Thursday, August 06, 2009

The Proposal


Mungkin agak lewat utk aku review tentang filem romantik komedi berjudul The Proposal ni yg sudah pon memulakan tayangan pd 30 Julai 2009 yg lalu. Kesuntukan masa, byk aktiviti lain serta agak confius utk membuat pilihan menonton antara punca aku agak lewat utk menonton filem ini. Namun begitu, setelah berkesempatan menontonnya semalam, bagi aku, filem lakonan Sandra Bullock dan Ryan Reynolds ini ternyata menghiburkan dan mampu mencuit hati penonton yg menontonnya.

3.5 bintang dari aku.

Sedari awal, antara Ghost of Girlfriend's Past dan The Proposal, mana satu akan jd pilihan aku? Keduanya punya genre yg hampir sama iaitu romantik-komedi, dan keduanya jugak membariskan pelakon yg hebat. Pilihan perlu dibuat agar diri puas hati mengeluarkan RM10 selepas menonton. Itu Pasti. The Proposal pilihan aku buat masa ni, dan kemungkinan GoGP akan menyusul. Namun, apa yg pasti aku TAK MENYESAL menontonnya!

Rasanya mcm dah lama aku tak layan movie² berkonsepkan sebegini.. ada elemen romantik, komedi, sengal, blurr... tapi menarik. Kebanyakkan filem antarabangsa yg keluar di panggung musim ni mostly dlm genre action dah thriller. The Proposal ternyata mampu mengubat rindu kita terhadap filem² romantik-komedi sebegini.

Perlu ke aku ulas jalan ceritanya? Rasa tak payah la sbb aku yakin masih ramai yg di luar sana belum menonton filem ni.

The Proposal, filem arahan Anne Fletcher ni secara kasarnya mengisarkan tentang dua watak iaitu Margaret (Sandra Bullock) dan Andrew (Ryan Reynolds) sebagai rakan sepejabat di mana Margaret merupakan boss kepada Andrew. Perbezaan taraf dalam kerjaya dan sifat mereka yg saling berbeza mengambarkan lebih byk watak yg huru-hara dalam filem ini. Satu gandingan yg cukup baik antara Sandra dan Ryan yg aku andaikan pertama kali digabungkan di dalam filem. Siapa yg tak kenal mutu lakonan mereka kan? Sejarah filem² lakonan mereka sebelum ni dah berjaya menaikkan nama mereka sehingga ke tahap sekarang. Tak kurang hebatnya juga dgn watak² sampingan yg muncul dalam filem ni yg nyatanya sgt menghiburkan dan berkesan especially dlm melancarkan lagi perjalanan cerita The Proposal.

Filem yg berdurasi sehingga 108 minit boleh membuatkan anda menonton tanpa satu pon babak yg membosankan. Lebih byk kepada ingin tahu apa yg akan terjadi dan apa lg keletah pelakon yg mungkin akan membuatkan anda ketawa terbahak-bahak. Itu yg dapat aku rasakan sepanjang menonton filem ni.

Jalan cerita yg mudah difahami, elemen yg segar, ringan serta santai menjadikan The Proposal sebuah filem yg boleh membuatkan anda tersenyum menonton dan seakan ingin cuba meletakkan diri pada watak yg dipaparkan. Tiada logiknya, itu sudah pasti. Akan tetapi, itulah hiburan, dan itu juga bukan antara alasan yg menjadikan filem ni adalah filem yg buruk. Ia tetap mampu menjadi sesuatu yg menghiburkan kita sepanjang menonton.

Bosan? Stress? Tak tahu apa yg ingin dibuat? aku sarankan agar korang menonton filem ni utk menghilang stress dan rasa bosan tu. The Proposal, sebuah filem yg pasti mencuit hati anda dgn segala sentimen yg ujud di dalamnya.

Selamat Menonton :)

P/S: next.. G.I. Joe! btw, aku tak menolak utk menonton The Proposal utk kali seterusnya.. mcm nak tgk lagik je nih.. hehe!!

11 comments:

KeMatZ said...

gitulahh.... ligat mengreview...

hehehehehhe

tak sabar tunggu review G I Joe... Jomlah C.I.U.M.. Papadom....

hehehehh

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz :

knowing me la! :P
terpaksa apdet cepat sbb mlm kang nak layan muvi lg.. hohoho!

jom! aku mcm nak tgk gak C.I.U.M and Papadom tu.. tp bila kuar eyh??

fushairie said...

dh tgk mlm td citer G.I Joe tuh..biasa2 jer... 3.023 bintang cukup.

KeMatZ said...

c.i.u.m dah kluar lahh nok....

isnin lepas aku layan SETEM kali kedua aku perasan... wakakkaka

nampak macam unik jer citer tu..
dah nengok tak ada pun orang review...

thats y harap ko review...

dan dan ajhe aku...

Adam Arjuna said...

Comment to fushairie :

huh! lagi awal tgk kan? :P
review la bro.
aku nak tgk smalam tp sbb THE PROPOSAL pon tak tgk lagi, so skip dulu, ari ni abru nak tgk..

nnt aku tgk cam ne gayanya citer tuh.. sbb dasat lg ko siap ratin ada .023 tu.. dah cam CGPA lak.. :p


Comment to kematz :

aku tau filem tu akan kuar, tp tak tau bila.. rupanya dah kuar eyh, tp sure tak sumer panggung ada.

aku bley andaikan pembikinan citer ni sama cam PENSIL (ko dah tgk ke?), sbb just amik masa beberapa hari je nak siapkan filem ni.

arahan M.SUBASH -- nnt aku tonton kalu sempat.

farish izaryl @izreez said...

nk tgok!! uwaaa

Qarl said...

karl bg the proposal

4.5 bintang

nice wat dis movie..

cume ending je mmg frustrated sgt2

i was hoping yg both of them akan sort of having sex dlm dat 'baby maker' blanket..

hehehe

bru la puas ati!

♥Syamelia♥ said...

the proposal mmg best...
walaupun agak 'klise' (ayat xble bla), tp mmg best sgt...
i x stop laughing the whole way thru...

suka sgt watak 'ramone'!!!
dia 2 multi purpose la... LOL

asz said...

the proposal memg romantic comedy of the year!! tgk sekali rasa nak tgk lg coz pelakon dia sume best..

Adam Arjuna said...

Comment to rizz :

jgn tak tgk!
sgt best dan kelakar ok!


comment to karl :

wah! 4.5 stars.. tesangat bagus tu kan?
anyway, citer tu mmg best pon kan..
all the way buat kita gelak tak hengat..
:)

Adam Arjuna said...

Comment to syamelia :

hehe..
citer mmg la very the tak logic, tp yg penting best dan puas ati..
mmg padat dgn elemen yg buat kita gelak2 tak hengat..

kan..

besides ramone, not to forget nenek dia yg hyper tuh... pandai berlakon lak tu... hehe..


Comment to alfie :

halop bro!
new here? thanks for drop by buddy..

btw agree wit u! tgk skali mcm nak tgk lagi..

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates