Monday, November 26, 2007

Tersirat Dalam Tersurat

Wajah walau dalam duka tak bererti diri tiada
Senyum walau dalam suka tak bererti ketawa..
Teman walau ia wujud tak bererti ia ada
Namun diri tetap terus mencari
Walau ia akan memakan hati

Tak semua yang kita hajat akan kita miliki
Tak semua yang kita benci akan terus membenci
Segala yang tercipta punya makna tersendiri
namun naluri dan perasaan hati tak siapa ketahui

aku penat berlari…
aku penat mencari…
aku penat meluah…
namun tetap kecewa
dan terus memakan hati

ingin rasa biarkan ia saja
biar terus mencari haluan sendiri
namun bila hati terus mendesak
fikiran terus berputar
ingin terus mencari
walau tahu ia akan memakan diri

diri terasa kosong
mereka ada tetapi di mana
di mata..di hati..di minda atau di jiwa
sukar untuk dinyatakan
kerana wujud mereka tak tahu di mana

Ya Allah
Bukakan pintu hati hambamu ini
Agar tenang dalam mencari
Ku tak mahu ia berulang lagi
Kelak akan memakan diri
Ku tahu Engkau tahu maksudku
Namun tak siapa mengerti apa yang tersirat di hati
Dalamnya sukar untuk digali

Apa jua terjadi
Aku tetap akan terus menghargai
Apa yang telah ku miliki
Walau ia bukan abadi
Yang ku harap agar Engkau terus di hati
Supaya apa yang berlaku
Tak mudah aku menyesali…

0 comments:

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates