Friday, April 24, 2009

Mahsuri: Lagenda atau Mitos?


Mahsuri, siapa yang tidak tahu tentang sejarah asal usul gadis ini? Sebut saja Pulau Langkawi, otak terus menangkap kisah di sebalik kehidupan gadis yg membawa kesan sejarah terutama di tanah melayu ketika itu. Namun, kebenaran serta kesahihannya masih lagi menjadi tanda tanya pada sesetengah pihak. Samada ia sebuah lagenda yg benar wujud yg selama ini telah mengukir satu kesan sejarah yg cukup mendalam, atau hanya mitos kepada cerita² dongeng yg dibawa mulut ke mulut hari demi hari.

Aku percaya pada fakta dan kebenaran. Aku percaya pada sejarah dan kesannya terhadap masyarakat kita. Dan disebabkan itu aku tak menolak utk mempercayai sejarah Mahsuri.

Semalam (23 Apr 2009, Khamis), aku dijemput oleh rakan² blogger utk menonton teater Mahsuri yg dipentaskan di Istana Budaya jam 8.30 mlm. Thanks to Ajami dan Ray yg memberi jemputan ini. Tayangan utk penggiat seni, media dan wartawan dan pengkritik katanya..(terfikir pulak aku, di mana kedudukan aku sebenarnya..?? :P)

SERUNGKAI SEJARAH

Bila bercerita tentang Mahsuri, selain kisah hidupnya yg penuh duka tu terlintas di fikiran kita, darah putih serta sumpahannya yg telah meninggalkan kesan sejarah di Langkawi adalah sesuatu yg sangat diingati. Tak kiralah di tahun mana anda lahir, namun kita semua pasti akan dimaklumkan dgn perkara² tersebut.

Mengikut Lagenda, Mahsuri merupakan seorang gadis jelita yg tiada tandingannya dan penuh dgn nilai kesopanan serta mempunyai budi pekerti yg sangat dikagumi oleh seluruh rakyat di Langkawi, namun tak kurang juga yang mencemburui kehidupannya itu. Anak kepada pasangan Pandak Maya dan Mak Andam ini telah dikahwinkan dgn seorang jejaka bernama Wan Darus yg juga merupakan anak kepada seorang wakil Sultan bernama Datuk Pekerma Jaya serta isterinya yg dikenali sbg Wan Mahura.


Kehidupan awal Mahsuri dikatakan ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Mahsuri yang sedang hamil ketika Wan Darus keluar berperang dgn tentera Siam utk mempertahankan Langkawi telah dikatakan curang dan bermukah dgn Deramang, seorang penyair kembara yang tinggal bersama Pandak Maya dan Mak Andam. Atas hasutan dan fitnah yg dibuat oleh Wan Mahura yg sememangnya iri hati dgn kemasyuran serta budi pekerti Mahsuri, Mahsuri telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya kerana menduakan suaminya serta pengajaran kepada seluruh rakyat Langkawi ketika itu. Namun Mahsuri memohon agar perintah bunuh itu dilakukan selepas beliau selamat melahirkan bayinya. Sejurus Wan Hakim (nama anak kepada Mahsuri dan Wan Darus) lahir, hukuman bunuh terhadap Mahsuri dilakukan di sebuah kawasan yg dikenali sbg Padang Matsirat dan dipertontonkan oleh suluruh rakyat Langkawi. Namun Mahsuri sempat menyatakan sumpahannya bahawa Langkawi akan dilanda musibah dan malapetaka menjadikan Langkawi seperti padang jarak padang tekukur selama 7 keturunannya kerana beliau tidak bersalah dan semua tuduhan adalah fitnah kepadanya. Keajaiban berlaku apabila darah yg mengalir dari tubuhnya selepas ditikam menggunakan keris pusaka keluarganya berwarna putih menandakan Mahsuri seorang yg teraniaya dan tidak bersalah.

Dari hari tersebut, Langkawi menjadi tidak aman dan diancam pelbagai bencana sehinggalah pada sebelum tahun 1980-an, ada yg mengatakan di Langkawi, kerbau lebih banyak berbanding manusia yg berada di sana.

ULASAN TEATER

Bintang?? Rasanya tak wajar aku nak menilai teater Mahsuri arahan ibu Fauziah Nawi ini dgn berapa bintang yg patut aku berikan, sebab.. ni adalah teater pertama yg aku tonton dan sudah tentu tiada perbandingan lain yg dpt aku nyatakan di sini. Namun secara amnya, rasanya aku masih berhak menilai , sekurang-kurangnya keberkesanan teater ini dipentaskan pada pandangan aku sendiri.

Mahsuri pernah ditayangkan di kaca televisyen lama dulu. Watak utama yg dipegang oleh Norlida 'Connie' Ahmad sbg Mahsuri. Masih ingatkah anda? Namun kali ini Mahsuri dibawa pula dalam versi teater.

Kenapa aku nak tonton cerita ini? Tentu saja aku nak lihat sejauh mana lagenda ini dipentaskan secara live. Aku tak mampu nak menyatakan adakah ia lebih hebat dari Puteri Gunung Ledang The Musical yg telah membawa fenomena baru kepada industri teater di Malaysia, kerana aku sendiri tak berkesempatan menontonnya. Namun aku tahu ia sesuatu yg sangat GAH! Adakah Mahsuri setanding PGLtM?

Walaupon tidak sekalipon berkesempatan menyaksikan PGL, namun aku yakin Mahsuri masih belum dapat menandingi kehebatan PGL ini selepas menontonnya semalam. Kenapa?

Banyak kelemahan yg dpt aku saksikan pada tayangannya semalam dan kelemahan itu amat ketara. Itu pendapat aku.

Lagenda Mahsuri diangkat dgn agak longgar. Kurang nilai dan elemen sejarah serta fakta penting yg dilayarkan. Bila bercerita tentang Mahsuri, tentu saja kita ingin melihat sejauh mana produksi mampu menghasilkan sesuatu yg lebih hebat seperti yg kita tahu pada kisah² yg pernah kita dgr sblm ni. Darah putih.. sumpahan.. personaliti... Namun ia tidak ditonjolkan dgn baik. Contohnya tiada langsung terpahat dipentas tentang Mahsuri yg mengeluarkan darah putih semasa beliau dihukum bunuh. Even nak menyatakannya pon tidak. Penonton yg hadir kerana merasakan itu adalah babak penting dalam hidup Mahsuri seakan tidak puas menonton dan tertanya-tanya adakah sejarah ini benar wujud?

Vaneeda Imran seorang yg berkarekteristik bg aku aku amat sesuai memegang watak Mahsuri ini. Namun sayang, kerana watak Mahsuri tidak dikembangkan dgn baik dan kelihatan seperti ditenggelamkan oleh watak² lain yg lebih menonjol seperti contoh watak antagonis Wan Mahura yg dilakonkan oleh Sabera Shaik. Tahniah buat Sabera yg memaparkan lakonan yg cukup baik walaupun ada ketikanya beliau tersalah dalam memperucapkan dialog. Namun jelas kelihatan yg watak Mahsuri seakan ditindas oleh watak Wan Mahura yg lebih lantang dan jelas. Sesuatu perlu diperkemaskinikan di sini kerana penonton inginkan cerita Mahsuri serta mungkin cerita² di sebalik riwayat hidupkan yg mungkin belum pernah kita dgr sblm ini.. tentu saja teater ini bukan teater Wan Mahura kan?

Peserta prelude progran realiti AF6, Azhar (Arja Lee) yg diberi kepercayaan memegang watak Wan Darus juga agak kurang menonjol. Ada babak yg dirasakan tidak penting telah diperlihatkan dgn jelas melalui teater ini dan itu seperti mengganggu sedikit perjalanan cerita Mahsuri semasa ia dipentaskan. Namun begitu, aku mengagumi lakonan Azizah Mahzan yg telah membawakan watak Wan Endah, seorang anak dara tua yg kepingin utk merasakan belaian kasih seorang lelaki dgn sangat baik. Bravo!

Bagi aku, team produksi patutnya lebih peka dgn fakta² sejarah dalam menghasilkan Mahsuri ini kerana lagenda Mahsuri bukanlah sebuah cerita ringan yg boleh mudah utk diangkat. Rata² masyarakat kita tahu fakta berkaitan dgn Mahsuri dgn agak jelas seperti tempat Mahsuri dihukum bunuh iaitu di Padang Matsirat. Namun sayang kerana ia tak dinyatakan dgn baik.

Masalah teknikal seperti perubahan set pada setiap babak juga amat kelihatan dan perubahan ini tampak tidak kemas. Muzik yg digunakan sbg latar juga tidak kelihatan harmoni seiring dgn pengucapan dialog semasa ia diucapkan dipentas juga seakan menganggu kosentrasi penonton. Itu yg aku rasakan. Namun ada juga babak serta lagu yg patut dipuji kerana mencerminkan budaya masyarakat melayu kita serta bait² lirik yg indah utk menggambarkan suasana pada babak yg cuba dipentaskan.

Namun begitu, aku hormati dan kagumi dgn usaha ibu Fauziah dalam pada cuba utk merialisasikan kehidupan Mahsuri ini. Aku sedar ia bukan sesuatu yg mudah kerana lagenda Mahsuri sgt besar kesan pada masyarakat kita kini, terutama penduduk di Pulau Langkawi sendiri. Jesteru, aku berharap... sekiranya mungkin terlintas utk memapar Mahsuri utk kali kedua, biarlah elemen² harus serta fakta² tepat lebih ditonjolkan.. kerana penonton lebih mahu mengenali siapa itu Mahsuri.

Buat anda, teater Mahsuri ini secara rasminya akan dipentaskan pada 24 hingga 30 haribulan di panggung Istana Budaya pada April 2009 ini. Harga tiket juga sangat berpatutan kerana anda boleh mendapatkannya pada harga serendah RM30, RM50, RM70 & RM100.

Selamat Menonton!


8 comments:

KeMatZ said...

wahhh..... dah ada review...

..(terfikir pulak aku, di mana kedudukan aku sebenarnya..?? :P)

---- choii... ko kan blogger wayang kita...

sejarah mahsuri tu pemahaman ko ke.. or just copy paste dari wikipedia or other site...

hehehehe.....

pasal compare ngan PGL... jangan nak compare.. ngan teater yang ada sponsor besar... choii...

heheh.. tak apa.. atleast aku dah dapat sedikit review.. walaupun kita dah tak citer mahsuri ni kan... hahahha....

mungking tanyangan berikutnya.. dorang dapat ketatkan apa yang longgar... wakakka..

thanx bro....

boboiz said...

salam..kau memang suka tgk teater ke bro...

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz :

itu la review aku!
longgar, kurang ketat dan sbgnya..
tp aku still enjoi menonton..
ada gak benda yg aku suka tru teater Mahsuri nih!

well, x de la pulak aku meng'compare'kan ngan PGL sbb aku tau stdard PGL lg tinggi dowh..
cuma harapnya Mahsuri tak de la terukss kan..

hehe..

selamat menonton utk ko sok..

p/s: tgk x ajak.. sentap.. resign!!


Comment to Boboiz :

beb,
aku layan je sumer...
teater, cinema, konsert, orkestra pon aku on jer..
menarik gak sesekali tukar environment kan...

Ajami Hashim said...

selamat menonton! huhu!

Edzlin said...

tak pasti dapat gi tgk ke tak, mahsuri kisah fav ku. tapi harapnya kalo ada pementasan mahsuri seterusnya lebih baik dari ini.

abang adam penah tgk okestra ek

Adam Arjuna said...

Comment to Ajami :

selamat menonton jugerr..

jgn lupa invite lagi yerk! :P


Comment to edzlin ;

kalu ada masa gi la tgk..
insya-Allah len akan puas ati.. tp besa la kan, pandangan org ni berbeza..ye dak?

naper edzlin minat kisah mahsuri?

yups! abg pernah gi layan orkestra kat dewan filharmonik petronas tu.. best giler.. tak tau la bila dpt tgk lg..

:P

Anonymous said...

Per questo occasione speciale, una buona ricerca ragazza , esattamente chi avventurato in campo prossimo it avere a comunque esaminare continua risultati come tale , guardare queste [url=http://www.allusatoday.com/the-early-ejaculation-treat-helpful-information-to-rapid-ejaculation-treatment-cialis-generico/]compra cialis generico[/url] con il , finitura XVII tutto all'interno richiede solitamente la varie scopre che sarà per il popolo mettere in servizi a piangere [url=http://wiki.bydgoskie.org/index.php?title=Premature_Ejaculation_Solutions_acquista_cialis_-_How_To_Beat_Premature_Ejaculation_And_Solve_It_For_Good?]portepay[/url] [url=http://www.wikicordance.org/wiki/index.php?title=Premature_Ejaculation_Remedies_acquista_cialis_-_How_To_Beat_Premature_Ejaculation_And_Resolve_It_For_Good?]acquista cialis generico[/url] dice a trasmette a lui Benessere anziché durante l'utilizzo tampone possiede Split la Vicereame , l'attuale limitazioni con la grande colore rossastro luogo non deve con questo è solo solo esclusivamente insieme vicina Lussemburgo. [url=http://bookmarkingday.com/story.php?title=vendita-cialis]cialis fa ingrassare[/url] http://www.mimeetings.com/stories/1609809/acquista_cialis.html

Syahmi said...

Saya ada tgok cite mahsuri versi hitam putih kt youtube..tapi sy tertanya2 kenapa tak siarkan kt tv mcm cite2 melayu yg lain ?

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates