Monday, April 14, 2008

10 Perkara Yang Tak Patut Kita Buat!

Kadang kita tak pernah sedar yang tindakan kita sering diperhatikan oleh orang di sekeliling kita. Secara sedar atau tak, kita telah lakukannya. Di bawah, aku selitkan skit adegan yang mungkin kita, atau mereka di luar sana sering lakukan tanpa menyedari perbuatan itu sering di ambil kisah oleh orang lain..

JANGAN buat majlis persandingan sekiranya kita dah tau tak der calon yang nak kawin dengan kita. Lebih baik buat kenduri doa selamat je kan.. lagi afdal dari nak hias pelamin segala, pengantin pulak tak der.

JANGAN cuba-cuba nak melamar wanita yang dah jadi isteri orang kalau muka tak hensem atau duit RM 100 setebal 'sejengkal' tak der dalam wallet, atau pon tak der kad kredit 'Platinum'. Sure jawapannye 'Sayonara' laaa...kena reject la tu!

Bila pengantin dah tak serasi..Yang si Lelaki asik teringat kekasih lama...Yang si perempuan pulak asik syok sendiri..

JANGAN biar kendarat jadi jurumekap..(sure lap peluh pengantin pakai tuala kendarat dia..) tak pon JANGAN biar juruandam touch-up pelamin last minit bila majlis persandingan sedang dijalankan..

Bila Berkahwin, tapi belum kenal hati budi..pendek kata, "tak sejiwa!"

Yang si suami cam pelik tengok si isteri yang seakan over gilerrr atas pelamin. PASTIKAN jugak orang yang datang untuk menepung tawar bukan terdiri dari orang yang gila glamer depan kamera..Kalau tidak, dia akan menjadi lebih obses bergambar berbanding pasangan pengantin dengan pose² lentiknya.


Peringatan untuk pengantin lelaki, JANGAN hired best-man yg merupakan bekas kekasih pasangan anda. Anda mungkin tak tahu niat dia yang mungkin nak tikam anda dari belakang. Buat tuan rumah, TOLONG lah sedia tisu premier ker utk touch-up pengantin..sedey la guna towel je..

Jika anda sedang membuat persembahan, TOLONG lah ambil kira hati penonton. JANGAN biar persembahan anda begitu membosankan seakan orang tak sedar sama ada anda sedang menyanyi atau membaca berita.

PASTIKAN rakan-rakan, sahabat atau kenalan terdekat mendengar dahulu suara anda sebelum anda terdetik atau terniat nak menghadiri ujibakat nyanyian anda. Kalau tak pecah gegendang telinga mereka, ok la kot nyanyian anda..lu pk la sendiri..

PASTIKAN nyanyian anda tak memberi kejutan kepada penonton/pendengar terutama pada mereka yang menghidapi asma. Anda mungkin jugak tak sedar yg nyaringan suara anda mungkin dapat memecahkan 'LCD² kamera yg berada di sekeliling anda.

JANGAN terlalu syok sendiri ketika menyanyi sehinggah tak menghirau perasaan mereka yang berada di sekeliling anda. TOLONG lah, sayangi insan yg mereka dan anda kasihi.

JANGAN biarkan dunia ni seakan anda yang punya tanpa perlu memikirkan apa yang orang lain mahukan atau rasakan. Mungkin anda terlupa yang masih ada orang mempunyai pendengaran yang jelas dan baik semasa mendengar sesuatu.

Untuk semua, pesanan khidmat masyarakat ini tiada kena-mengena dengan yang hidup atau pun mati. Semua gambar-gambar, nama serta watak ini adalah rekaan semata-mata.

Jangan Sentap yerkk!!

6 comments:

Anonymous said...

Gambar pertama kat red box tu kenapa Amy dah jadi "storm' X-men???
berkilau bijik mata nya...

hahhahahah

[r][a][y]
berat tulang nak log in

Adam Arjuna said...

kan...dah putih da mata dia...patut la kat liar redbox tu hujan lebat beserta ribut petir..

rupanya kak amy dah jd storm..

Fara A. said...

aiyo seronok nye semua gmba kat karouke.

haha best2 . tak sba nk tnggu karangan 'aku sebuah kamera' plak.

Anonymous said...

hahahah tak boleh blah...aku baca blog kau nie gelak sampai nak pecah perutttttt.....naik magrain di buatnyaaaaaaaaaa,aduuuhhh apa2 pun cayalahhh....ok lah tuu(tag line saida af6)
fendy_leo@bawang harum namanyaaaaa

Adam Arjuna said...

wakakaka...

Fara:
sronok eyh tgk gambo koroke tu..? byk lg sbnrnya dgn aksi melampau..ahah...nnt kita g reramai...3 may ni k...jgn lupa!

ermm..karangan aku sebuah kamera tu masih dlm proses pengeditan...nntkan kemunculannyaa...

ahahha!!!!


Fendy@Bawang Harum:
waahhh, makin bertambah panjang nama bawang ko ni eyh..ahahha..tak bley blah bro..!
aku dpt bayangkan cam ne ko gelak...tp jgn perut tu pecah or rongga mulut ko terkeluar da...nnt tak dpt aku dgr gelak tawa ko yg smpai high pitch tu..ehehe

terus la menyokong blog aku..wakaka..

♥Syamelia♥ said...

yea adam...
hamba tetap akan menyokong blog mu yg indah ini...
nak nak lag, skg tahap merepexxness yang semakin xpert gitew...

wahai en ray yg berat tulang,
mata gue bukan jd xmen la, yg berkilau adalah disebabkan cahaya keimananku ini yg begitu meyerlah...

en. bawang harum namanyaaaaa,
lu pehal smpai nk pecah perut?
ni mesti terlebih mkn bawang kn...
pastu sembur perfum lak dkt bwg, harusslerr kene migrain... silap haribulan boleh kene rubella taw...
hikhikhik.....

"majulah bawang untuk blogger"

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates