Monday, December 03, 2007

Aku Dan DFC : flashback the memories [part 01]

Kali ni aku bangkitkan kisah aku dgn DFC (Dafi Fan Club). Aktifnya aku ngan kelab ni suatu ketika dulu pon bukan dirancang sama sekali. Semua sebab kebetulan, dan rapatnya aku dengan sumer famili baru aku dalam fanclub ni atas satu kebetulan jugak. Hanya mereka yg betul2 terlibat dari awal je tahu cam ner kebetulan tu terjadi..tak leh la nak reveal sumer kan..ekeke..

Asalnya aku suka2 je join website Dafi Fan Club ni. Just suka nak masuk chatroom and chatting ngn bebudak yg slalu online tu. Start situ aku kenal user yg guna ni adi, sassy, ray, ash, zaza, went and beberapa org lagi. Bila dah kerap sgt aku online kat chatbox tu, aku jd makin selesa. Sepanjang tu juga aku guna internet free kat umah dgn wifi yg dpt aku detect.

Bermulanya sejarah aku as dafinites and terus ke VID bila aku start chatting dgn Ray, org yg bertanggung jawab menjadikan aku VID DFC. Setelah lebih kurang sejam lebih Ray kol aku and try persuade aku utk membantu beliau dalam urusan online DFC, aku pon setuju. Sebab bagi aku, dgn cara ini aku boley tau selok belok sesebuah fan club bergerak. Bayangkan sepanjang 5 musim AF diadakan, dah berapa banyak fanclub yang wujud??? And ni la buat pertama kali aku nak cuba letakkan diri aku dalam fanclub. Aku bukan fanatic AF sangat compare dgn kawan² aku yg lain, tapi aku yg terjerumus dulu ke dalam arena ni. Hahahah..

Aku bermula sbg VID yg pada waktu tu tak membawa apa2 maksud pon selain bertindak sbg org yg tolong² dari segi website. Tapi atas kesungguhan Ray, aku diminta untuk join 1st meeting bersama Vernon, Kak Nazimah (presiden DFC waktu tu) Kak Rins, Kak Awin, dan D***sh. Meeting yang bertujuan utk memperkenalkan DFC di khalayak umum sewaktu konsert final AF di mana kami berbincang untuk membuka booth jualan produk² keluaran DFC di samping nak buat satu program Mesra Bersama Dafi di Ipoh yg akhirnya di batalkan atas sebab² tertentu. Bila selesai berbincang, akhirnya semua sepakat utk turun dan sukarela membantu membuka booth DFC semasa konsert final AF tu nnt. Start dari event ni la aku makin aktif ngn DFC.

(Ikutilah setiap gambar² di bawah yg menunjukkan moment aku sepanjang aku bersama DFC.)

Pertama kali aku join Fan Club artis AF. Afundi Dafi! Gambar semasa di Karnival Final AF Bukit Jalil.


Sibuk membantu di booth jualan Dafi Fan Club.

Bersama team pertama yang aku kenal yang turut membantu secara sukarela di karnival tersebut. Regards to Anas, Kak Lyn, Kak Rins, Izuan, Fit, Fyra and Deyla. (Ada lg yg aku kenal time tu antaranya, Faradiba, Kak Emi, Lilo, Azim, Syazwan, Fendy & Kan Awin.) [Tarikh 19 May 2007]

Bila dah makin close, kami sumer slalu hang-out together. Lokasi yg slalu jd sasaran McD Shah Alam sbb most of us dari Shah Alam. Gambar ni waktu kami lepak sambil bincang perjalanan website DFC. [Tarikh 10 Jun 2007]

1st meeting kami as VID (bukan ajk waktu tu). Tgh bincang plan utk pgrm Mesra Bersama Dafi @Bukit Jalil. Waktu ni jugak 1st aku n lelain kenal Joey. Event, planning and preparation pgrm ni kami terpaksa buat dlm waktu kurang 5 hari, memang struggle abis. Meeting kami ni pon abis kul 4 pagi.

Surprise..!! Masa meeting ni gak kami sumer buat surprise besday AJK New Media waktu tu which is Ray. Memang best plan yg dirancang tuh. [Tarikh 13 Jun 2007]


Ingat tak korang..?? Pertama kali kami (VIDs) dipertemukan dgn Dafi dan kali kedua buat aku. Moment ni diatur sebelum kami melaksanakan prgm Mesra Bersama Dafi @Bukit Jalil dgn tujuan agar Dafi dan VIDs mengenali antara satu sama lain. Baru ler senang nak buat pgrm kan..! Secret Recipe Ikea jadi tempat pertemuan kali. Mengembalikan memori aku sgt. Sumer girls mmg dress up gilerss la.. Dafi pon sempat buat surprise besday utk Ray.. bestnyerr..!! [Tarikh 14 Jun 2007]


'Detik Bersejarah..!' Di sini la mula segalanya. Awal pagi kami dah bersiap sedia dgn segala persiapan terakhir untuk event yg diadakan buat julung kalinya. Apa yg perlu, buat sehabis baik kerana semua bergantung pada kami dan Dafi sendiri. Teringat pulak bagaimana susah payah nak persuade org ramai utk turut serta memeriahkan pgrm ni. Apa pon aku salute and respect sgt dgn semua yg terlibat kerana secara tak langsung membuka mata aku sendiri dgn melihat yg org² yg aku kenal ni SANGAT KOMITED dgn kerja yg dilakukan. Walau cuaca pd awalnya panas terik dan hujan lebat sebelah ptg tidak langsung buat mereka patah semangat utk menjalankan pgrm ni dgn jayanya..PROUD TO KNOW U GUYS..!!!


Hari tersebut memang buat kami semua rasa sgt happy. Walau pon penat berkerah tenaga hanya utk pastikan semua yg diatur berjalan lancar. Alhamdulillah.. apa yg kami harapkan terlaksana. Review daripada pihak media yg turut hadir juga amat memberangsangkan.

Memori..!!! Teringat aku di kala ni sewaktu Dafi membuat persembahan. Hujan turun renyai dan hampir lebat. Kami semua tetap tak peduli.. yang penting kami happy! Waktu ni semua mata tertumpu dengan gelagat kami. Orang lain semua dah berpayungkan khemah, tapi kami tetap kami. [Tarikh 16 Jun 07]

1 comments:

Anonymous said...

Good review....adam
well said and brings back the memory lorrr...huhuhu

can't wait for the next episode.

dfc offers friendship and experience....something that "no one" can take away no matter what.

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates