Kejap tadi (lebey kurang jam 1.00 tgh ari bersamaan 02 March 10) aku dpt note kat FB dari seseorang yg ckp, dia list kan blog aku yg tak semenggah ni antara top 15 blog yg dia suka baca... terharu uols... nak meneteskan air mata lak bila aku dgr perkabaran tu sedangkan blog aku sgt la jarang ber-apdet.
Tapi utk tidak menghampakan diri seseorang tu ngn sokongan beliau, aku update la skit blog aku ni ngn review pasal latest movie yg aku dah tonton pada 25 Februari 2010 yg lepas..
Niyang Rapik!
Sebuah lagi buah tangan terbaru hasil karya pengarah berbakat Ahmad Idham yg kali ni muncul dgn filem seram berjudul Niyang Rapik. Secara umum dan pasti anda sedia maklum yg Ahmad Idham sudah byk mengarahkan filem² bergenre seram sebegini dan Niyang Rapik merupakan sentuhan terbaru beliau yg sedang rancak ditayangkan di pawagam .
Judul Niyang Rapik yg itu sendiri sgt unik, namun ia bukan la susulan daripada drama rantaian Puaka Niyang Rapik yg juga bergenre seram yg pernah ditayangkan di TV3 tak lama dulu. Nyata kedua-duanya mempunyai jalan cerita berbeza walaupon masih berkongsi genre yg sama.
Keseluruhannya, aku memberikan 2.5 bintang setelah menonton filem Niyang Rapik ini.
Personally bg aku, tak byk 'surprise' atau kejutan yg wujud dalam filem yg berdurasi selama 1 jam 30 minit ini. Aku masih melihatkan filem ini seperti sebuah filem hantu atau seram yg biasa yg cuba menakutkan penonton dgn gerak2 tangan atau bayang yg muncul secara tiba-tiba diiringi sound-system yg berdentum utk membuatkan penonton terkejut dan terus menjerit. Namun sebaliknya tiada apa². Elemen² sebegini bagi aku sudah agak 'basi' atau lapuk utk digunakan di dalam filem² bergenre sebegini terutama utk filem² hantu buatan tempatan. Sekali imbas seperti tiada bezanya dgn apa pernah kita tonton menerusi Puaka Niyang Rapik yg pernah ditayangkan di tv dulu. Malah aku mengandaikan slot yg dilayarkan di tv itu lebih suspen dan penuh kejutan kerana ia berjaya mewujudkan suasana seramnya dgn cara tersendiri.
Niyang Rapik juga menggabungkan pelbagai unsur utk menarik perhatian penonton utk menonton filem ini. Sedikit elemen komedi di samping watak bersahaja, drama serta thriller yg cuba dilayarkan mungkin menjadi penarik kepada filem ini utk ditonton.
Akan tetapi, aku mengagumi kreadibilit Ahmad Idham yg cuba menampilkan jalan cerita berbeza dgn siri seramnya sebelum ini walaupon masih menggunakan pelakon yg sama iaitu Liyana Jasmay. Tapi malangnya, lakonan Liyana yg mungkin sedikit ringan sesuai dgn karektor yg perlu dibawanya di dlm filem ini menjadikan lakonannya agak kurang memberi impak keseluruhan jalan cerita Niyang Rapik.
Lakonan² pelakon lain seperti Awal Ashari, Zed Zaidi, Shaheizy Sam, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz pula mempunyai kelas dan ratingnya yg tersendiri. Apa pun, tahniah kerana memberikan lakonan yg terbaik.
Sebagai penonton, kepuasan menonton tu adalah sgt penting utk kita melabel sesebuah filem itu adalah filem yg baik dan layak ditonton, atau sebuah filem yg membuatkan kita terasa bazir sesudah menontonnya. Itu berbalik kepada penerimaan diri kita dgn filem yg kita tonton. Apa pon bagi aku, hanya kita tahu utk melabel filem mana yg kita suka atau kita. Tepuk dada, tanya minda. Jika ini pilihan anda, maka teruskan..
Apa yg aku rencanakan mungkin bukan apa yg korang andaikan.. Jadi..
Selamat Menonton :)
Tuesday, March 02, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ha ha ha
"seseorang" kan? hahaha
agreed with ur review
cite ni ketandusan kelainan dr segi jln citer, elemen suspens
kelainan hanya 1 : barisan pelakon!
ahaks..
agak "seseorang" la jugak.. hehe
but whatever it is.. thanks eyh karl :)
Post a Comment