Tuesday, July 07, 2009

Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs


Sebelum aku ulas lebih panjang tentang filem terbaru tontonan aku ni, with full of honor, aku nak kasi 3 bintang utk filem animasi 3D berjudul Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs ni yg dah pon memulakan tayangan rasmi pada 02 July 2009 yg lalu.

Kelakar, fun, exciting, adventures dan dramatik... tu antara apa yg boleh digambarkan melalui filem yg berdurasi selama 94 minit ini.

Bukan mudah utk sesebuah filem meraih tempat di hati penonton sedangkan ada filem yg lebih gah turut sama ditayangkan dlm waktu yg sama. Ini terjadi kepada Ice Age 3 di mana rata² peminat industri filem masih lg mencari² tiket utk menonton filem Transformers yg masih rancak ditayangkan di panggung. Apa yg terjadi jika filem tempatan kita berada di panggung ketika ini? sudah tentu sambutannya merundum jatuh kan..? Namun Kehadiran Ice Age seperti boleh dibanggakan kerana nyatanya sentuhan genre serta elemen yg diserapkan melalui filem ini jauh berbeza seperti Transformers 2 namun ia tetap perlu bersaing bg merebut hati penonton.

Seawal menonton cerita ini seakan sedikit membosankan kerana sudah tentu pd siapa yg blom pernah menonton filem Ice Age terdahulu cuba mencari-cari ruang kolaborasi antara filem²nya sblm ini. Namun bagitu, perjalanan cerita filem ini berubah dari minit ke minit tayangannya. Bersama elemen humor, spontan, gaya tubuh karektor serta watak yg bersahaja menjadikan filem ini lebih rancak dlm konsepnya tersendiri.

Merentasi perjalanan dan ekspedisi yg cuba dilayarkan kepada penonton dalam pada cuba memberikan suntikan dramatik melalui filem ternyata berjaya menarik perhatian penonton utk terus duduk di kerusi panggung. Sentuhan elemen humor yg bersahaja juga membuatkan penonton tak kering gusi dgn telatah watak² yg wujud dlm filem ini. Bayangkan hanya dgn watak animasi 3D di susuli pula dgn dialog² humor mampu membuatkan kita sbg penonton dari goongan dewasa ketawa terbahak-bahak dgn aksi yg dilakonkan.. itu juga boleh dianggap sbg satu kejayaan kepada team produksi.

Gabungan voice-over yg cukup berkesan juga menjadi salah satu tarikan yg wujud dlm Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs ini. Suara-suara pelakon komedi yg sememangnya cukup dikenali seperti Ray Romano, Queen Latifah, Denis Leary, John Lequizamo dan Seann William Scott ternyata turut menjadi penyumbang dlm menghidupkan watak² animasi dgn lebih telus dan bersahaja.

Ice Age, sebuah filem animasi komedi ringan yg membawa penonton menjelajah ekspedisi sekumpulan binatang purba dlm menjalani kehidupan mereka di zaman ais. Pelbagai dialog dan telatah lucu yg mampu mencuit hati penonton terdapat dlm filem yg santai dan ringan ini. Namun dlm masa yg sama, ia juga turut menyelitkan beberapa mesej penting tentang kehidupan, kekeluargaan dan persahabatan yg selalunya menjadi bench-line kehidupan kita kini.

Jika anda mahukan sesuatu yg lebih santai dan rilex, hanya utk bergelak ketaka dgn telatah² lucu dan bersahaja tanpa penuh dgn adegan aksi terlampau, Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs mungkin boleh menjadi salah satu pilihan anda utk menonton di masa lapang. Tentu anda akan terhibur.

Selamat Menonton :)


9 comments:

KeMatZ said...

1st...

hahahah

farish izaryl @izreez said...

xminat sgt katon2 ni hahaa

boboiz said...

nak kene tengok ngan anak2 aku nie...

Abir Abhar said...

me tgok first day tygn..
and seat row plg depan..
rasa mcm tgok 3D punya je..
haha..
gelak sampai terguling2

Adam Arjuna said...

Comment to kematz :

beriya la ko ni,
nak 1st bagai.. choii sgt..!!
tak de award pon ok.. :P


Comment to Rizz :

tp sesekali layan best gak riz...
terhibur gak ati.. :P

Adam Arjuna said...

Comment to Boboiz :

harus bwk bro, sure anak² enjoy n gelak tak hengat nye masa layan movie..

sesekali spend time ngn famili layan movie kat panggung best gak kan... :)

enjoy bro..


Comment to Abir :

wah.. lg gigih ni tgk 1st day..
dasat..
tak hajak pon..:P
apa pon citer ni mmg layan gak la kan kepala bila nonton.
iye dak... :)

Edzlin said...

layan gak filem ni. ketawa tak hengat. hilang abis stress.

Yatie SawaNiLa said...

hish taransformer belum tgk lagi ice age dah kuar...

3d punya besh tak? nak kena bawak kiddos nampaknye

Adam Arjuna said...

Comment to edzlin :

kan..
lawak dia sgt sengal la...
cam biol pon ada gak..
tp still enjoy..


Comment to Yatie Sawanila:

uihs... tak tgk lg transformer??
tu filem wajib tonton tu.. sure u puas ati la..
ice age pon sgt kelakar ok,
mmg berdekah² la u ngn kidos u tgk nnt...

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates