Tuesday, August 10, 2010

The Last Airbender


From animation to live-action. Itulah yg boleh kita rumuskan melalui karya terbaru M. Night Shyamalan, The Last Airbender. Filem yg diangkat melalui kartun/animasi popular terbitan Nickelodean ini telah pon ditayangkan di seluruh dunia sejak lebih seminggu yang lalu.

Telah berkesempatan untuk menontonnya minggu lepas, aku berikan *** bintang utk filem bergenre aksi-fantasi ini.

Umumnya, kepada penggemar² industri perfileman tak kira sama ada yg meminati filem tempatan ataupun filem antarabangsa mungkin secara tak langsung sudah maklum akan review² yg telah dibuat kepada filem ini. Ada yg negatif, dan ada juga sisi positifnya. Personally bg diri aku, The Last Airbender mempunyai sudutnya yg tersendiri dalam membawakan alam fantasi ini kepada penonton.

Betul aku setuju jika ramai yg mengatakan filem ini sgt lemah dari aspek lakonon, watak, originality serta naratifnya. Memang tak dinafikan. Lakonon setiap pelakon dilihat agak hambar dan kaku, termasuk juga lakonon Dev Patel yg dulunya sangat dikagumi disebabkan kejayaan watak yang dibawanya di dalam filem Slumdog Millionaire. Setiap pelakon yg membawakan watak di dalam filem ini dilihat tidak sama sekali memberi impak yg jelas kepada jalan cerita asal The Last Airbender terutama pelakon utamanya, Noah Ringer yg membawakan watak utama sebagai 'Avatar : The Last Airbender' Aang. Lakononnya kelihatan begitu kaku dan seperti terikut dan terancang. Lagak aksi serta tenkin mempertahankan diri yg dipamerkan oleh semua pelakon juga tampak tidak kemas dan lancar.

Shyamalan tetap Shyamalan. Itu antara yg boleh aku andaikan melalui karya pengarah berbangsa India ini. The Last Airbender tetap menyelitkan elemen² misteri dan tanda tanya seperti juga kebanyakkan filem² hasil sentuhan pengarah ini. Walaupun, filem ini asalnya diadaptasi dari siri animasi penuh aksi dan nilai spiritual, Shyamalan tetap juga menyerapkan unsur kegemarannya seperti misteri yg kebanyakkan boleh didapati di dalam filem² lain arahannya seperti The Village, The Signs, Lady in the Water dan byk lagi.

Mungkin ada yg menganggap filem ni agak buruk dan byk yg diubah dari karektor asal siri animasinya. Apa yg dilayarkan juga kurang memberi kesan kepada penonton kerana apa yg ada di dalam animasi tidak sepenuhnya ditayangkan kepada penonton. Namun begitu, bg aku ia bukanlah sesuatu yg tidak masuk akal kerana sebab itu filem ini dijadikan sebagai sebuah filem trilogi yg mana beberapa lagi sekuel akan muncul yg mungkin memberikan kita jawapan terhadap kekurangan² yg wujud pada filem pengenalannya. Aku lebih mengagumi filem ini berbanding sebuah lg karya 'live-action' yg dilihat hancur dan gagal memenuhi kehendak penonton seperti Dragonball. Episod animasinya saja sudah beratus-ratus, namun bila semuanya ingin dipertontonkan dalam filem yg hanya 2 jam tayangan, sudah pasti ianya akan dilihatkan gagal kerana mesej sebenar gagal diserap kepada penonton.

Apapun, The Last Airbender masih boleh diandaikan sebagai sebuah filem yg menghiburkan dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Kita mungkin akan tertarik dgn kesan khas serta efek² yg mengagumkan di dalam filem ini. Ianya dilihat agak baik dan tahniah utk produksi kerana sekurangnya penonton akan dpt sajian menarik melalui kesan² khas ini.

Kepada yg belum menonton, masih belum terlambat utk anda tonton dan berikan pandangan peribadi anda sendiri. Mungkin anda mempunyai pendapat berbeza yg mungkin lebih baik darai apa yg aku huraikan.


Selamat Menonton :)

3 comments:

Judiene said...

tak sempat nak tgk mana2 filem skrg
busy+jauh nak kuar
huhuhuhuu
:(

Adam Arjuna said...

sian ko jud,

tak pe... study kat penting :)
tp kalu stress tu amik2 masa la relex sama..

bley gila nnt.. ahaks..

chill k bro..

anywhere_Smile said...

This set of unspoken pandora jewerly rules went unchallenged it's not pandora bead and this extra weight, almost magically, pandora charms bracelets everything changed.Brings about acne could Pandora beads find out how traditions evolve, they simply do. To discount pandora the creative mind, images of a wizened pandora sale old wizard sitting atop a stone tower towards discount pandora charms the top of by far the largest mountain pop into your head. He sits Pandora beads 2010 in his white robe stroking his long a few facial beard pandora beads charms coupled with surveys the earth's weddings to be which buy pandora charm has a look of greatly consternation.

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates