Saturday, March 28, 2009

Talentime


Di negara kita ni, bukan mudah nak mencari sebuah filem tempatan yg betul² memenuhi kehendak dan citarasa masyarakat kita. Apatah lagi nak menacri sebuah filem berkualiti dari segi penceritaan, mainan emosi dan perasaan, humor serta yg sarat dengan mesej² berat.

TALENTIME = SEBUAH KARYA BRILLIANT!

Tak keterlaluan rasanya kalu aku nak kasi 4 bintang utk filem ni. Kenapa? Jom kita rungkaikan!

Sinopsis cerita yg tampak mudah dan ringan, namun punyai 1001 maksud tersirat. Itulah Talentime, filem terbaru sentuhan pengarah wanita yg penuh kreatif, Yasmin Ahmad.

Sejak awal kemunculan Yasmin di arena perfileman tempatan kerap kali mengundang buah mulut dan kontrovesi dalam setiap hasil yg cuba dilayarkan. Kononnya tak menepati dan melambangkan budaya masyarakat kita. Bermula dgn Rabun (2003), Sepet (2004), Gubra (2006), Muhkhsin (2006), dan Muallaf (2008).. semuanya terkena badi yg hampir sama, akan tetapi tetap diiktiraf di peringkat luar. Adakah Talentime juga bakal menerima nasib sebegitu?

Aku melihat Talentime sebagai sebuah karya yg bijak dan bermutu terutama dari segi naratif, jalan cerita, plot, penggabungan watak serta elemen² lain seperti mesej, humor yg cuba diselitkan dan lain². Tak lari dari bench-line asal karya sentuhan Yasmin yg tetap menekakan konsep sebenar cara hidup masyarakat kita yg selama ini jarang dilihat melalui filem² komersil yg dah sedia ada di negara ini.

Filem yg antaranya berkisarkan tentang percintaan alam remaja dua insan berlainan agama serta cara hidup dan digabungkan juga dgn elemen persepsi skeptikal masyarakat masa kini yg masih agak conservative terutama dari segi perkahwinan campur, pandangan dan persaingan dalam hidup, cemburu, sifat perkauman serta keterbukaan hati dalam menerima segalanya yang telah ditakdirkan. Normal hidup.. jika diri melayu, anda harus berkahwin dgn melayu.. di sekolah, jika anda seorang yg pandai, tak perlu ada yg lebih bijak dari anda.. melayu, cina dan india tak boleh hidup dalam bumbung yg sama. Dari segi pemahaman aku, itu yg terpancar melalui Talentime.

Skrip dan pengucapan dialog yg bersahaja dalam setiap watak buatkan Talentime nampak lebih natural kerana mmg itu yg cuba diadaptasikan supaya ianya lebih memberi kesan kepada penonton. Sisi² humor dan sedih digabungkan dengan baik dan mampu membawa penonton merasai sendiri apa yg cuba diperlihatkan melalui watak² yg dimainkan. Tahniah Yasmin!

Jika dilihat secara rambangnya, ia seakan sebuah filem berat yg memerlukan konfrantasi antara minda dan jiwa untuk memahami segalanya yg cuba dilayarkan. Namun, ia tidaklah seberat itu. Cerita yang amat mudah dan ringan utk dinilai serta mesej² dapat ditangkap dgn agak mudah. Hanya dgn menjawab, kenapa kita terlalu conservative tentang byk perkara?

Dari segi lakonan, personally bagi aku Yasmin bijak dalam melahirkan bakat² baru yg berpotensi besar sbg pelakon especially dari segi penghayatan watak yg penuh jiwa, mainan serta ekspresi wajah dan perasaan yg mampu membawa maksud tersirat dan pembawakan karektor yg nampak wujud dalam membantu menghidupkan jalan cerita ini walaupon pada dasarnya hanya sekadar muncul utk babak ringan dan tempelan. Ini dah terbukti melalui Syafie Naswip, aktor ramaja yg kian mendapat tempat di industri ini setelah muncul pertama kali melalui Mukhsin. Tak mustahil jika ramai lagi yg akan muncul sbg pelakon pelapis jika betul bakat mereka digilap sebaiknya seperti contoh Pamela Chong, Howard Hong Ko Hoe, Mahesh Jugal Kishore, Elza dan tak ketinggalan Jaclyn Victor.

Untuk sebuah filem tempatan yg tak memerlukan pengguna teknik CGI dan animasi canggih utk ditonjolkan, Talentime yang juga telah dinominasikan utk meraih SIGNIS Award di 33rd Hong Kong International Film Festival, boleh dikatakan sebuah filem yg baik dan berkualiti. Kredit juga diberikan kepada skor muzik yg terkandung di dlm filem ni kerana berjaya mendatangkan mood kepada penonton melalui lagu² yg diperdengarkan. Sangat indah! Letak saja ke tepi setiap perkara² lemah dan remeh yg mungkin wujud dalam filem ini kerana elemen lain yg postif lebih tampak jelas di dalamnya. Itu pasti!

Filem kita, Wajah Kita!

Selamat Menonton :)

12 comments:

rizz said...

wahh tringin nk tgok cte ni..huhuuu mesti mnarik knnnn:)

Adam Arjuna said...

tgk rizz, jgn tak tgk!
sure ko puas ati..
hopefully citer ni menepati citarasa ko la kan..

apa pon aku rasa ia cukup baik!!

fushairie said...

it is..!!

KeMatZ said...

ya citer Yasmin Ahmad jarang mengecewakan aku....

still tak sabar bila MUALAF nak ditayangkan di MALAYSIA....

edzlin007 said...

mmg best sangat filem talentime ni. saya sangat suka. byk jg politik kita yg ada dalamnya, cuma antara kita sedar atau tidak di sebalik yg berlaku dalam talentime.

akan tgk lagi buat kali kedua. :)

Mazwani 'Nafty' Ayu Binti Mazlan said...

Ulasan dah macam hasil tulisan wartawan dah ni.

zool said...

Entahlah setakat ni tak berminat plak nak tengok

Adam Arjuna said...

Comment to Fushairie and Kematz:

yup!
aku setuju. dan talentime dah berjaya membuktikan yg filem yasmin adalah baik.

isu MUALAF? selagi masyarakat kita masih conservative, mungkin slama tu kot MUALAF tak ditayangkan di Malaysia ni..

so sedih kan..kita tunggu je la!


Comment to edzlin:

wah nak tgk kali kedua! ahah.. sama la..
kata org, sometimes less is more kan? tu gak yg kita bley dpt menerusi Talentime kan.
tak perlu ada efek yg canggih utk buat filem tu jd terbaik..tul tak?

dlm masyarakat harian kita ni, mmg byk sgt politik..bukan saja kat tempat keje, sekolag pon sama.. tu la norma kehidupan..

wah ayat!!

Adam Arjuna said...

Comment to Nafty:

keskeskes..
review poyo kan?
ayat yg sgt tak bley blah! hehe:P
bukan senang ko nak dgr aku guna bahasa2 cenggini masa sembang kan.. hehe


Comment to Zool:

btw, terima kasih sbb drop by kat sini..singgah la slalu..:P
ermm..tak kisah la ko nak tgk ke tak, tp aku rasa tak rugi sbb dlm citer sumer berkaitan ngan kehidupan masyarakat kita skang.
cuma kita je buat donno..
tp, terpulang la kang.. tak semua yg kita suka org pon akan suka..

have a good day bro..

tenkiu skali lagi.

fadz said...

slm, sedar blog ni wujud dgn yoyooh, syabas! dan rebiu pun bagus (walaupun bukan sepenuhnya filem), aku perlu rebiu nanti utk blogger filem canak naik.

soalan: apa signifikan 7-8 bayi kat padang?

fadz said...

bahasa salah: blogger filem mencanak naik, iaitu engkau..

fadz said...

soalan 7-8 bayi itu aku tanya kau lah, sebab rebiu kau ttg talentime kan mengancam.. so aku nak tahu jika kau dapat tangkap kepada ada bayi2 yg tiba2 ada dlm babak tu.

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates