Monday, July 20, 2009

Skrip 7707


Sudahkah anda menonton filem seram terbaru arahan Prof. A. Razak Mohaideen? Apalagi kalau bukan filem SKRIP 7707 yg telah pun memulakan serentak satu Malaysia pada 16 Julai 2009 yg lalu.

Berkesempatan menonton filem ini di Cathay Cineplex, Cineleisure Damansara bersama rakan-rakan aku Romi, Joker dan Apu telah memberi aku satu perspektif dan pandangan tentang corak filem-filem seram tempatan masa kini. Adakah bakal menjadi lebih baik atau terus jatuh terduduk tanpa impak.

Untuk Skrip 7707, jujurnya aku beri 2.5 bintang utk filem keluaran Grand Brilliance ini.

Mungkin expectation aku agak tinggi utk filem-filem seram tempatan hingga ada antaranya menjadi penentu sama ada filem-filem tersebut mampu untuk aku tonton berulang kali atau tidak. Lazimnya, filem-filem seram tempatan lebih utk mengetengahkan rupa bentuk hantu itu sendiri di samping sound effect yg boleh membuat jantung penonton berdegup kencang semasa menonton. Namun dari aspek jalan cerita serta naratifnya masih kelihatan longgar dan kurang diberi penekanan. Itu yg aku dapati menerusi Skrip 7707.

Sebelum itu TAHNIAH kepada saudara sutradara Skrip 7707 kerana cuba membuat pembaharuan dalam melayarkan cerita hantu/seram kepada penonton. Menggabungkan 9 cerita hantu mungkin memberi sedikit kelainan di dalam industri perfileman tempatan especially dalam konteks cerita hantu di negara kita. Aku melihat Prof. Razak cuba memberi inti serta rencah yg berbeza kepada penonton utk merasai sendiri keseraman apabila menonton filem ini. Setiap cerita digabungkan bg membolehkan kita sbg penonton mencapai klimaks pada setiap siri seram yg wujud dlm di filem ini.

Akan tetapi, berdasarkan pandangan peribadi aku, Skrip 7707 masih dilihat longgar dan tidak kukuh terutama dari segi penceritaannya. Sukar untuk mendapat kepuasan apabila setiap siri seram ini hanya dilayarkan lebih kurang 10 minit kepada penonton dan ia diimplementasikan dgn tidak ada sebarang subjek. Penonton mungkin lebih mengharapkan setiap siri seram tersebut mampu memberi satu impak yg lebih kuat dan terkesan selepas menontonnya, bukan hanya episod yg berlalu dan berganti pula dgn episod baru. Itu pendapat aku. Setiap siri seramnya itu seakan hilang dari dari landasan ’seram’ itu sendiri. Tanpa sejarah awal dan ending yg berkesan, siri-siri ini seperti ditamatkan tanpa sebab dan berganti pula siri yg baru. Ending kepada Skrip 7707 juga boleh dikatakan agak hambar dan kurang diberi penakanan yg kukuh. Penonton seperti ditinggalkan dgn cerita yg tiada akhir dan tidak memberi impak serta klimaks menonton yg sewajarnya.

Namun aku hormati komitmen dan usaha yg cuba dilakukan oleh tenaga produksi bagi menaikkan lagi mood seram terhadap filem ini dgn membawa penonton ke lokasi-lokasi mengerikan, mencetus suasana dingin dan takut melalui teknik pengcahayaan, sinematografi serta kesan bunyi yang terdapat dalam filem ini. Akan tetapi, jika dibicarakan tentang watak dan peranan, aku klasifikasikannya sebagai sederhana dan kurang menonjol dalam setiap lakonan mereka. Mungkin juga ini disebabkan filem ini telah dibuat pada dua atau tiga tahun yg lepas, dan kebanyakkan pelakonnya adalah pelakon baru pada masa itu menyebabkan mutu lakonan mereka masih di tahap sederhana.

Apa jua spekulasi serta idea berkenaan filem Skrip 7707 ini yang telah atau mungkin akan dibentangkan, ia tetap boleh menjadi satu hiburan buat kita peminat filem-filem tempatan. Mungkin anda akan terhibur dan jalan ceritanya, humor yg cuba diselitkan atau mungkin juga sisipan hantu-hantu tempatan yg selalu menjadi buah mulut kita selama ini.

Selamat Menonton :)
P/S: apa filem seram yg korang rasa paling seram and takut sgt nak tgk bebanyak kali.. sampai cam terasa 'benda' tu ujud la kat idup korng... meh sini share ngan aku..

10 comments:

KeMatZ said...

2.5 jer ko bagi.... sure hazab ini citer... sedangkan ko bagi 3 pun aku dapat rasakan kehazaban citer yang ko tonton.... ni kan pula 2.5

so just tunggu cd pirate or sesiapa member aku dload ini citer lahhh... baru aku nengok... wakkakaka...

Hannah Yunos said...

2.5 jer?selamat baca preview dari u sebelum i book ticket this evening:)

farish izaryl @izreez said...

ktnya cte smpah huhu tol keww

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz :

yup.. tu je aku mampu kasi 2.5.. or may be less :P


Comment to Myshana :

huhu...
berpengaruh gak ke review ni utk cik kak buat keputusan nak tgk or tak muvi nih..?
ahaha..

kadang bukan betul sgt pon cik kak, sbb memasing kan ada citarasa sendiri..


Comment to Rizz :

hurmm..
ntah la rizz nak kata sampah ke tak, NO KOMEN kot!
kena tgk dulu bru leh komen sndiri agaknya..
but my comment as what u can read here la...

Anonymous said...

masa tengok 'trailer' cite ni pon tak rase seram dan teruja hihihi ..bilelah dapat tengok transformers 2 ni huhuuh

Adam Arjuna said...

afi..
tu la pasal... tp ada masanya trailer ni suka menipu penonton kan.. tunjuk part yg gempaq jer.. padahal part yg ditunjuk tu je yg agak cam menarik, yg lain hado...

errk.. blom tgk lg ke transformers 2? jom layann..... best gak dpt tgk lagi.. hehe

Lyn Yusoff said...

kadang hantu2 citer melayu ni merepek2.. tu yg malas nak tgk tuh.. tak seram langsung.
klu seram pun.. masih ade unsur tak logiknya.. hehehe

ape2 pun tunggu cd je lah..
hehehee

Adam Arjuna said...

Kak Lyn..

amat la betul!
kadang diorg ni lebih suka gebang jer, padahal hadooo kan?
cam ne la industri nak maju, kalu ckp biar la serupa bikin.. jgn ckp boom baam bang, padahal citer hampeh!
bukan tak leh buat citer hantu or searm, cuma kena pandai gayakan la..
byk je citer hantu luar tu yg berjaya kat malaysia.. naper tak malaysia sendiri berjaya dlm malaysia..iye dak..?
jgn salahkan penonton tak support kalu citer pon hampeh!

(wah!! dah berceramah plak aku!!)

Edzlin said...

dah tgk, tapi saya tak minat filem seram, so takde la feel ape2 sgt. ingat lagi, cite hantu first tu, kuar je saya ketawa pula. heh, maybe sbb pelakon tu lebih dikenali watak komedi kut.

setakat ni filem hantu yg saya tgk sixth sense dan skrip 7707. film anak, pontianak, pun tak tgk abis.

berdasarkan pd housemates yg kaki film seram, drg suka yg terbaru drag me to hell.

Anonymous said...

Filem drag to hell memang filem seram 2009 yang best n sya sgt teruja bila tgk citer. Wajib tonton!

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates