Friday, January 08, 2010

Merantau Warrior


As i promised you guys before, here i am. Back in action to write on movies review. Haha.. agak poyo ayat itu kan.. :P Ada aku kesah? cak..cak..cak..cak..cak.. hahaha..

Ok! Semalam sempat la aku melapangkan diri menonton filem aksi terbaru negara jiran kita (Idonesia) ni berjudul Merantau : Warrior. Paling tepat dijudulkan sbg 'Merantau'. Keseluruhan aku bagi 3.5 bintang utk filem yg berdurasi selama lebih kurang 106 minit ini.

Sekali dilihat pada poster promonya jer dah menunjukkan filem ini seumpama filem Ombak ciptaan penggiat seni Thailand. Cuma aku tak dpt bandingkan sendiri mana lebih baik kerana sejujurnya aku blom pon menyaksikan lagi filem-filem Ombak. :P

Namun begitu, jika mahu dirumuskan, filem yg dibintangi oleh Iko Uwais, Sisca Jessica serta bintang lagenda ternama di Indonesia, Christine Hakim, filem ini boleh dikatakan amat baik dah kemas. Penceritaaan yg mudah tanpa ada babak² yg meleret membuatkan plotnya diatur dgn cukup berkesan. Aksi serta selingan 'komedi tanpa rancang' menjadikan Merantau lebih jelas dan dekat dgn penonton. Sepanjang menonton filem arahan Gareth Evans, aku agak tertarik dgn sinematografi yg dipaparkan serta sudut² filem yg rakam, cantik, unik dan tulus seakan menonjol sisi² lain sebuah kehidupan yg ada dlm masyarakat kita.

Akan tetapi, sedikit yg mengecewakan aku melalui filem ini, adalah kesan seni silat yg menjadi tonggak utama penceritaan filem ini kurang dipaparkan. Kita hanya dpt melihat seorang yg hebat dan tangkas berlawan, tp di mana pencak serta bunga sulatnya kurang ditonjolkan sedang antara tagline yg menjadi promo filem ini seakan cuba menonjolkan seni silat itu sendiri.

Apa pon, aku mencadangkan agar seseiapa yg meminati filek aksi tangkas sebegini yg turut menggabungkan elemen drama, komedi ringan di samping jalan cerita yg mudah utk difaham, silalah ke panggung utk menyaksikan Merantau : Warrior.

Selamat Menonton :)

8 comments:

Edzlin said...

ooh kurang bunga silat eh...saya nak menonton filem ni pun sebab ia tonjolkan silat. hmm, next week baru nak pergi tgk

nieda said...

dah lama tak tengok movie...

Adam Arjuna said...

Comment to edzlin :

yup.. agak kurang la!
tp aksinya masih boleh dibanggakan utk sebuah filem asia.. jgn compare dgn hollywood lak..

p/s: jgn tak tgk k.. :)


Comment to nieda :

hehe..
dah lama? so kena kerapkan balik la tgk movie.. :P byk citer best2 bakal kuar this year... ahaks..

promote skit.. kuikuikui..

farish izaryl @izreez said...

cm best je wajib tgok heheh!

Anonymous said...

tengok iklan pun mcm besh jer citer ni..suka jugak cter type camni ;)

neway, salam singgah ;)

Anonymous said...

mmg best citer nie! penuh aksi, tapi endingnyer so sad.. tragic :(

aku kasik 4 bintang!

Adam Arjuna said...

Comment to Farish :

Harus tgk... Best!! :)


Comment to ReD :

hi miss Red :)
thanks eyh for drop by..
sesenang visit la slalu...


Comment to Anony :

eerr.. siapakah anda??
btw, yup! it's true..
citer ni non-stop aksi and lakon layar dia pon menarik..

indira said...

filem ini mendapat review yg sangat baik dalam beberapa festival film fantasy internasional, sebagian movie critics anggap film ini lebih baik dari Ong Bak karena storyline dia lebih jelas (walaupun cliche) dan lakonan para aktornya jauh lebih baik dari Ong Bak, khususnya Iko lbh pandai berlakon daripada Tony Jaa.

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates