Friday, August 07, 2009

G.I. Joe : The Rise of Cobra


3.5 bintang aku berikan kepada filem aksi-fiksyen, G.I. Joe: The Rise of Cobra yang telah pon memulakan tayangan di seluruh panggung tanah air pada 05 Ogos 2009 yg lalu.

Mungkin ada yg akan berpendapat cerita² sebegini kurang mampu utk mendapat perhatian apatah lagi jika dibicarakan soal logik serta kesahihan sesuatu yg cuba dipaparkan. Namun, nyatanya G.I. Joe boleh dikategorikan sbg sebuah filem yg baik dan memuaskan hati dan berada dlm kelasnya tersendiri.

Bagi mereka yg lahir pada tahun 80-an tentu sudah maklum bagaimana zaman kanak² anda dihiasi dgn cerita² kartun yg pelbagai sehingga masa lebih byk tertumpu di depan televisyen menanti setiap detik cerita² yg akan ke udara di kaca tv. G.I Joe adalah salah satu drpdnya.

Sejujurnya, aku bukanlah peminat tegar siri ini, malah aku juga kurang maklum dgn jalan cerita serta karektor yg wujud di dalamnya. Siapa mereka? Bagaimana watak mereka? Apa peranan mereka?.. semuanya agak samar pd aku. Aku lebih menggemari Thundercats, MASK, Visionaries: Knights of the Magical Light, Silverhawks, Adventures of Space Rangers, He-man * She-Ra, Voltron dan tak lupa jugak Transformers. Namun, persepsi aku yg mulanya mengatakan filem ni mungkin tak sehebat mana sama sekali salah kerana sedari awal babak ditayangkan kepada penonton, sehingga ke penamat cerita membuat aku teruja dan excited dgn apa yg terkandung dlm filem ni.

Jalan cerita yg cuba disampaikan melalui G.I. Joe juga sebenarnya tampak mudah dan ringan, namun ia kelihatan cuba dipadatkan dgn isu² sampingan, konflik, perbalahan dan pertengkaran, sejarah silam serta sudah tentu dgn aksi² tangkas dan efek yg mengagumkan. Tak jauh bezanya dgn filem² superhero lain, dua pihak yg bertelagah cuba masing² mempertonjolkan kehebatan yg ada. Satu pihak yg cuba mendominasi keadaan, dan satu pihak yg cuba mempertahankan. Agak klise.

Namun, bagi filem yg berdurasi selama 118 minit ini, G.I. Joe dilihat sbg filem yg digarap dgn agak baik di samping menghidangkan penonoton dgn kesan khas serta aksi tangkas yg hampir 95% wujud dalam filem ini.

Lakonan, kostum, watak dan peranan tak jauh diubah dari karektor asal yg wujud dari siri kartunnya. Cuma jika diberi lebih perhatian terhadap sesetengah watak dalam segi emosi, penceritaan, serta perkembangan watak itu sendiri mungkin akan menjadikan G.I. Joe lebih terkesan di hati penonton. Aku yakin, jika filem ini dibuat dgn lebih tersusun, menggabungkan plot serta kesinambungan layar cerita yg lebih baik, kemas dan teratur.. mungkin ianya akan mendapat lebih perhatian dari semua pihak.

Kepada yg ingin mencari kelainan atau yg meminati genre filem sebegini, atau pd yg suka menonton wajah² kacak serta jelita para pelakonnya seperti Channing Tatum , Sienna Miller, Byung-hun Lee, Dennis Quaid, Marlon Wayans, dan Rachel Nichols, apa kata korang tonton filem G.I. Joe: The Rise of Cobra ini. Hanya anda sendiri yg mampu merasai kepuasan menonton yg ada pd filem ini.


Selamat Menonton :)


P/S: Hopefully ada sequal utk filem ni!! Hurm... bila lak Thundercats nak jadik live-action movie nih..? ada sesaper yg tau tak?? :P


10 comments:

jejaka anggun said...

napa semua review u 3.5 star eh?


hehehe....


thundercats kalo jadik live action filim tentu best kan?

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

itu kalau thundercats difilemkan...tak jd masalah tuk Hollywood yg mmg hebat dalam solekan dia tuk memungkinkan watak hero kucing bulu oren tu terpapar di layar perak...

bygkan kalau Upin & Ipin difilem-manusiakan? mesti satu lagi fenomena! =D

Edzlin said...

gua.com memberi review movie ni tak best, ampir2 matikan niatku nak tgk, tp skrg rasa nak tgk la.

saya pun minat thunder thunder thundercats....!

Izman said...

not to mention sienna miller is so so HOOOT..

she's a brit actress actually..
appeared in stardust, casanova n some other famous films/...

farish izaryl @izreez said...

hrus tgok ni..sbb hero die melerts hohooo

Nizam Zahri said...

huhu nak menantikan thundercats live action

dan juga voltrons.. tentu best..

kalo tomato-man?

boboiz said...

kalau gaban difilemkan pon best gak...heheh...dah boring tgk cerita tranfomers

Adam Arjuna said...

Comment to jejaka anggung :

ahahah.. kan...
lately movie byk rating yg tahap memuaskan utk ditonton... sbb tu 3.5 ... kalu dah tahap gempaq dan terbest baru la naik ke 4.. or tak best langsung tahap 2 jer..

tunggu la citer len yg direview nnt eyh..


Comment to anuar :

betul tu nuar! setuju!
hollywood mmg dah terer bab2 solek dan efek ni.. tinggal lg jalan citer dia best or tak je kan..

kalu upin dan ipin, tak dapek la den nak membayangkan ..

hehe!!

Adam Arjuna said...

comment to edzlin :

ahaks!!
takkan review ni pon bley mempengaruhi lin utk tgk or tak muvi ni kot..?


comment to izman :

super duper hot la..
mcm nak tgk dia je dlm muvie tu..

yup..
i browsed some info about her.. damn! she's look good in black hair compared to blonde kan...

Adam Arjuna said...

comment to rizz :

ahaks!
taste ke uols..? ahaha.
provided aksi citer ni pon best rizz..


comment to nizam :

hello buddy!
thanks for drop by here :)
aku pon dok tunggu thundercats gak ni, tak tau la cam ne rupanya filem tu nnt..

err.. ada ke voltron live action?

tomato-man? ahaks.. tetiba tingat lak kat theme songs dia tu...ahaha


Comment to boboiz :

wakasau..wakasau..konangga..!!
space cop GABAN!!

ahaha..

ada ker..?? :P

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates