Wednesday, April 29, 2009

Sell Out! - It's hilarious


Sell Out! Tu la judul movie terbaru yg dah aku saksikan. Honestly, before this i got zero idea about this film. Try google pon tak jumpa sgt info pasal film ni. Being invited by Mr. Ajami masa prebiu teater Mahsuri minggu lepas utk menyaksikan tayangan pra-tonton Sell Out ni buat aku terus setuju tanpa amik tau pon citer pasal aper.

Tapi lepas menontonnya, i wanted to give 4 stars out 5 utk Sell Out ni. Yupz! seriously citer mmg best bagi aku.

Sell Out merupakan filem bergenre komedi yg bagi aku sgt lain dari yg lain. Elemen humor + sarcastic yg melampau dlm filem buat boleh buatkan korang tak kering gusi dgn karektor slumber setiap watak yg ditonjolkan. Filem yg telah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa seperti Young Cinema Award for Alternative Vision in Venice Film Festival, NETPAC Award in Taipei Golden Horse Film Festival and also Best Film of the Venice Critics Weeks 2008 merupakan filem hasil tempatan sepenuhnya. Tahniah kepada Yeo Joon Han yg merupakan pengarah kepada movie ni.


Nilai estetika masyarakat tempatan especially utk mencapai sesuatu yg sgt diharapkan dlm memastikan diri berjaya dlm bidang yg diceburi ditonjolkan jelas melalui Sell Out. Sama ada anda perlu merancang perjalanan career anda utk berjaya, bersaing tanpa mempedulikan org lain atau terpaksa mengikut telunjuk dan perintah orang lain utk pastikan anda berjaya adalah antara mesej yg aku dpt selepas menonton filem ini.

Konsep perjalanan cerita serta naratif filem yg berbeza dari filem² tempatan yg pernah wujud sblm ni menjadikan Sell Out tidak bosan ditonton. Ia bukan filem muzikal, tp penonton akan dihiburkan dgn selingan babak² muzikal menggambarkan perjalanan cerita pada waktu itu. Ala² mcm teater laa..(huh!! padahal baru je skali tgk teater.. :P) Paling tak sangka bila dimuatkan pulak babak karaoke yg boleh buatkan penonton menyanyi sendiri dalam pada cuma menyampaikan cerita di sebalik babak tersebut. Memang lain!

Filem yg berdurasi selama 110 minit ini merupakan filem berbahasa Manglish, dan terdapat juga bahasa Mandarin, Cantonese dan English. Jadi tak sukar utk penonton memahami jalan cerita tersebut tambahan pulak slang yg digunakan adalah slang masyarakat di Malaysia. Jarang kita dpt lihat filem² yg mengetahkan budaya sarcastic di dalam sesebuah penceritaan melalui filem, tp Sell Out adalah satu di antaranya. Terhibur dgn dialog² slumber yg boleh mengundang gelak tawa penonton sehingga kadang boleh jdkan kita terfikir apakah motif di sebalik babak ini dan itu. Padahal dlm kehidupan seharian kita mmg begitu. Itu apa yg aku nampak melalui Sell Out. Bukan elemen komedi kosong yg cuba dilayarkan, tapi isu terkini di Malaysia seperti isu tentang rancangan realiti, sms utk mengaut keuntungaan serta suka mencari publisiti murahan dalam menaikkan nama dan diri sendiri antara penguat cerita ini. Kita juga boleh saksikan betapa bahasa memainkan peranan yg penting di dalam sesebuah masyarakat dan bagaimana kita menerima seseorang yg datang dari pelbagai budaya. Aku memang enjoy!

Permulaan cerita dah buatkan aku terfikir mungkin Sell Out merupakan antara versi ciri² filem arahan Yasmin Ahmad, cuma bahasa dan situasi saja yg berbeza. Dari segi konsep, sinematografi, suntingan, pengcahayaan serta dialog tak jauh bezanya dari karya² Yasmin. Akan tetapi, tentu saja Sell Out punya daya tarikan tersendiri kan.


Secara ringkasnya, Sell Out! mengisahkan hidup 2 org insan berbeza iaitu Rafflesia Pong, seorang pengacara rancangan hiburan yg specific tentang karya² seni serta Eric Tan, yg merupakan seorang product designer yg mencipta product baru² bg company nya. Kaitannya, mereka berdua bekerja di bawah satu pengurusan yg sama iaitu syarikat yg dikenali sbg FONY dan mempunyai 2 orang boss (CEO) yg mempunyai karektor pelik yg sukar menerima pandangan pekerja² nya. Hidup Rafflesia jd kucar kacir apabila rating rancangan kelolaannya merundum jatuh disebabkan kemunculan rancangan realiti yg diacarakan seorng personaliti cantik yg telah memenangi sebuah pgrm realiti. Namun ia berubah tiba² apabila rating rancangan Rafflesia naik mendadak disebabkan episod Rafflesia menerumah ramah tunangnya yg menghidap penyakit jantung tiba² meninggal selepas habis ditemuramah. Dari situ Rafflesia mendapat formula utk menaikkan kembali rating rancangannya. Manakala Eric Tan pulak dilanda masalah apabila ciptaannya iaitu mesin pembuat soya direject oleh bossnya yg menyatakan dia melanggar polisi syarikat yg tidak mahukan produk² original di dalam company mereka. Maknanya, nak kena ciplak produk taiwan supaya produk tu cepat rosak, dan org boleh beli yg baru..dlm masa yg sama syarikat dpt untung. Bengong dan pelik kan? Hahahaa.. Dalam usaha mengikut kehendak boss nya sewel tu, Eric turut tertekan dlm mencari apa yg dia nak, sama ada perlu ikut kehendak boss, atau ikut kata hati atau dirinya yg mahukan dia berjaya. Satu insiden buatkan Rafflesia dan Eric bergabung... seterusnya...ooppss!!.. haha.. kena la tonton citer ni ye nnt.. :P

Seriously bagi aku citer amat menarik dan sesuai sgt ditonton oleh sumer org. Lawak slumber, sarcastic, watak yg bersahaja dgn citer yg ringan tanpa perlu korang nak fikir yg berat² sambil kerut² dahi semasa menonton citer ni. Cuma mungkin ada babak yg meleret, sunyi buatkan ada sedikit terasa bosan. Tp tu bukan faktor utama utk menolak korang dr mahu menonton citer ni apabila ia ditayangkan di pawagam pd May nnt. Tengok jangan tak tengok yer...yg pasti, Sell Out!, it's a hilarious movie...

Selamat Menonton :)


P/S: Pesanan pengarah semasa memberi ucapan sblm menonton citer nih, "please think below of you expectation." cool dowh! More info : http://www.amokfilms.com/index.htm

3 comments:

rizz said...

hahaha x sabo nk tgok cte ni msti mletop hahahk

edzlin007 said...

tak sabar nak nonton filem ni. harapnya ditayangkan seluruh negara

Adam Arjuna said...

Comment to Rizz and Edzlin :

Yup!
korang kena tgk filem ni bila ditayangkan nnt..
memang best.. and sgt sarcastic..
bley buat korang gelak mcm tak bley blah sgt dia nyer stori..

hehe..

nntkan yer... selamat menonton!

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates