Friday, April 03, 2009

Me Being 'High-Taste'

"High-Taste!" Simple term yg membawa maksud besar pada seseorg individu bila diri digelar sbg seorang yang high-taste!

To all readers, actually entry ni adalah posting yg pernah aku publish dlm blog friendster aku dolu², tapi dah diedit dan restructure utk jd lebih menarik..hehe. Banyak lagi entry dalam blog aku tu yg mungkin aku publish kat sini. Pada yg pernah baca..buat dunno je la eyh, pada yg blom.. sila la baca.. pada yg dah baca tapi blom drop komen pon silakanlah ringankan jari-jemari tu utk membuat langkah seterusnya..kuikuikuikui... [tetap kan nak promote!!]

Pernah tak korang menggelar seseorang itu sbg seorang yg 'high taste'? atau paling tidak pon orang lain yg menggelarkan anda ni sbg seorang yg 'high taste'?

Kenapa mudah sangat simbol high taste ni dilabelkan? Adakah sebab penampilan yg terlalu metroseksual (for gentlemen) atau sophisticated (for ladies)? Mungkin jugak sebab budaya dan pergaulan dgn golongan² tertentu saja? atau mungkin juga sbb jenama dan setiap brand yg terlekat di badan tu..atau.. entah la.. setiap org punya cara tersendiri nak klasifikasikan high taste seseorang individu tu kan..

Mamat A: bro, ko tu awek tu! Cun siott! pergghh.. kalu dapat comfirm tak cari len!!
Mamat B: ish ko nih..mmg la cun! tapi tgk la dia, sure high taste ni! Kuku je dah berkilat, rambut lak rebonding..ngan high heals segala..dress pon up-to-date! Comfirm high taste ni.. bukan takat high taste ni, sure high maintainance skali nih! tak pandang la org cam kita² nih
Mamat A: Ye ke?

Kalau perempuan pulak, mungkin diorg merasakan lelaki urban yg kacak, drive kereta besar dan segak berpenampilan serta mahir serba serbi termasuk dalam menjaga kebersihan, memasak, dan segalanya berkaitan aktiviti seharian sebagai seorang yg high taste.


Umumnya bagi pendapat aku, high taste ni bley dilebelkan dlm dua situasi berbeza. Melabelkan orang lain sbg seorg yg high taste disebabkan personaliti dan keperibadian individu tu sendiri serta dilabelkan sbg high taste disebabkan kritikalnya diri kita dalam membuat sesuatu pilihan. Beza kan...? Itu dari apa yg aku faham la.


Honestly term 'high taste' ni muncul sbb aku sendiri pon pernah digelar sebegitu. Reason why? sampai skang ni aku tak tau. Dari zaman diploma aku, masuk ke alam degree dan sampai la ke arena bekerjaya ni pon still ada lg org yg cakap dan beranggapan aku ni high taste!! Naper yerk..? adakah sbb aku ni single-mingle lg buat diorg sumer ckp aku ni terlalu high taste nak memilih pasangan aku? "Ko ni memilih sangat!!" tu yg slalu aku dgr la..


Kalau dalam soal memilih, as for me, everybody have the right to choose what is the best for ourselves rite? Branding..? i'm not the kind of person who's looking for branded things ONLY.. Dan aku ni pon bukan nyer seorang yg perfectionist dlm segala hal, may be sometimes.. But, some people still have a thought and perception of me being so high taste.

Orang mungkin akan kata:


Kita tak suka makan kat gerai² tepi jalan or even mamak stall.. kita seorang yg high taste!

Kita sentiasa nak kelihatan kemas dan segak.. kita seorang yg high taste!

Kita hanya berkawan dgn golongan orang² tertentu jer.. kita seorang yg high taste!

Kita hanya ingin yg cantik dan sempurna.. kita seorang yg high taste!


Andaian orang sangatlah pelbagai dan sukar diramal. Apa yang kita kata sebagai BUKAN, mungkin itu yang orang anggap YA! Tak salah jika sesekali kita menjadi seseorang yg bercita-rasa tinggi ni. Sekurang-kurangnya orang tau yg kita ni pandai dalam menilai sesuatu dan membuat pilihan. Tapi, lain pulak pandangan orang jika kita terlalu bercita-rasa dalam segala hal. Mungkin akan buat orang semakin jauh dan sukar utk dekati kita. Sebab mereka takut yg mungkin pendapat mereka ditolak.. pelawaan mereka pulak direject! It happened! Aku yakin sumer orang pernah laluinya kan..

Dalam keputusan utk membuat pilihan tu sebenarnya yg menjadikan kita ni individu yg high taste atau pon tidak. Jika kita kurang memilih, tentu kita tak dilabelkan sbg high taste dan dianggap pulak sbg seorang yg low profile. Itu pada diri kita, dan pada pada org lain lak, don't judge a book by it's cover! Jangan pulak sesuka hati nak melabel org yg tanpa kita kenal sbg si dia seorg yg high taste atau sebaliknya. Mungkin orang yg kita nampak perfect tu sbnrnya seorg yg tak kisah nak menerima apa² pon. Ajak la makan di mana pon, dia ikut.. Bergaul la dgn saper pon, dia on jerr.. Pendek kata, belum cuba belum tahu.. tak kenal kan maka tak cinta..kan :P

Nak tanya ni, korang rasa diri korang high taste tak? **wink!!

12 comments:

Vanniey Caskinov said...

high taste ke ni?
ala...org cakap usah dengar..cas slalu jugak kene.. :)

KeMatZ said...

ko memang high taste...
ajak lepak warung tepi longkang
yang banyak tikus... mana
ko nak join....

kalau lepak nak tempat urban ajhe..
pakli lah starbuck lahh ....

erkk pakli tu urban ke...

larikkk......

ps: nak yang bahu terletak... ada ke bahu yg tak terletak.... erkkk...

rizz said...

high taste yg berpada..hahahhah bole x? kekee

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz:

banyak la ko yg aku ni high taste!
aku slumber rpck jer...
makan pon kedai² besa.. tak mampu la nak gi sampai ke Williams tu segala ... huhu **wink!!

gitu lah urban!
urban tu aper beb?? eheh :P

p/s: statement 'bahu terletak' tu dah lama aku tinggalkan la.. skang ni no more.. amik je apa yg ada...


Comment to Rizz:

errk... camner tu high taste berpada??
explen la skit.. ahaha...
tp, kira boleh la kot...kan!

Mazwani 'Nafty' Ayu Binti Mazlan said...

kira kalau aku kawan dengan kau aku pun high taste gak ke ha?


Taste atau kehendak yg kita suka selalunya terlalu subjektif.

bak kata orang;


"beauty lies on its beholder"


Oleh itu, mungkin ape yang pada kita biasa2 tapi pada orang macam WAH gitu..

Daripada situ datanglah idea untuk melabelkan seseorang yang bergaya dan segak dengan ape material yg berada di tubuh sebagai High Taste.


Pada aku, tak kisah pun..


***Whatever float thier boats..***

Adam Arjuna said...

Comment to Nafty:

itu dia bila profesor dah mula berkata-kata..heehe :P

tapi mmg betul, apa yg dilakukan oleh kita susah utk gambarkan diri kita sendiri..
mata kita takkan nampak apa yg kita buat..melainkan dari sudut pandangan org lain kan..

high taste or tak.. bukan masalah asalkan kita pandai bwk diri.. kan..

sakura said...

normal la 2 being high taste..

tp jgn la high taste sgt sampai duit kat poket cepat sgt kering..
hahahahaaa......

Adam Arjuna said...

Comment to Sakura :

macam upin and ipin cakap,
"betul.. betul.. betul.."
dah sengket kang baru la tau mana high taste n mana low taste kan..
hehe :P

fushairie said...

adam memang seorang yg high taste...
kalau x dipaksa2, mana dia nk pegi dah seksyen 2 tuh...
gembira kt seksyen 3 tu pun dh lama ditinggalkan...
balik2 pak li...
kejap2 pak li...
kalo la aku pak li tuh, aku bg award kt adam..
hahahah.....

***cerita yg dibuat2 utk memberi gambaran betapa high taste-nyer adam...~~~

p/s: hazim masuk paper menang award wartawan. ko bile lagi?

Adam Arjuna said...

Wah! encik fushairie, statement yg propa sgt kan..

nasib la ada footnote kat bwh tu "***cerita yg dibuat2 utk memberi gambaran betapa high taste-nyer adam...~~~"

kau tak sure org igt aku high taste..

skang ni aku dah makan megi.. makan beger jer. tgk taste aku, sgt low kan?? sedey :(

p/s: saper la aku nak masuk surat kabar segala...

H&F said...

William's high taste?

Klakarnye...

Btw, it's not "beauty lies on its beholder".

It's "beauty lies in the EYES of the beholder"

Adam Arjuna said...

Tq bro for the comment..

ahaha..

willam's high taste? what's with that?

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates