Friday, April 02, 2010

Evolusi KL Drift 2



Aisey... makin byk lak posting review filemsss aku lately nih... erk!! "lately??" update blog pon sebulan sekali kan... haha.. Anyway, again.. aku tau aku agak lewat update movie berjudul Evolusi KL Drift 2 ni, since dia pon dah seminggu ditayangkan di seluruh pawagam tanah air..
Aku yakin ramai juga yg dah tonton kan...? So, what's say you???

Personally aku kasi 3.5 bintang utk filem arahan Syamsul Yussof ni. Congrates bro!!

Secara generalnye aku berpuas ati la menonton filem ni, dan bila dibicarakan soal lakonan, peranan, watak, aksi dan thrill yg ada di dalam filem, boleh dikatakan kita patut berbangga dgn Evolusi KL drfit 2 ni. Yup!

Tahniah kepada Syamsul kerana berjaya menggarap filem ini dgn begitu baik sekali. Namun sedikit mendukacitakan apabila terdapat sesetengah babak yg dianggap meleret dan agak membosankan yg dirasakan tak perlu ada di dalam filem ini. Aku faham akan kesinambungan watak yg cuba dilayarkan antara Evolusi KL Drift serta sekuelnya kali ni, cuma ada watak dan cara pengolahannya agak menjadikan Evolusi KL Drift 2 ini tak ubah seperti sebuah filem cintan cintun yg jiwang ditambah pulak watak yg dibawakan oleh Farid Kamil yg terlalu emosional dan meleret yg memburukkan lagi babak2 yg wujud dlm filem ini. Jika disaring dan diringkas watak serta babak2 ini, aku yakin Evolusi KL Drift 2 dilihat lebih memberi impak, pantas dan terkesan.

Dari segi sinematografi serta lakon layar, aku tabik kepada Syamsul serta barisan pelakonnya yg lain terutama Aaron Aziz, Sam, Scha serta Remy Ishak kerana berjaya memberikan lakonan yg sgt bermutu. Tahniah.

Aksi, drama, jalan cerita serta peranan adalah antara faktor menentukan sesebuah filem itu diterima baik oleh penonton. Jangan cuba mengharapkan yg 'perfect' kerana bg aku, se'perfect' mana pon sesebuah filem yg dihasilkan utk memenuhi kriteria kepuasan menonton, pasti juga ada kurangnya di sesuatu sudut. Itu juga yg mungkin akan kita rasai apabila menonton filem ini.

Namun begitu, sebagai rakyat Malaysia, aku kagum dgn apa yg telah dilayarkan melalui Evolusi KL Drift 2 ini. Mungkin ia tak sehebat filem antarabangsa yg lain seperti Tokyo Drift, Fast and Furious, tapi di sini membuktikan yg negara kita juga tak ketinggalan dan masih mampu memberikan filem aksi hebat seperti ini.

Selamat Menonton :)

p/s: ringkas kan review aku kali ni? hehe.. citer lama, review simple je la.. nantikan review aku utk Clash of the Titans pulak yer...

4 comments:

nieda said...

baca review jer lah, sejak ada anak ni baru sekali menjejakkan kaki tgk movies..huhu

Qarl said...

alahai

xsempat2 nk tgk lg

tp yg 1st dulu for me best gak la

edzlin007 said...

filem ni...hmm...saya cuma suka part aksi je...huhu

Adam Arjuna said...

Comment to nieda :

aahha!! tak pe.. baca je review.. hehe
tp try la cari masa spend time kat luar gak...
ok..


Comment to Qarl :

filem yg 1st tgk gak byk kali, tp tak pernah tgk sampai abis ending dia.. hehe

tak tau sgt citer nye mcm mana.


Comment to edzlin :

betul tu lin, part kasi dia mmg gempaq! part lain mcm meleret je kan..

hehe!!

but still bley membanggakan..

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates