Sebelum aku nak bercerita panjang lebar tentang filem ni, aku nak bitau korang yang aku ni bukan la penonton tegar filem² Science Fiction. Aku annouce skali lagi, BUKAN PENONTON TEGAR FILEM SCIENCE FICTION!..huhu.. dah byk filem² bergenre mcm ni yg kuar masuk pawagam tapi satu pon aku tak layan.. contohnya Star Wars. Kalau ada yg aku layan pon hanya thru dvd cetak rampok, or else..layan half way jer.. Bukannya tak suka or tak best, cuma minat tu ada kureng skit and sakit mata bila tgk terlalu byk sgt special effect, laser sana sini.. bla..bla.. bla..
Tak pandai aku nak review tentang selok belok filem² genre sebegini, tp kat sini aku nak nyatakan apa yg aku rasa
Permulaan cerita yg bagi aku sgt dramatik dan mempunyai sedikit elemen sedih walaupon dah dimulakan dgn aksi² peperangan di angkasa lepas menjadikan Star Trek bergerak kukuh di atas landasan dan jalan cerita yg seterusnya. Ternyata ianya tepat utk menyatakan perkembangan setiap watak dan naratif cerita sebenar yg ingin dilayarkan. Penonton tak akan tertanya lg siapa si polan tu, mana dtgnya si polan ni..kenapa si polan ni dtg dan bla..bla..bla kerana ia dikembangkan dgn agak teratur dan kemas. Mungkin boleh dikatakan yg Star Trek merupakan filem 100% sci-fi yg mungkin juga boleh buat kita sakit kepala menonton apatah lagi utk akal menerima sesuatu perkara yg diluar kehidupan normal kita di dalam dunia sejagat, namun menerusi Star Trek, penonton disajikan dgn segala aspek yg ternyata berkesan utk membangkitkan minda kita utk turut sama merentasi galaksi tanpa perlu fikir sama ada itu real ataupon tidak. Filem ini juga membawa penonton sendiri utk sama-sama menjelajahi ekspedisi James T. Kirk yg dilakonkan oleh Chris Pine (Just My Luck/Princess Diaries 2) ke angkasa lepas dan mencabar dirinya utk menjadi kapten sebuah kapal angkasa milik kerajaan yg dikenali sbg USS Entreprise.
Selain elemen adventure, fantasy dan fiction yg terdapat dlm filem ini, Star Trek juga menggabungkan sedikit elemen humor yg agak ringan tp berkesan utk membuatkan penonton bergelak ketawa dan senyum dgn lakonan dan babak bersahaja para pelakon. Itu keistimewaan Star Trek ini.
Tak perlu rasa ketinggalan jika anda bukan penonton atau pengikut setia siri Star Trek versi televisyen yg pernah ditayangkan dulu kerana apa yg ditonjolkan bukan lah satu kesinambungan dari yg pernah terhasil dahulu. Ia lebih baru dan lebih segar dan aku yakin filem ini mampu mengumpulkan peminatnya yg tersendiri. Cuma dari segi rekaan sut, reka bentuk kapal dan galaksi masih lg mempunyai elemen yg seakan sama tapi digambarkan dgn lebih fresh.
Star Trek turut dilakonkan oleh nama² besar di Hollywood seperti Zachary Quinto yg pernah memegang watak Sylar di dalam siri tv Heroes, Bruce Greenwood, Eric Bana, John Cho, Winona Ryder, Karl Urban dan ramai lagi.
Ok lah... Selamat Menonton!
P/S:
Sangat tak boleh blah dgn satu karektor yg melakonkan watak seorang warganegara Russian bernama Pavel Chekov yg turut terlibat dlm USS Enterprise.. sgt klakar ok dia nyer bahasa... tp best! OOpps.. Star Trek Movie ni tak mcm Star Trek TV yg penuh dgn makhluk asing dan binatang² pelik.. ada, tp tak byk.. next..aku nak layan citer Crossing Over... Angels & Demons.. and terminator lak.. adoi...pokai deh!!
6 comments:
wahh sakan tgk wyg.tp rizz x minat genre2 ctte cmni:p
spoiler!! haha. xnk bce lg
review mu buat saya nak pegi tgk je film ni. sbb dalam byk2 cite angkasa lepas (byk ke, dlm kpala ingat star wars, star trek), star trek paling tak minat. dari kecik lg.
tp kalo dah kata ia lebih fresh, nak jg tgk. huhu, baru tgk wolverine td, esk gi pawagam lg. biar robek asal puas. hehe :p
Comment to Rizz :
Harus la sakan rizz, release stress katanya..
kuang..kuang...kuang..
Comment to Ubey :
**wink..
ahaks!! spoiler ker...
ok la tu.. sedikit review katanya..
hehe
Comment to edzlin :
personally for me, citer ni amat menarik gak la..
kalu nak tgk utk 2nd time pon boleh gak..
tak bosan dan aksi dia pon best..
jgn lupa tgk tau...
hi adam...
last weekend, aku bosan kat umah... tiba2 member aku ajak tgk wayang. tambah pulak org nak payung.. so aku ON je la kan.. bukan kluar duit pun.. hahha
tup2, sampai kat kaunter tiket, hati aku cam tiba bersemangat nak tgk Star Trek.. aku pun xtau naper.. mmg aku tu pulak mmg xkisah.dia pun kata ok.
mmg berbaloi pada aku movie tu... best giler, dia x terlalu xtream pada aku tp menarik, walaupun plot dia agak pening aku nak faham terutama bila bab dia dijatuh kat satu kawasan bersalji n bertemu Spark "tua"... aku cam pening2 lalat skit...
tp aku mmg setuju bila ko ckp budak Rusia tu kelakar. aku mmg suka tgk lawak spontan dia... ngan muka2 skali tu..
mmg star trek ni xbyk element alien2 tu, itu yg membuatkan sifat2 human tu byk ditonjolkan dlm movie ni.. compared dengan show kat tv.
mmg citer ni menghiburkan.... n puas
wah..
heaven dpt tgk wayang free..
bila nak blanja aku lak..?? ekeke
apa pon star trek ni mmg best kan. enjoy la layan and tak rasa bosan la especially bila dia gabungkan part2 lawak slumber tu..
mmg menghiburkan .
aksi yg grafik dia pon menarik.. iye dak..?
tak rasa rugi la kalu terpaksa beli tiket pon utk tgk citer ni.. coz it was entertaining..
Post a Comment