Sunday, July 19, 2009

Harry Potter and the Half Blood Prince


Lebih kurang 2 tahun aku nantikan episode Harry Potter yang setersusnya. Aku boleh diandaikan sbg peminat atau pengikut karya J.K Rowling ni especially pada setiap koleksi2 filem Harry Potter. Sehingga tahun 2007, sudah 5 filem episod ditayangkan dan belum satu pon mengecewakan aku jika dibicarakan tentang penceritaan, kesan khas, watak serta fantasinya.

Harry Potter and the Half Blood Prince, sebuah lagi karya sentuhan penulis wanita berbakat besar J.K Rowling, telah dgn secara rasminya menemui penonton di Malaysia pada 16 Julai 2009 yang lalu dan menambahkan lagi episod Harry Potter dgn jalan cerita yg baru. Aku berkesempatan menontonnya pada hari pertama tayangannya dan tak seperti apa yg aku sangkakan... aku cuma mampu berikan 3 bintang utk episod terbaru. Kenapa..??

Half Blood Prince yang berdurasi selama 153 minit ni ternyata punya naratifnya tersendiri dalam melayarkan setiap babak kepada peminat filem-filem Harry Potter. Namun episodnya kali ini seakan kurang memberi impak dan kepuasan dalam setiap penceritaan yg cuba dipaparkan. Mungkin ada yg berpendapat membaca novelnya adalah lebih baik dari melihat hasilnya di skrin putih, kerana menerusi novel, hampir setiap sudut penceritaan dibentangkan kepada pembaca, namun tidak menerusi filem. Harry Potter and the Half Blood Prince adalah filem biasa.

Seawal babak pertama Half Blood Prince dilihat sebagai sangat mengujakan apatah lagi bagi peminat yg sekian lama ingin melihat kesinambungan perjalanan Harry Potter utk membesar sbg ahli sihir terbaik dan mencari haluan hidup yang dicarinya selama ini. Namun personally bagi aku, penantian menonton seawal babak hingga ke akhir cerita menjadikan filem semakin lama semakin ’down’ dan dilihat sedikit membosankan.

Half Blood Prince sebenarnya adalah sebuah filem yg lebih banyak bermain dgn emosi serta kupasan hidup Harry dalam mencari kebenaran terhadap satu kekejaman. Zahirnya Harry seorng kanak² yang dipilih sbg seoarang yg mampu utk menumpaskan kuasa jahat Lord Voldermort cuba dikupas sedalam-dalamnya. Namun begitu, tak banyak aksi, magis serta adventure yang Harry lalui seperti filem-filemnya sebelum ini. Kupasan demi kupasan ini menjadikan Half Bood Prince semakin slow dan hilang dari titik ghairah penonton yg mahukan filem yg lebih pantas dan aktif. Kepada penonton yg mungkin kali pertama menonton filem Harry Potter ternyata akan terkeluar dari landasan utk mengenali apa sebenarnya filem Harry Potter ini. Tema ’Half Blood Prince’ itu sendiri seakan gagal ditonjolkan kepada penonton.

Akan tetapi, filem ini tetap mampu dipuji terutama dari segi kesan khas serta visual efek yg ternyata dilihat cukup memberangsangkan. Tahniah! Mainan emosi oleh setiap pelakon utama yg mendokong watak dalam Harry Potter and the Half Blood Prince juga dapat digambarkan sbg satu kejayaan apabila mereka ini dilihat membesar bersama watak-watak yg dibawa mereka selama ini dgn begitu baik sekali. Mungkin tak keterlaluan jika aku mengatakan episod Half Blood Prince adalah kesinambungan filem Harry Potter yg lebih menekankan isu dalaman serta emosi watak-wataknya.

Jadi.. jika anda adalah peminat filem-filem Harry Potter, masih tak salah jika anda nak meluangkan masa menonton episod terbaru ini kan? Mungkin setiap kita punya pandapat dan citarasa berbeza dalam menilai setiap filem tontonan kita, mungkin episod kali ini menjadi satu kepuasan kepada anda...tetapi tidak bagi aku.. siapa tahu kan..?

Selamat Menonton :)



P/S: aku harap sekuel seterusnya, Harry Potter and Deathly Hallows akan 'BooooM' dan menjadi sesuatu yg tak mengecewakan... kan..

8 comments:

Anonymous said...

x salah saya perpertarungan pada hujung filem ini kalau ikutkan diorang taknak buat..tetapi dikritik hebat...jangan risau episod akhir bakal dibuat dalam dua bahagian.

KeMatZ said...

"Sehingga kini sudah 6 filem episod ditayangkan dan belum satu pon mengecawakan aku jika dibicarakan tentang penceritaan, kesan khas, watak serta fantasinya."

ehh hari tu ko kata ko upset.... hemmmm....

jejaka anggun said...

yg penting x sempat2 lagik nak tgk harry potter nih!!!

Syukri R said...

yg penting... satu couple tu, depan i, si laki sesedap jer lentok + berdengkur dgn kuat! haha.. bayangkan!

Adam Arjuna said...

Comment to Afi :

1st time eyh drop komen kat sini?
tenkiu dude!! :)

yup bro, i heard about dat info too, tp kalu tak der pertarungan tu rasanya makin bosan jalan citer dia kan..

tak sabar nak tunggu 1st part utk episode terbaru pd 2010 nnt..


Comment to kematz :

sorry bro! its 5 actually.. not really 6.. 6 tu bila dah campur yg latest ni.. silap counting.. :P
aku dah betul kan...

tapi kesan khas, watak n evrything tetap masih terbaik dari keenam-enam episod, cuma jalan cerita siri ke 6 ni agak hambar..

tenkiu :)

Adam Arjuna said...

Comment to jejaka anggun :

yang penting kena la ko tgk utk pastikan kesahihan rumors aku ni... :P


Comment to getah :

wah..!! terkesima ni bila getah drop kat sini :P

anyway, mmg dpt bayangkan..
dah la citer dia panjang lak kali ni, pastu less action... sure la berdengkur kan? especially pd yg tak tau kisah harry potter ni.. lg la tak paham aper..

| Rosliyana Bte Ali @ Abidin™ | said...

yana tgk besok..
:)

Adam Arjuna said...

liyana,

selamat menonton...
enjoy ur movie k..

pastu nnt share ur experienced tgk citer kat sini k... ahaks :P

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates