Monday, January 18, 2010

Adnan Sempit

Mungkin agak terlewat bg aku nak kuarkan review filem berjudul Adnan Sempit ni yg dah memulakan tayangan pada 14 Januari 2010 yg lalu. Tapi, pada sesiapa yg mungkin blom berkesempatan nak menonton filem aksi-komedi arahan Ahmad Idham ni, kalau tak byk, mungkin ulasan aku ni sedikit membantu anda utk menonton atau tidak filem keluaran Metrowealth ini.

Secara keseluruhan aku berikan 3 bintang utk filem yg dibintang ramai bintang ternama seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Cat Farish, Yana, dan ramai lagi.

Bersahaja, menghiburkan dan santai. Mungkin ini yg dpt digambarkan di dalam keseluruhan filem yg memakan masa selama lebih kurang 1 jam 25 minit ini.

,p>Jangan cuba dicari-gali mana aspek rasional serta logik nya melalui filem ini, tp cuba dinilai dari segi nasihat serta kehidupan seharian kita melalui perspektif berbeza. Itu yg dpt aku huraikan setelah menontonnya beberapa hari lepas. Pandangan skeptikal masyarakat yg suka melabelkan sesuatu sblm bertanya atau berada sendiri pada sesuatu keadaan mungkin menjadi sendiran sinis yg menjadi kayu pengukur kepada perjalanan cerita Adnan Semp-It ini. Bagi kita yg suka mengiyakan sesuatu yg belum tentu sahih atau benarnya adalah perkara lazim yg sering kita lakukan di dalam perjalanan hidup kita sehari-hari. Seperti contoh apa yg terdapat di dalam filem ini; asal seseorang menunggang motosikal je akan dikatakan mat rempit. Bagaiman jika pak haji yg iingin ke masjid sambil menunggang motosikal dgn laju.. adakah beliau juga mat rempit?? Itu antara perkaran sinis yg ditonjolkan melalui filem ini.

Dari segi watak, usah dipertikaikan lagi kreadibiliti Sam dalam menjayakan setiap watak dan peranan yg diberikannya. Darah seni yg sedia mengalir dlm tubuhnya cukup menjadi Sam antara bintang yg bakala menjadi pelabis kepada bintang² sedia ada sekarang. Watak serta karektor bersahaja dimainkan dgn cukup selamba dan santai dan ini juga membuatkan ia lebih dekat dgn penonton. Namun begitu, tahniah juga kepada pelakon² lain kerana berjaya menjayakan lakonan serta karektor masing² dgn baik. Namun, dpt dilihat kadang-kala watak sampingan yg dilakonkan oleh Along Raja Lawak seakan cuba mendominasi karektor utama yg dijayakan oleh Sam. Bagitu juga watak Wawa yg dilakonkan oleh Yana yg mungkin sedikit 'over' dan 'buat²' menjadikan ia agak lesu dan stereotype.

Jika dilihat dgn jelas, Adnan Sempit boleh dikatakan kesinambungan atau sekuel kepada filem aksi Remp-It yg juga diarahkan oleh pengarah Ahmad Idham apabila membawakan tema serta beberapa watak yg sama yg wujud di dalam Remp-It. Namun ia diubah dan disuntik dgn sedikit elemen muzikal serta diolah dan digarap dari sudut dan generasi berbeza menjadi Adnan Sempit bergerak di atas landasannya yg tersendiri.

Apa jua pon, tak rugi bagi aku utk menonton filem ini kerana ia masih boleh dianggap menghiburkan dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Selamat Menonton :)

9 comments:

Qarl said...

adam

huhu

nk tgk la dis muvi... weekend ni la kot

cm menghiburkan kot

Edzlin said...

dah tgk filem ni. memang menghiburkan.

DanieL AdiE said...

i give 5 stars for this movie...
double thums up!!

~daniel adie~

♥Syamelia♥ said...

well, the tajuk itself dah cukup nk buat org ketawa :)

but if x tgk remp-it, rasa2nya, akan lost x kalau terus tgk?

Adam Arjuna said...

Comment to Qarl :

hye qarl, erk! dah tukar spelling ke? instead of 'K' dah jd 'Q' lak.. hehe..

tgk..tgk.. k.. best.. lawoook...


Comment to edzlin :

kan..
sgt tak bley blah kan ayat2 dlm citer tu..

paling diingati;

"gua ni muka je bengis, cam rempit.. tapi hati taman...."

haha..

Adam Arjuna said...

Comment to Adie :

hoho!!
5 stars?? hebat...
mampukah filem ni menang award??

:P

sama2 kita tunggu...


Comment to syamelia :

dear mrs. syam,
kalu tak tgk Remp-It pon still bley tgk Adnan Semp-It ni sbb citer tak berkaitan langsung...
konsep serta garapan citer dia pon berbeza..

cuma ada certain karektor dlm Remp-it dibawak skali lg ke Semp-it ni... tp bukan watak utama..
just selingan... kalu org yg perasan, akan perasan la...

camtu jer..

'world peace'

akraminHARIRI said...

mmg best bro...
boleh d lyn la dlm ruang lingkup 'filem malaysia' kan...

sosial kritik ada, fun ada, lawak ada~

tp aku rse citer malaysia ni nk xnk kena ada lawak jgk br best...

yeke??

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

Anonymous said...

citer nie klakar jer..tp storyline,bese jer..nk mng award..xleh kot..

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates