Drives 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 記憶體 情趣用品 USB Flash Drives Memory Cards 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 SD記憶卡 隨身碟 高雄當舖 高雄汽車借款 高雄機車借款 高雄房屋二胎貸款 高雄汽機車免留車 花蓮民宿 SD記憶卡 高雄汽機車免留車

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates