Tuesday, March 18, 2008

AFUNDI Bermula..

AFUNDI telah dibuka!..
Dah ada ke fevret peserta masing-masing....?



Hahaha..bagi aku terlalu awal utk aku nilai kemampuan setiap peserta. Sepanjang pemerhatian aku melalui AF6 ni, pihak astro dah merancang pelbagai marketing strategy utk pastikan AF 6 success seperti AF seblm2 ni. Keupayaan Juara wanita pertama AF tahun lepas iaitu Mila masih hangat diperkatakan dan album sulung Mila jugak baru je dipasarkan. Sana sini org masih memperkatakan tentang AF 5. Aku pasti yg Astro mempunyai strategi pemasaran yg cukup kemas bg meraih populariti AF agar ia tidak hambar.


[pelajar² Akademi Fantasia 6]

Yang pasti AF mempunyai aura yg tersendiri. AF jugak memiliki golongan penontonnya yg tersendiri, yg tetap tidak berganjak dr tempat duduk seawal rancangan dimulakan. Tapi sejauh mana ia dpt menarik perhatian penonton yg lain yg bukannya pengikut sebenar AF...tentu pihak Astro sudah merancang perjalanan sebenar rancangan realiti ini agar terus tetap menjadi rancangan realiti No.1 negara bukan?

Menaikkan had umur ke 45 tahun bg aku merupakan satu langkah atau strategi yg di ambil bg menarik penonton yg lanjut usia utk sama-sama terlibat menerusi rancangan ini. Kita dpt pastikan ini dgn melihat ratusan peserta berumur 30-an yg dtg ujibakat dek kerana faktor kelayakkan umur dilanjut ke 45. Sungguhpun ia sebuah rancangan keluarga, tp siapa yg tak tertarik nak menyertai pertandingan yang menyediakan hadiah sehingga hampir setengah juta ringgit...Walau pon tak menang, populariti tetap diberi. Lihat saja lambakkan artis² tanah air yg muncul melalui rancangan ini. Itu lah Akademi Fantasia...


Berbalik kepada AF6, bg aku pemilihan yg dibuat masih lagi agak longgar dan penilaian juri seawal stage ke-2 (ujian vokal) semasa ujibakat di lakukan terhadap semua peserta yg menghadiri ujibakat masih tidak menampakkan terjaminnya perserta yg dipilih teruji keupayaan vokalnya. Bukan ingin menidakkan kemampuan pihak juri, tp aku sgt yakin dari ribuan peserta yg hadir tentu ada yg lebih berpotensi utk digilap jika diketepikan seketika faktor2 lain seperti latar belakang diri dan keluarga, rupa dan yg seumapanya.


Peserta yg dtg ujibakat blom mampu teruji kemampuan vokalnya jika ada antaranya hanya diberikan tak smpai 15 saat utk menyanyi. Ada yg baru saja nak membuka suara sudah diberikan lampu merah...jadi, fikir² kan lah..

Hurmm...apa pon, AF tetap AF. Seperti Mawi, AF juga mempunyai pengikut dan auranya yg tersendiri. Sehingga itu AF akan terus gah dgn identiti rancangannya yg tersendiri, memberi kejutan demi kejutan kepada pelajar mahupun penonton yg menyaksikan rancangan ini secara langsung atau di rumah. Ini lah juga antara strategi bijak pihak Astro dlm manaikkan nama Akademi Fantasia sehingga menjadi rancangan realiti No 1 negara.

3 comments:

david santos said...

Untuk mengelak tragedi sama berulang kembali, dan demi keselamatan anak-anak kita, kami sedang menganjurkan kempen ke seluruh dunia, memaparkan gambar NURIN JAZLIN JAZIMIN di blog-blog di seluruh dunia pada 25 April 2008. Janganlah kita melupakan NURIN JAZLIN.

David Santos

Farazila said...

adam....
jgn la berkecil hati..
next year kan ada lagi...
eh gang starz dah ade...
xnk join ker?
:P

Anonymous said...

apa pun yang kau lakukan harap boleh menggembirakan diri kau jua...sebab tak ader gunanya gembirakan orang lain tp diri sendiri tak bahagia.

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates