Sunday, April 04, 2010

Clash of the Titans



Clash of the Titans 2010, is one of my awaited movies for this year, 2010. Bila dah mula tayangannya pada 2 April yg lalu, comfirm la aku takkan lepaskan tambahan lak filem ni jugak dibuat dalam bentuk 3D, for sure tak nak lepaskan...

As usual, kalu ada filem baru kuar, aku la yg slalu book tiket online... sama ada nak tgk or tak, aku make sure aku book dulu and baru ajak kengkawan utk tonton sama.. and for this time, nasib baik opis mate aku berminat nak temankan aku gi layan citer ni..3D dan midnite... walopon rakan2 len sumer cam ala2 kansel last minit invitation aku nih... :P

Overall.. aku kasi 3.5 bintang untuk filem nih! Bravoo....!!

Mungkin ada yg berpendapat filem ni bosan atau mungkin bukan citarasa diorg. Tapi, bg yg memahami serta meminati sejarah dan mitos lagenda Greek serta konsep2 filem aksi purbakala yg penuh dgn fantasi, mitos, dogeng, dan magik di tambah pula dgn jalan cerita yg penuh dgn adventure, pasti akan meminati Clash of the Titans ini.

"Mengisahkan perjalanan hidup serta takdir yg perlu di teruskan oleh seorang 'Demi-God' (separuh manusia,separuh tuhan) dalam mempertahankan sebuah kota dari ancaman dan perbalahan yg berlaku antara tuhan-tuhan."

Jika dilihat dari sinopsisnya, comfirm kita tahu yg Clash of the Titans ni hanya mitos semata-mata dan tiada logiknya. Namun bagi aku, bukan itu penghalang untuk menjadikan filem ini utk tidak ditonton. Aksi serta kepantansan dlm jalan cerita serta lakon layar yg cuba dipaparkan dlm filem ini ternyata cukup baik. Semuanya dilihat jelas dan perjalanan ceritanya dilihat begitu kemas sekali.

Bukan itu sahaja, setiap watak dikembangkan dgn baik dan setiapnya juga diberi kaitan yg cukup erat satu sama lain. Cuma terdapat beberapa watak tidak diketengahkan sebaiknya menjadi ia seakan tertinggal ditepi sahaja. Mungkin pada yg tidak tahu akan watak2 yg ujud dalam sejarah mitos Greek tidak akan merasakan tenggelam timbulnya watak2 tersebut, tp pada yg memahami serta mengetahui apa sbnrnya yg ada mungkin akan merasakan kekosongan itu.

Jangan dibicarakan tentang aspek animasi, efek serta kesan khas dalam filem ni kerana ianya memang cukup hebat apatah lagi jika menontonnya dalam format 3D.

Seawalnya sebelum menonton, aku risau jugak jika mungkin filem ini bakal mengecewakan aku seperti mana Alice in the Wonderland, tp nyatanya aku cukup berpuas hati dgn filem ini. Selain dari aspek yg aku nyatakan awal td, filem yang berdurasi sepanjang 118 minit ini juga turut membariskan ramai pelakon2 hebat seperti Sam Worthington, Lim Neeson, Ralph Neeson & Alexa Davalos.

Jadi pada yg belum menonton filem ini dan tertanya-tanya apakah filem yg korang ingin tonton, aku sarankan agar korang menonton filem ni kerasa aspek hiburan yg cuba dilayarkan kepada audience melalui filem ini boleh kita rasakan. Penonton juga akan enjoy dgn sinematografi, latar belakang serta persekitaran yg cukup unik yg cuba ditampilkan. Mungkin apa yg aku rasakan tak sama dgn apa yg korang nampak atau lihat, tapi ni lah ulasan aku utk Clash of the Titans ini.

Selamat Menonton :)

0 comments:

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates