Thursday, April 30, 2009

Blogging

Dah lama aku nak buat stori-mori pasal blog² segala ni, cuma tak de masa dan waktu yg seakan-akan mencemburui aku.(huekss! ayat mcm nak termun jer..) Saat mula kenal komputer tak salah aku waktu tu aku bru je form 4 tahun 1998.. (zaman lagu Puncak Kasih tgh meletups!! :P) Ketika tu aku hanya tau e-mail.. tu pon kwn yg buatkan. Sampai tiga pat emel la jugak aku create sbb dah addict sgt ngn dunia IT waktu tu kononnya. Then berlarutan hinggu ke dunia chatting, dan of kos yg paling femes ketika tu MiRC kan? jangan ckp korang tak tau.. :P Masa dulu mana nak ada YM or segala mak nenek tentang instant messenger ni.. so MiRC la medium nak berinteraksi ngan dunia luar.. nak cari awek.. nak surfing itu ini termasuk yg satu kaler..(bukan aku! ish!) nak berkenalan..dan segala-galanya la.

Kini, zaman semakin maju. MiRC wujud lg ke? Ada org yg aku rasa tak tau pon kewujudan MiRC tu sbb sumer dah berubah.. Yahoo Messenger, Meebo, eBuddy, Windows Live Messenger, dan ntahapahapantah lg yg wujud.. terlampau byk sgt smpai kadang PC kita lak tak tertanggung dgn sumer tu. BLOG! Apa pulak tu...? yupz!! Sekarang dah beralih ke dunia BLOG. Juga antara medium utk kita gunakan bg berinteraksi dgn org.. cuma konsep nya pulak berbeza.

Aku rasa sekarang memang era BLOG! Semua org nak buat blog. Tak kira laki ke pompuan, blog tu dah jd mcm satu yg wajib pd yg betul minat menulis dan membaca. Instead of having diary as a medium to write anything we feel or we think, blog could be one of place that we can share even anything with anybody.


Mcm² cara org nak tulis blog. Ada yg suka citer pasal hal peribadi dan jadikan blog tu sbg diari hariannya sendiri, ada org yg hati baik luhur pulak suka share semua perkara2 baru yg dia tau, contohnya pasal dunia IT, aplikasi itu dan ini, bla..bla..bla.. ada org lak suka jdkan blog medium utk berdebat dgn topik² yg dikarang..ada pulak yg jdkan blog sbg medium utk bergelak tawa..blog humor la konsepnye, ada yg buat bisness thru blog, jual diri (opss!), laman utk berperang dgn org yg diorg tak puas ati, blog utk share masalah dan macam² la... mmg tak ter'list'lah kalu nak bercakap pasal jenis² blog nih.

Yg aku nampak kat sini, org kita ni sbnrnya memang suka menulis...dan suka membaca. Sebab tu semakin byk blog yg bercambah. Iye dak?

Kalu aku melawat sesebuah blog tu, bagi aku.. content, cara penulisan, kelainan dari segi cerita, segar bugar, layout yg chanteek dan kemas, font yg bersesuaian, dan cara unik seseorang tu nak sampaikan mesej adalah apa aku lihat utk aku kata 'YES! AKU SUKA BLOG NI'. Ada org suka main taruk je apa dia suka smpai blog dah jd lebih dari yg sepatutnya.. tak salah la, blog kan hak personal.. lantak la apa yg ko nak buat kan! Tak kurang gak ada yg suka baca jer blog² ni, tp tak berminat nak wujudkan blog sendiri..mungkin sbb kekangan masa dan kurang idea nak menulis (halamak ayat...) Dalam sesebuah arena, blog juga digunakan utk menyuarakan pendapat, kebenaran dan utk membangkang sesuatu yg dirasakan betul or tidak. Ni selalunya blog2 berunsur politak la.


Bukan susah nak buat blog.. just register je kat memana aplikasi blog yg korang minat, then here they are..blog pon siap! Blogspot, wordpress, myspace and frienster tu antara medium yg kita leh guna utk buat blog. Banyak lagi sebenarnya. Cuma terpulang pada individu yg mana diorg rasa sesuai, sebab setiap satunya ada daya tarikan dan kekurang tersendiri dlm nak menyerlahkan blog korng.


Apa pon pilihan korang, aku tau yg kita buat blog sbb kita ada matlamat tersendiri.. bukan sebab nak menang award, nak jd femes blogger or nak raih simpati dan perhatian org dgn citer² yg kita publishkan... tak tau la pada org lain kan.. niat org berbeza.


Dunia blogging gak dah byk bg aku pendedahan tentang mcm² isu yg sblm ni aku sendiri pon tak berapa tau. Contohnya pada aku , aku buat blog utk suka², utk berdebat, utk buat org berfikir pasal perkara² yg mungkin terlintas kat otak kita tp tak pulak kita nak suarakan.. sbb bg aku, kadang tak semua apa yg kita nak cakap, boleh kita cakapkan.. dan tak semua yg kita cakapkan org akan paham..kan.. so, blog la medium yg aku guna utk buat semua tu. Melalui blog jugak kita bley dpt ramai kenalan. Tu mmg dah terbukti pon sbnrnya, betul kan..? secara tak langsung kita punya kwn yg wujud secara maya walaupon mungkin amik masa utk kita kenal dia. Tapi sekurangnya dia pembaca kepada blog kita..kan...kan..kan..


P/S: Suka tgk rancang BLOG yg ditayangkan kat RTM.. byk perkara yg diutara-timur-barat-selatan-kan dlm pgrm tu.. Ada pendedahan jugak lak pasal dunia blogging nih.

Ada org yg struggle sgt nak update blog smpai tak cukup masa nak buat benda lain..gigih!.. lambat up-date blog.. isu akan basi katanya... ahahaha..

8 comments:

jejaka anggun said...

kalo di western countries zaman dah beralih ker Vlog. Video blog katanya....

kat malaysia x leh lagi kot cuz internet connection still hampeh!!

farish izaryl @izreez said...

hahah bcita cita gak mnjadi blogger yg pemess wakakakak

Adam Arjuna said...

Comment to jejaka anggun :

Vlog? Rasanya pernah dgr tu.
tp as u said la kan, kat malaysia ni mesti agak susah pasal connection kan..
yg internet besa ni pon agak kureng, tambah lak nak buat video konsep...alamat tak jalan la blog tu..

thanks for sharing da info..


Comment to Rizz :

:P
ala, blog rizz pon dah mmg femes kan..
follower pon ramai..
harus terkenal seantero alam..kan..
ombaakkk!!

KeMatZ said...

aku suka gambar ketiga...
yang cartoon tu cakap..
baca blog nak tau apa activiti harian kita...

wakakakak... sebab aku malas nak citer.. bila orang tanya..
apa citer ko skrang...???
ko amacam....??
lama tak dengar berita???

ni bagi mereka yang hilang tiba tiba muncul bertanyakan 1001soalan...

so jawapan aku.. sila baca blog..
titik....

wakakakk

Edzlin said...

just jd blog reader je, maju la camne pun, tetap malas nak tulis. hehe.

bila la ye line internet d malaysia nak laju.

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz :

hehe..
aku tau gambar tu mmg sesuai dgn ko kan..
maklum la blog ko pon mmg sumer citer harian ko..
mmg sesuai la bila kalu org tanya ko, 'apa cer skang..?' ko jwb dgn 'baca blog aku!' kan...
tak payah sesusah nak explen kat sumer org kan dua tiga kali kan..kan..kan..

p/s: maklum la artis wannabe katanya kan.. hehe :P

bila next perjumpaan kematzFC nih?
**wink


Comment to Edzlin :

normal la tu kan lin,
cam adam ckp la.. ada org suka membaca...ada org suka menulis..
kalu sumer org suka menulis je, tp tak de yg membaca..susah plak kan..

anyway, thank sbb sudi baca blog adam k..

fushairie said...

pegi OIAM x ajak aku...
hehe..
(tak tau nk komen apa utk entry nih)

Anonymous said...

ostx szgvg [URL=http://www.porntubescan.com]erotik[/URL] fyxytc b bf x qdh

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates